Asyik-asyik curang. Asyik-asyik menyondol. Rimas juga aku bila buka medsos semua cerita tak best. Tapi itulah aku pun saja nak cerita pengalaman aku ini. Korang bacalah ya cerita aku ni, harap janganlah kecam.
Dulu zaman aku Sekolah Menengah ada seorang cikgu lelaki yang boleh tahan paras rupanya dan sifatnya yang boleh dikatakan lemah lembut. Nampak jugalah padanya husband material tu tapi cikgu lelaki ni da kahwin tau dan isteri dia juga cikgu di sekolah yang sama.
Aku rasa ramai je antara kita mesti akan terpikat dengan cikgu yang cantik dan handsome kan? Aku pun sama juga.
Tapi aku sekadar berminat saja. Terkadang bila kita minat, kita jadi lebih semangatkan? Macam tulah aku. Aku minat belajar subjek Sejarah sebab cikgu tu je. Hahaha.
Tapi zaman Sekolah Menengah aku takda pula rasa nak bercinta dengan suami orang walaupun kita nampak lelaki tu good looking dan stabil. Jadi zaman sekolah aku memang clean.
Selepas aku habis sekolah, aku sambung Diploma dan Degree. Lepas sahaja aku tamat pengajian Degree, aku dapat kerja di sebuah Kota Metropolitan.
Aku ni membesar di luar bandar dan aku juga jenis ‘memilih’ circle aku. Ini bermaksud aku jenis berhati-hati untuk berkawan. Biarlah tak ramai kawan asalkan kawan tu berkualiti over kuantiti.
Untuk pengetahuan korang, aku dapat kerja di Kuala Lumpur ini dalam bahagian Public Relation di syarikat yang besar juga. Aku terima kerja ini untuk mencari pengalaman walaupun aku berasa takut nak hidup di sana.
Pada hari pertama aku bekerja aku sudah terlibat dengan pelancaran program yang bagiku amat penting dan tempat pelancaran ini adalah di sebuah bar. Pelancaran ni berkonsepkan privasi dan hanya orang kenamaan dan tertentu sahaja yang dijemput.
Aku fresh graduate waktu itu. Jadi mengambil masa juga untuk aku beramah mesra dengan team dan orang- orang yang terlibat.
Tugasan aku masa itu adalah jaga bahagian pendaftaran. Jadi aku pun duduklah macam biasa sambil memerhati orang ramai yang datang.
Hari pertama aku bekerja aku dah rasa tak selesa sebab yelah pertama kali aku terlibat dengan event di bar walaupun ada je orang Islam di situ tapi mereka tak hidangkan arak pun cuma aku ni bukan membesar di bandar jadi aku tak berapa nak menikmati program di situ.
Syukurlah aku belum culture shock waktu itu.
Dan hari pertama juga aku digoda di mana waktu itu aku sedang duduk tiba-tiba datang seorang lelaki yang aku rasa macam gaya ‘bos-bos’ juga.
Dia datang menghampiri aku dan bertanya aku bekerja di bawah siapa? Nama siapa? Dan secara tiba-tiba beliau memberi bussiness cardnya.
Orang perempuan sebelah aku pula tegur “Hai bosss mahu yang comel sajaaa.” Lelaki tadi tersengih lalu beredar dari situ.. Aku terkejut rupanya orang perempuan sebelah aku ni kenal dia.
Jadi aku pun tanya perempuan tu “Awak kenal ke dia? Siapa tu?” Perempuan tu jawab “Ohh itu bos saya.” Aku pun diam dan ambil juga business card itu depan mata lelaki itu jugak tanda hormatlah kononnya.
Aku ambil dan aku perhati namanya Adam (bukan nama sebenar) dan jawatan dia. Memang dia berjawatan tinggi. Aku rasa kalau perempuan gold digger mesti happy kan dapat card tu? Aku pula tak ada rasa happy atau seronok lebih kepada biasa-biasa sahaja.
Like I said before aku lebih kepada takut sebab aku baru nak hidup di tempat orang yang aku tak biasa.
Korang faham-faham sahajalah sebut sahaja Kota Metropolitan mesti orang cakap itu tempat orang ramai yang boleh saja ‘rosak’ dan boleh culture shock kalau tak pandai bawa diri.
Okay jadi berbalik pada cerita tadi, aku ambil business card tu masuklah dalam handbag aku. Aku perasan juga lelaki itu melihat aku dari jauh tapi aku buat derk je. Habislah program itu hari itu juga dengan jayanya.
Selepas 2 minggu bekerja di KL, aku balik kampung aku. Masa ini aku rasa macam sunyi je yelah aku single tau waktu itu. Kawan-kawan aku pun ramai yang dah bekerja jauh, jadi susah pula aku nak jumpa dorang untuk meluangkan masa.
Entah kenapa aku teringat pula pasal lelaki yang beri aku business card tu. Aku gigih pula cari card tu jumpa ya dalam handbag. Jadi aku pun dial nombor tu lepas tu aku padam. Aku dial lagi lepas itu aku padam sebab aku rasa tak yakin.
Kali ketiga aku dial juga dan Encik Adam angkat call aku. Dia tanya aku siapa? Aku jawab nama aku dan dia ingat.
Kau tahu tak soalan pertama aku waktu itu adalah “Encik Adam dah berkahwin ke?” Korang tahu tak dia jawab apa? Terkejut la aku yang dia sudah berkahwin.
Aku tanya dia isteri dia tinggal di mana? Dan dia jawab di Pahang dan lelaki ini bekerja di KL. So kiranya depa ni PJJ laaa.
Encik Adam cakap “Saya sudah jujur dengan awak yang saya dah beristeri. Terpulang untuk awak nak terima atau tak?”
Aku tanya dia “Kenapa beri aku business card tu? Untuk tujuan apa?” Di jawab “Saya nak berkawan dulu.” Aku masa itu tergamam babe. Lama aku diam masa dia cakap macam itu.
Tapi dalam fikiran aku, aku tak fikir dia kaya atau jawatan tinggi tapi pertama sekali yang aku fikir adalah apa PERASAAN ISTERI dia bila dia tahu aku kacau suami dia?
Apa PERASAAN ANAK dia? Aku tak tergamak! Lama aku fikir. Kalau ikutkan nafsu hantu aku mesti aku akan melayan boleh dapat kekayaan kan.
Tapi tidak! Aku tetap fikir aku kena jauhkan diri aku dari semua ini. Nanti aku yang sakit kalau bercinta dengan suami orang.
Jadi aku pun beritahu Encik Adam, “Takpelah saya tak berminat. Kasihan nanti isteri encik kalau dapat tahu.” Dia pun macam tak caya je kan dia ingat aku muda lagi jenis mudah tergoda dengan lelaki kaya ada rupa.
Aku pun tamatkan panggilan itu. Aku rasa kecewa juga aku ingat aku dah jumpa Mr Right? Tapi kenapalah lelaki kaya itu suami orang!!!! Hahahaha
Maka tamatlah di situ sahaja perbualan kami. Kalau aku perempuan gatal dan gold digger mesti aku akan melayan kan? Jadi setiap hubungan curang yang terjadi bila it takes two to tango.
Benda boleh elak tapi kau pilih melayan dan menggatal. Dan aku tetaplah memilih untuk tidak menjadi penyondol. Aku nak hidup tenang je malas nak serabut kepala dengan mengecewakan dan dikecewakan orang lain.
Aku pernah tanya soalan pada ibu aku “Apa pendapat ibu kalau saya jadi isteri kedua dan lelaki itu kaya?”
Ibu aku jawab “Tak payahlah kak. Ramai lagi lelaki single kenapa nak suami orang? Ingat jadi isteri kedua ni boleh bahagia ke? Jangan pandang harta semata semua itu tak boleh beri kebahagiaan.”
Nasihat ibu aku inilah aku genggam erat dan elak untuk musnahkan rumahtangga orang lain. Bagiku, bila kita aniaya insan lain kifarah untuk kita akan ada cepat atau lambat sahaja sama ada di dunia atau di akhirat sana.
Bagi aku juga poligami itu tak salah. Yang salah bila lelaki dan perempuan simpanan menipu dan curang belakang isteri sampai check in hotel la buat benda haram lah.
Kalau betul nak poligami, poligami cara baik, cara Islam benarkan jangan sampai menganiaya isteri. Nak jadi isteri kedua?
Boleh, jadilah isteri kedua yang diiktiraf bukannya senyap2 bercinta last-last kantoi busuk pernah tidur sekatil dengan suami orang, kehulu ke hilir macam belangkas.
Nak jadi isteri kedua? Pergi jumpa isteri pertama dulu dapatkan lampu hijau sesuai ke tak untuk bermadu. Jangan sebab rupa dan harta kau merana.
Kita semua diberi pilihan. Tapi kebanyakan dari kita lebih memilih ‘dunia’ berbanding ‘akhirat’. Lebih memilih berbuat kejahatan dari kebaikan.
Dan aku pula lebih memilih ketenangan dan kebagiaan yang aman damai instead of dapat lelaki kaya tapi makan hati berulamkan jantung.
Kini alhamdulillah aku dah pun bertemu jodohku dan dah pun berkahwin dengan lelaki bujang yang elokkk. Aku berkahwin untuk jaga diri dan maruah aku agar aku tidak terjerat dengan lelaki miang keladi di luar sana.
Aku berharap kalau aku ada anak perempuan atau lelaki, aku akan nasihatkan anak-anak aku agar menjadi wanita dan lelaki yang terbaik hebat di mata Allah yang tidak menganiaya insan lain.
Korang yang ada anak jangan lupa tegurlah anak itu. Anak ini amanah Allah. Kalau sebagai ibubapa nasihat benda tak betul. Menjawablah kat akhirat nanti.
Doakan rumahtangga aku tidak diganggu oleh penyondol tak bertauliah. Mudah-mudahan aku juga dapat jadi isteri yang solehah yang tidak bermain cinta dengan lelaki lain termasuklah suami kesayangan aku.
Eh ada lagi sebelum aku terlupa, jangan sibuk sangat hal rumahtangga orang lain sedangkan rumahtangga sendiri pun huru hara.
Jaga tepi kain sendiri dulu. Jangan sampai kita pula diuji yang sama macam orang yang kita mengata tu.. Apa pun jaga percakapan masing-masing.
Suka untuk aku kongsikan firman Allah: Surah Al Israa ayat 7:-
“Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri.”
Akhir sekali, terima kasih para pembaca sekalian. Yang baik dijadikan teladan yang buruk jangan tiru!Lots of Love.
– Abaaya Hitam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit