Aku Pilih Untuk Bertahan

Aku berusia 30 an. Seorang surirumah yang menjalankan online business secara kecil-kecilan untuk mengisi masa lapang.

Mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Telah mendirikan rumahtangga selama 12 tahun.

Berasal dari negeri pantai timur. Berkulit cerah & badan kecil molek. Rupa aku ade iras siti nurhaliza dan penyanyi Camelia. Aku ada darah kacukan Siam. Pendek kata aku mempunyai rupa yang menarik.

Hidupku bahagia kerana memiliki suami yang hensem, bertanggungjawab, penyayang dan pemurah.

Berikan kereta dan sediakan rumah yang selesa untuk kami. Belikan insurans dan masukkan saving ASB setiap bulan. Apa yang aku minta dia akan belikan.

Pendek kata, 100% perbelanjaan aku ditanggung oleh suamiku. Alhamdulillah. Aku antara wanita yang bernasib baik.

Namun.. kebahagiaan yang aku kecapi musnah sekelip mata pada tahun ini. Suami yang aku percaya dan sayang ternyata menduakan aku.

Pada tahun pertama perkahwinan dia telah curang & berkahwin lain pada tahun keempat perkahwinan kami. Terlalu kejam perbuatan dia. Hati aku sangat sangat terluka.

Dia meminta maaf sambil menangis dan memujuk aku supaya tak tinggalkan dia. Dia menyesal diatas perbuatan nya.

Mula2 dia berniat untuk suka-suka dan “test market”. Lama-lama terjebak dengan maksiat.

Dia berkahwin dengan perempuan itu untuk menebus kesalahan. Dia takut akan balasan yang dia akan dapat memandangkn anak kami pun perempuan.

Aku dilanda kemurungan & “anxiety attack” gara-gara terlalu tertekan. Aku tak dapat tidur dan kurang selera makan. Teruk suami aku dimaki. Pertama kali dalam hidup aku maki orang sampai tahap itu.

Aku menyesal setia dan sayang pada lelaki yang salah. Aku terima dia dulu kerana aku nampak kesungguhan dia untuk mendapatkan aku.

Aku tolak banyak pilihan yang lain semata-mata kerana dia. Sampai sekarang aku masih ada peminat.

Dia sendiri masih kuat cemburu dan selalu check phone aku kalau-kalau ade lelaki gatal yang mesej aku. Dia akan call lelaki tu dan bagi warning.

Aku bertanya apa kurang nya aku? Setahu aku sepanjang kahwin aku tak pernah menolak bila dia nak “make love”. Aku layan dia sebaik mungkin.

Even mengandung aku tetap jaga penampilan diri aku supaya sentiasa nampak kemas dan sedap mata memandang.

Aku jenis yang lembut dan manja. Aku juga mendengar kata dan sabar walaupun suami aku kuat cemburu dan mengongkong.

Aku mintak cerai dengan dia tapi dia tak nak lepaskan aku kerana masih sayangkan aku. Lagipun kami ada anak bersama.

Tapi aku tak dapat terima kecurangan dan penipuan dia. Aku mula curiga pada dia dan sering menyalahkan diri sendiri.

Aku dah macam orang tak siuman. Aku pernah rasa nak tikam diri sendiri kerana terlalu kecewa. Aku pernah non stop menangis sampai tahap sesak nafas.

Aku ada mengadu masalah pada kakak-kakakku. Dia menyuruh aku bersabar dan bertahan memandangkn suamiku sudah insaf dan dia bertanggungjawab.

Dia tak pernah abaikan kami walaupun dia ade isteri lain.

Selepas kejadian itu, aku banyak dekatkan diri pada agama. Aku cukupkan solat 5 waktu, mendirikan solat sunat dan berzikir. Aku banyak muhasabah diri.

Aku cuba maafkan dia dan berdamai dengan takdir. Aku rasa penceraian bukan lah jalan terbaik kerana kami ada anak yang masih perlukan kasih sayang seorang ayah. Aku pun masih sayangkan dia.

Aku cuba positifkan diri dan layan suami aku macam biasa. Aku cuba melupakan apa yang dah berlaku. Walaupun susah tapi tak mustahil.

Aku selalu berdoa diberikan kesabaran & kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Aku juga berdoa supaya suami sentiasa sayangkan aku, setia, jujur, bertanggungjawab dan dijauhkan dari maksiat.

Setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah yang terkandung dia dalam nya. Antara hikmahnya aku makin dekat dengan agama.

Kebergantungan aku pada Allah lebih dari sebelum ini. Aku mengaku dulu aku jauh dari agama dan jarang berdoa. Padahal doa itu senjata seorang muslim.

Layanan yang baik saja tak mencukupi untuk mengikat kasih sayang suami isteri.

Doakan kami bahagia hingga ke syurga. Doakan aku dapat jadi isteri yang terbaik untuk suamiku. InsyaAllah…

– Lufyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *