Aku Pisang Buruk Dari Setandan Pisang Yang Elok

Assalamualaikum semua. Tujuan aku membuat confession ni adalah untuk mendapatkan kata-kata nasihat dan juga kata-kata semangat untuk aku terus istiqamah dalam perubahan aku.

Aku mulakan dengan latar belakang keluarga aku sebab ia berkait dengan confession aku ini.

Aku berumur 25 tahun. Berasal dari keluarga yang agak alim. Keluarga yang mementingkan ilmu agama Islam. Mak aku anak ustaz. Ayah aku bukan ustaz tapi dia kaki masjid setiap hari 5 waktu solat berjemaah di masjid. Jarang nampak ayah aku solat di rumah.

Adik beradik aku ramai lebih 10 orang. Mak ayah aku bagi didikan agama yang baik untuk kami semua.

Separuh dari adik beradik aku sekolah menengah agama serta sambung pengajian di universiti pun dalam bidang agama. Ada yang jadi ustaz dan ustazah.

Yang lain-lain sekolah menengah biasa, walaupun bukan sekolah agama mereka berakhlak baik. Menutup aurat. Solat 5 waktu dan menjaga ikhtilat serta menjaga batas pergaulan.

Tapi berbeza pula dengan aku. Aku berakhlak buruk. Dari sekolah rendah aku tidak berminat dengan ilmu agama.

Dulu aku sangat rimas bila dengar keluarga aku bercakap tentang ilmu agama, tentang akhirat. Aku tidak berminat untuk menjadi alim macam kakak-kakak aku yang lain bertudung labuh.

Lepas tamat sekolah rendah, mak ayah aku suruh masuk sekolah agama tapi aku berkeras menolak. Aku lawan cakap mak aku. Aku sangat degil masa tu.

Mak aku betul-betul marah aku sampai kepala aku kena hantuk ke dinding. Tapi aku tetap dengan keputusan aku, aku nak ke sekolah menengah biasa. Akhirnya, mak ayah aku mengalah.

Aku berbeza dengan adik beradik aku yang lain. Di ibaratkan setandan pisang yang elok, ada satu pisang yang buruk. Aku lah yang buruk tu.

Aku seorang yang sosial dari zaman remaja. Langsung tak jaga batas dengan lelaki. Bergurau senda, bertepuk tampar sampai bersentuhan. Tak tutup aurat. Pakai baju ketat-ketat dan ada boyfriend. Pergi dating pegang tangan.

Family aku melarang keras aku bercinta monyet. Tapi aku kan degil, aku bercinta senyap-senyap.

Tapi walaupun aku macam tu, start je aku baligh semasa usia 13 tahun aku terus jaga solat 5 waktu aku. Solat tak tinggal dengan sengaja. Aku jugak rajin baca al-quran.

Dan aku adalah anak yang paling bijak. Zaman sekolah aku selalu dapat anugerah pelajar terbaik. Mak ayah aku bangga dengan aku dari segi pendidikan.

Kemuncak sosialnya aku adalah masa zaman universiti. Aku ada boyfriend. Aku dengan dia sangat bebas. Dia ajar aku buat benda tak senonoh.

Aku kalah dengan belaian dia, aku kalah dengan nafsu aku. Bila berjumpa kami selalu ringan-ringan. Tapi aku masih suci sebab kami tak sampai ke tahap tu.

3 tahun aku berada dalam kemaksiatan. Sepanjang 3 tahun bukan aku tak mencuba untuk menjauh, tapi pada akhirnya aku kalah dengan rayuan dia. Aku buat dosa lepas tu aku menyesal aku bertaubat dan akhirnya aku kalah lagi.

Berkali kali aku dalam keadaan macam tu. Menangis-nangis atas tikar sejadah menyesali perbuatan aku. Aku hina dan jijik. Aku solat 5 waktu, aku baca al-quran tapi aku buat maksiat.

Akhirnya, pada tahun 2021 aku nekad nak tinggalkan semua kemaksiatan ni. Aku takut dengan azab Allah. Aku nak taubat nasuha. Aku putuskan hubungan dengan dia. Aku lari jauh dari dia. Aku block semua yang berkaitan dengan dia. Aku delete semua gambar dia. Aku bakar semua barang yang dia bagi.

Akhirnya, aku kembali kepada Allah. Aku betul-betul nak berubah. Aku menyesali segala perbuatan terkutuk aku. Aku solat taubat berkali-kali mengharapkan Allah mengampuni dosa-dosa aku. Hari-hari aku menangis menyesali perbuatan aku.

Aku balik kampung tengok muka mak ayah aku, sakit sangat dalam dada aku ni terkenangkan apa yang aku buat belakang mereka. Aku malu dengan perbuatan aku. Malu dengan diri sendiri, malu dengan Allah.

Sejak aku nekad berubah dan meninggalkan maksiat, hampir hari-hari aku menangis. Duduk sorang-sorang aku menangis, naik motor, naik kereta dan dimana sahaja aku berada bila terkenangkan dosa-dosa aku, aku menangis. Sakit sangat ya Allah rasa penyesalan ni.

Dan aku juga mula menutup aurat. Aku labuhkan tudung menutup dada. Aku pakai baju longgar-longgar, pakai stokin. Aku jaga ikhtilat dengan lelaki.

Semua yang buruk pada diri aku, aku usaha perbaiki. Perangai buruk aku dulu yang degil, suka melawan aku buang. Aku nak jadi baik. Aku nak jadi wanita solehah.

Aku harap Allah ampuni dosa-dosa aku. Sesungguhnya aku sangat menyesali segala perbuatan aku.

Kadang aku tertanya-tanya dan menangis kenapa dalam keluarga aku, aku seorang je yang berbeza. Kenapa aku tak sama macam adik beradik aku yang lain dari kecil berakhlak baik. Kenapa dari kecil aku seorang je yang terpesong.

Bila besar baru lah mula mencari ilmu agama dan mula berminat dengan ilmu agama.

Mungkin ini ujian untuk aku. Adik beradik aku mungkin ujian dari segi lain. Aku redha dengan ujian ini dan takdir hidup aku yang Allah dah tetapkan.

Kalian doakan aku terus istiqamah ye. Doakan juga aku dapat suami yang baik akhlaknya yang dapat membimbing aku ke jalan yang diredhai Allah swt. Walaupun sebenarnya aku rasa tak layak pun untuk dapat lelaki yang baik :’)

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Sabar dik.. sibukkan diri, dan jgn silap pilih persekitaran.. buatlah ape2 sahaja benda berfaedah yg menyebabkan kamu xde ruang untuk ingat kembali benda2 negatif itu..

  2. Maaf dik, akak ni ada anak lelaki tau. Kalau akak baca tulisan girlfriend dia macam ni, akak pun rasa tak layak untuk anak akak. Sebab daya ketahanan diri adik sangatlah lemah.

    Adik dah bertaubat tapi masih menangis-nangis. Untuk apa adik begitu? Adik bukan tuhan. Siapa adik nak cakap diri adik sendiri tidak layak untuk apa pun. Kalau ada jodoh yang baik di mata adik meminang kemudian adik nak tolak ke kerana adik rasa tak layak. What a nonsense.

    Kemudian, nanti adik kahwin adik akan ada anak-anak. Anak-anak ni akan buat macam-macam silap tak semestinya bab berkawan sahaja. Sikap anak ni bukan hanya boleh buat mak ayah risau. Jadi macam mana adik nak bela anak sedangkan adik terlalu bersikap menghukum. Takut adik jatuh ke lembah depresi ataupun apa-apa perkara yang lebih dahsyat lagi, Nauzubillah.

    Adik tak boleh terima imperfection. Sedangkan manusia tak maksum.

    Akak tak nak cucu-cucu akak esok muram sebab sudah betulkan kesalahan pun masih stress. Akak tak nak mak dia sendiri anggap anak dia (cucu akak) tak layak untuk apa-apa yang baik untuk diri dia termasuklah hal jodoh. Kata-kata mak boleh jadi doa.

    Akak tak nak cucu akak esok low self-esteem dan jauh dari keluarga sebab keluarga tak habis-habis cakap hal kesilapan. Esok cucu akak jauh dari keluarga entah kemana. Sangat bahaya anak khilaf pergi dari keluarga sebab kita tak tahu terkedepan hati perut orang yang boleh ambil kesempatan. Keluarga bukan macam orang yang berniat buruk.

    Bayangkan adik terjumpa seorang wanita yang boyfriend dia pegang tangan kemudian dia rasa down sangat dan boyfriend beri kata dua……tolong saya hantar parcel ini, atau kita putus.

    Bunyi tak logik tapi boleh terjadi. Sebab apa? Sebab terlalu down dengan kesalahan dan nak pengiktirafan manusia. Padahal, boleh sahaja dia putus dengan boyfriend ni, bertaubat, dan esok lusa kahwin dengan orang lain.

    Bahaya bila terlalu stuck dengan satu kesalahan sehingga nak diiktiraf manusia ni. Sebab manusia boleh dimanipulasi orang yang berniat jahat. Orang jahat ni dia tau dah. Budak ni takkan ada tempat mengadu sebab dibuang keluarga, budak ni takkan tinggalkan aku sebab aku dah pegang tangan dia.

    Akibatnya…

    Adik jadi keldai dadah pun boleh, dilacurkan pun boleh, dipukul boleh, ditamatkan nyawa pun boleh. Sekelip mata sahaja perkara boleh terjadi,

    Lagi satu, manusia hanya boleh dakwah tak boleh hukum orang macam tuhan.

    Akak pun ada kawan perempuan, mereka ada anak-anak. Takkan akak nak putus kawan dengan mereka sebab sikap anak mereka dikemudian hari. Takkan akak nak jadi holier-than-thou? Takkan akak nak masuk campur hal keluarga orang lain. Takkan akak nak buat confession mengata anak orang bila akak dah tua nanti? Takkan akak nak berperangai tak semenggah begitu nak cakap anak orang sampai menangis-nangis anak orang dibuatnya. Takkan akak nak buka rahsia setiap kawan yang confide dekat akak tentang anak mereka. Mestinya bila kita menua, anak pun akan dewasa dan sedikit sebanyak akan berbual hal parenting.

    So ya memang adik tak layak untuk lelaki apa pun sebab adik ni bagi akak kahwin pun tak layak, jadi mak pun tak layak. Takut anak buat perangai je, terus dah tak boleh function sebagai mak, dan apa-apa lagi yang tak terjangkau dek akal.

    Instead of rasa berdamai dengan diri kerana dah berubah, adik masih rasa sedih. Ingat ye dik, jaga akal, jaga nyawa tu maqasid syariah ya. Islam tak suruh kita meratap-ratap lepas dah bertaubat, mungkin menangis menyesali dosa, itu tak apa. Dan kenapa adik pergi menulis kekhilafan sendiri. Islam ajar untuk tutup aib. Takut asyik menangis je, hilang akal hilang nyawa pula.

    Pergi berguru dengan orang yang betul dan bertauliah bab agama.

  3. Komen tambahan adik tolong kurangkan bersedih sebab memang tak elok untuk perempuan. Selalu bersedih ni boleh effect dalam badan. Cuba adik luangkan masa melawat orang-orang berusia macam nenek atau nenek saudara mesti adik lebih gembira sebabnya orang berusia begini memang suka tengok anak-anak macam adik ni melawat mereka.

  4. Alhamdulillah, awk dah tersedar dari segala kemaksiatan itu dan bertaubat.. mngkin juga ini adalah hasil doa dari kedua ibu bapa awk yg mahukn semua ank2 nya jdi soleh & solehah.. lupakan segala perkara yg telah berlaku, anggaplah ianya ‘ujian’ yg telah mendewasakm awk.. menangis dan menyesali perbuatan lama awk tu bagus, sbb ia adalah antara syarat bertaubat- benci dgn dosa yg telah dilakukan, menyesali perbuatan tsbt, dan tidak melakukannya semula.. tetapi jgnlah menangis sehingga ‘memakan’ diri, cthnya klaw memandu pon mnangis, mngkin juga akn membahayakn diri awk atau pon org lain.. skrg awk anggaplah usaha awk utk memperbaiki diri adalah kerana Allah SWT dan Dia sahaja yg boleh menerima taubat awk, di samping itu juga berusahalah untuk jd ank yg solehah spt adik beradik yg lain, dan Insha Allah tiada lgi tanggapan buruk terhadap diri awk umpama ‘pisang yg buruk’ dari setandan pisang.. Wallahua’lam bissawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *