Aku Pilih Jalan Bahagia Sendiri

Assalamualaikum wbt pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin andainya penulisan aku ni disiarkan.

Aku Nisa (bukan nama sebenar), cerita yang aku nak share ni bukan nak memburukkan sesiapa cuma aku harap ambillah pengajaran dari pengalaman buruk yang pernah aku lalui sebelum ni.

Perkahwinan aku sudah nak menginjak sedekad usianya. Alhamdulillah, aku bahagia dengan hidup aku sekarang sejak aku memilih untuk menjauhkan diri daripada keluarga mertua aku.

Kenapa aku pilih menjauhkan diri sebab aku penat maruah aku dipijak dihina dan sampai sekarang aku masih menyalahkan suamiku sendiri atas apa yang berlaku.

Ye jahatnya aku menyalahkan suamiku atas sikapnya yang terlalu positif & baik sangka tak kena tempat,

Sehingga isterinya sendiri menjadi mangsa bahan umpatan & sindiran keluarganya sendiri walau aku mengadu kesedihan pada suamiku masih juga membisukan mulut memekakkan telinga hanya kerana itu keluarganya.

Hampir aku bercerai berai sebab aku depression dengan sikap keluarga mertua ku.

Mak mertua aku banyak fitnah aku, awal2 kahwin pon dikatakanya aku lah punca keluarganya susah lepas anaknya kahwin dengan aku,

Akulah yang habiskan gaji anak dia, pegang kad bank padahal aku bekerja dan gaji aku pon lebih banyak dari suamiku sendiri,

Dicanang aku bukan menantu yang baik, aku cesarean mom waktu bersalinkan keempat-empat anak aku,

dituduhnya aku banyak dosa dengan suami aku sebab tu aku susah bersalin, kekuatan apa lagi yang harus aku kumpulkan untuk mendengar segala fitnah dan tohmahan yang keluar dari mulutnya.

Sedangkan aku sedaya upaya jadi isteri dan ibu yang baik untuk keluarga aku, dari segi penampilan aku masih cantik dan kemas bagai anak dara, macam tu jugak pakai makan anak2 aku, tak pernah aku biarkan selekeh bila keluar.

Rumah aku pastikan bersih dan teratur. Setiap kali raya aku belikan beg tangan/ kasut/ baju baru untuk mak mertua aku tapi mulutnya tetap berzikir yang tak baik tentang aku.

Akhirnya aku penat aku diam dan aku tak pernah belikan apa-apa lagi.

Ipar duai aku pulak jenis bila dengar cerita dari mak mertua terus dijadikan bahan sindirian, seolah-olah percaya apa mak mertua fitnah tentang aku.

Mengejek-ejek aku bukan menantu pilihan, queen control sampai suami aku bodoh.

Bukan tu saja kalau aku update aku balik kampung aku sendiri atau bercuti ada je cctv yang akan menyampai pada mak mertua aku. Asyik lebihkan keluarga aku katanya dan akan terjadilah drama tarik muka lepas tahu berita itu.

Akhirnya aku sedar aku da termasuk dalam keluarga toksik yang bukan senang melihat orang lain senang, ada saja benda tak kena dimata dan hati mereka.

Apa yang aku buat setelah aku penat melayan kerenah manusia2 yang sikit pon tak tahu belajar erti privasi dan hormat kehidupan orang lain adalah aku pilih bawa diri sendiri dan anak2 aku,

Aku pilih nak sayangkan diri aku sendiri melebihi sayang orang lain, aku pilih bahagiakan orang yang boleh bahagiakan aku balik.

Aku pilih block/ unfriend keluarga mertua dari semua media social aku termasuk left wassap group.

Aku nekad aku tak nak lagi try hard dengan keluarga mertua, baru aku rasa dunia aku sebenarnya bahagia tanpa mereka.

Ye aku berhak bahagia. Suami aku? Ya akhirnya dia tahu kekhilafan dirinya sendiri membiarkan aku sendiri berjuang ketika maruah aku dirobek2 keluarganya,

Itupun setelah aku bagai nak gila menangis mengamuk ingin membunuh diri barulah dia tertampar dek perbuatan keluarganya terhadap isterinya.

Buat wanita2 yang senasib dengan aku, tolonglah jangan biarkan maruah anda dipijak keluarga orang lain, bangkit lah, bila kita bangkit baru orang takut nak pijak kita,

Jangan biarkan orang lain memenjarakan kebahagiaan diri kita sedangkan itu adalah hak kita untuk bahagia!

– Nisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *