Aku Seorang Planter III

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-planters-2-masalah-problem/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai geng. J is back. Gila lah. Selang 2 hari menaip. Kenapalah masa duduk U dulu tak rajin macam ni. Kalau tak mesti dapat dekan setiap semester. Dah ada 7-8 orang yang syak siapa aku yang sebenar, tapi manalah aku pernah tulis panjang-panjang macamni. Oleh kerana tiada keraguan munasabah oleh pihak pendakwaraya, maka aku selamat. Hahaha.

Kenapa aku risau orang kenal aku? Haha. Hakikat kerja ladang ni sebenarnya teruk. Nasib ada nama J. boleh juga aku selindung sapa aku sebenar. Planters ni bukan untuk faint heart. Kau terpaksa keraskan jiwa kau untuk marah pekerja, staff kau. Mesti korang tanya, kalau tak marah tak boleh ke? Boleh je. Kau kena kerja lebih sikitla. Ini sebenarnya masalah mentaliti.

Ada 2 jenis pekerja. Pertama, dia tau apa kena buat. Kau cuma keluarkan arahan secara general. “Okay makcik, harini sambung racking.” Dia tau dah apa kena buat. Peralatan apa nak pakai, PPE apa nak kena pakai, hasil kerja yang macamana kau suka, dan even better, dia sendiri yang akan suggest dari mana dia nak mula supaya senang kerja dia. Ini yang aku suka, satu arahan simple, kerja siap.

Jenis yang kedua ni yang buatkan BP kau jejak 200. Jenis pahat. Nak kena tukul baru jalan. “Okay makcik, harini sambung racking.” Dia akan tanya balik. “Block mana tuan, nak kena bawa apa, nak start dari mana.” Ini la yang aku kata masalah mentaliti.

Aku perasan ada ladies yang tanya macamana perempuan nak jadi planter. Ini pendapat peribadi aku, kalau salah, salah aku. Bukan salah lelaki ya. Kena state awal-awal sebab dalam IIUM ni banyak feminist. Hahaha. Okay sambung. Pada pendapat aku, ladies cuba elakkan jadi planters. Kenapa? Faktor commitment dan safety. Memang kau boleh prevent apa-apa jadi pada kau, tapi kalau nasi dah jadi bubur, tak guna dah.

Tapi aku suka kalau ladies jadi planters, sebab mostly ladies ni cerewet. Bukan in negative way. Come on la. Positive skit. Cerewet in good manner. Kalau buat report, detail je. Documentation siap supporting evidence. Cuma bila part field work, naik risau juga aku nak lepas ladies ni masuk kebun. Kebanyakkan practical student yang datang tempat aku ni adalah ladies. Ada jugak jantan, nanti aku cerita. Ladies yang datang practical ni aku terpaksa buat arrangement special.

Kalau malam, Auxilliary Police (AP) datang ronda rumah dorang setengah jam sekali. Kalau masuk kebun, ikut Assistant Manager atau Staff. Untuk commitment, planters ni kena sacrifice lebih. Kadang-kadang tengah cuti kena masuk kerja balik. Kadang-kadang takda istilah Raya Kedua, Ketiga, Keempat dah ni. Kau balik untuk Solat Sunat Hari Raya dan salam mak ayah kau, kena balik estet semula.

Okay. Yang tanya kenapa kos baja 60% tu sebab harga baja ni mahal. Kau bukan boleh suka-suka tabur baja tu. Aku cerita sikit pasal bab baja ni dan kenapa dia mahal. Baja ni ada banyak jenis dan setiap jenis ada kualiti dia yang tersendiri. Ada satu group di FB yang menghimpunkan pengeluar sawit dalam tu. Aku tak cakap dorang salah tapi ada mitos-mitos yang aku tak tahu dari mana perawi dia tu dapat cerita tu diceritakan balik dalam group tu.

Untuk membaja sawit ni kau kena tau jenis tanah kau. Untuk tau, kena kena buat soil sampling untuk tau nutrien apa yang ada dalam tanah tu. Ambil sample untuk setiap 50 hektar atau ikut saja policy company. Lepas soil sample, kau kena buat foliar sampling pulak. Ini untuk tentukan nutrient content dalam pokok sawit tu.

Pokok tu bukan boleh bercakap. “Tuan, aku lapar Kieserite la.” Bersepah lari kalau kau dengar pokok minta makanan. Baja ni ibarat makanan untuk pokok la. Lagi satu, walaupun kau nampak pokok sawit kau hijau elok, belum bermakna dia cukup nutrien. Kemungkinan dia mengalami kelaparan tersembunyi. Err… kalau omputih panggil “Hidden Hungry”.

Selalunya unsur mikro ni yang banyak lack. Kau juga perlu tau timing yang sesuai untuk membaja. Contohnya untuk elakkan kehilang unsur Nitrogen yang banyak, kau jangan tabur baja Nitrogen tu musim panas atau kemarau. Musim hujan pun jangan kau tabur baja jugak. Baja kau akan rugi sebab surface run-off. Kau kena tau timing yang cun untuk tabur baja. Dan benda ni kau akan dapat belajar melalui pemerhatian or pengalaman kau bertahun-tahun kalau kau pay attention lah.

Lagi satu, antagonistic effect. Ada baja yang tak sesuai ditabur bersama. Kau kena biar ada calm period dulu. Contoh antara baja Nitrogen macam Ammonium Sulphate, Ammonium Nitrate, atau Ammonium Chloride dengan alkaline type fertilizer macam Ground Lime Magnesium atau Bunch Ash.

Aku nak terangkan susah, sebab ada tindak balas kimia yang membuatkan unsur Nitrogen tu hilang. Harga baja ada yang mahal dan murah. Ada yang harga ratus ringgit untuk satu tan, ada yang harga beribu untuk satu tan. Jadi untuk elakkan company rugi, kau perlu tau cara membaja. Sebab bila pokok cukup makan, dia akan bagi kau cukup buah. Bila kau cukup buah, kau akan achieve target kau.

Ok. Habis sesi Q&A, soalan yang belum terjawab, aku try jawab next session lah. Tu pun kalau korang suka. Korang share dan state opinion korang. Aku stalk satu-satu nanti. Jangan bila kau share, tapi kau set private pulak. Hahaha.

Topik hari ni pasal DPIM. Okay setahu aku, DPIM ni ada di UITM Arau, Jengka, Sabah, Sarawak, Jasin dan Kuala Pilah. Maybe yang Kuala Pilah tu dah pindah ke Jasin. Bila sebut Arau ni, aku tersentuh betul. Ah… What a memory.

Jujur aku rindu bau ladang UITM Arau. Aduh… ada ninja potong bawang pulak.Aku apply Uitm ni atas desakan bos aku. DPIM ni 3 tahun atau 6 semester. Aku grad semester yang kelapan. Kenapa? Sebab aku sayang nak tinggal Araustralia ni. Hahaha. Jangan la tanya kenapa. Kau faham-faham sendiri la. Takkan nak aku cerita detail kot. Malu la.

Aku taknak komen dari segi akademik. Sebab academically, aku grad part 8. So aku tak layak. Lecturer zaman aku sangat power. Aku admirer betul dorang ni. Prof Mail, Prof Malik, Prof Rashid, Prof Satar, Encik Yazid dan lain-lain. Maaf kalau tak sebut nama. Terima kasih sebab mencurahkan segala ilmu tuan-tuan dekat anakanda yang hina ni. Aku harap reader doakan kesejahteraan lecturer-lecturer aku ni.

Aku paling ingat dekat Encik Yazid. Beliau memang jenis brutal betul. Concern betul dekat student dia. Bagi aku la, kalau dalam dunia gangster, dia level Paduka Ayahanda. Kau susah, kalau dia tau. Sehabis daya dia akan tolong. Tapi in brutal manner. Dia akan marah kau, dia naikkan semangat kau, tapi belakang kau, dia usaha tolong kau. Ya Allah, kau sejahterakanlah semua Tok-Tok Guru aku ni. Korang jangan baca saja, amin kan lah.

Ok sambung. Antara course yang top di Uitm Arau ni adalah DPIM, SportRec dan semestinya MassComm. Fuh.. aku berkenan betul dekat sorang awek MassComm ni. Eh.. Kalau kau single lagi contact aku tau.

DPIM dan SportRec ni ada perseteruan yang sangat hebat. Hahaha. Dari sukan sampai la pemilihan Wakil Kolej. Aku main rugby dulu untuk Arau Wolves. Untuk selection, memang ramai la geng SportRec ni turun. Tapi lepas selection, ¾ dari team tu semua geng DPIM. Hahaha. Kalau main bola pun sama. Memang musuh tradisi la. Kalau final, memang DPIM dan SportRec saja.

Bila kau masuk as Part 1 DPIM, part 6 akan jadi Tuan Besar secara automatiknya. 2 bulan pertama sangat struggle. Kau kena hafal segala nama lecturer dan tuan besar kau. Kau kena ambil tandatangan dorang. Kau kena tau nama penuh dan asal dorang. Memang kau akan rebel la. Tapi lepas 2 bulan, kau dengan dorang akan kamceng betul. Kau tak faham assignment apa-apa, kau jumpa saja dorang. Insya Allah dorang akan ajar sampai cerdik.

Dalam masa 2 bulan tu, kau akan dapat nickname. Nickname ni akan melekat sampai kau mati. Tak percaya, kau tanya ex-DPIM Arau. Aku tak sure Uitm lain. Macam-macam nama. Kau akan gelak kalau kau dengar satu-satu. Kau jangan buat hal time ni. Memang buruk la nickname kau. Nickname aku? Hahaha. MEMANG AKU TAKKAN BAGITAU LA!

Setiap petang kau kena turun ke share farm kau. Ini memang bonding time untuk kau. Dengan kasut boot dan vest DPIM kau, beratur ramai-ramai dari kolej ke share farm. Kau tau apa bagusnya benda ni? Antaranya, commonly kita tau yang Kelantanese ni akan lepak dengan geng dorang saja. Tak semua, tapi ada yang macamtu.

Bila kau buat bonding time macamtu, barrier tu jadi hilang. Biarpun dorang speaking Kelantanese, kau pun pelik macamana kau boleh faham. Belum lagi kau dengar dorang speaking Utara. Dah macam Siam bunyi dia. Hahaha. Banyak member aku dari Kelantan yang aku dah anggap macam bloodbrother aku. Kau susahkan dorang, aku janji aku akan susahkan kau.

Setiap hari Khamis, kau ada muster di Unit Ladang. Time ni kau kena berkumpul dari Part 1 sampai Part 6. Kau kena makan di dewan makan sama-sama. Kalau datang gila tuan besar kau, Part 1 kena bangun awal Qiyamullail di Pusat Islam.

Datang gila lagi, pagi-pagi buta dia suruh kau jogging keliling kolej. Sampai depan kolej perempuan, dorang suruh stop. Lepastu dorang akan pilih mana-mana bilik dan kau kena jerit sampai bilik tu hidupkan lampu dia. Celaka badan kalau dorang pilih bilik kosong. Memang berbuih la mulut kau melaung.

Masa di muster, Part 1 yang dah dapat nickname kena kenalkan diri kau di depan. Time ni la part lain akan tanya macam-macam. Ada member aku jumpa jodoh dengan senior dia time ni. Daring je senior perempuan tu tanya single ke unavailable. Hahaha. Aku rasa ada yang dah dapat tangkap sapa aku.

Antara yang aku tak suka bila turun share farm ni bila geng ROTU buat mara lasak. Memang hilang lutut kau bila tuan besar kau suruh kejar dorang. Gila lah. Kau tau sendirilah geng Rotu ni. Fitness macam kerbau. Kau kena sampai di pintu pagar sebelum geng Rotu ni sampai.

Tengah sedap kau mencangkul atau siram batas kau, dengar je geng Rotu ni menyanyi, bersepah kau lari. Dengan segala tool ladang, kau usung sambil berlari. Satu lagi syarat, no one leave behind. Bayangkan batch aku ada 211 orang. Pernah kami usung sorang member kami ni dari share farm sampai ke pintu pagar atas batang cangkul. Kalau ada sorang yang tertinggal. Memang azab la kau kena denda.

Join DPIM buat kau hilang malu kau. Mana la kau sempat nak hensem-hensem ni. Kasut sentiasa bertanah. Bila share farm kau membuahkan hasil, kau kena jual sayur-sayur tu untuk isi dana tabung batch kau.

Bayangkan 200 orang. Sorang ada 2 batas sayur. Dah berapa ratus kilo sayur kau ada. Kau kena jual la. Yang perempuan kami hantar jual sayur dekat-dekat. Yang lelaki ni kami hantar jual sampai ke Alor Setar. Kau ingat senang ke nak buat direct selling ni, kau tryla. Ketuk pintu rumah orang dan jual sayur. Siap pakai kad matrik. Hahaha.

Kami ada war cry kami sendiri. The Planters Song. Lirik dia lebih kurang macamni:

Oh when Planters!

Oh when Planters!

Oh when Planters go marching on!

They want to show all their powers!

Oh when Planters go marching on!

Rentak lagu ni ambil dari lagu gospel “When the saints go marching in”. Setiap kali ada acara rasmi sebelum tasbih kifarah dan surah al-Asr, pasti kami nyanyi lagu ni. Amacam Ex-Dpim? Kau rindu Araustralia tak? Jom turun jumpa junior kita ramai-ramai. Aku dengar dorang makin lembik sekarang.

Last budak praktikal DPIM yang aku dapat sangat mengecewakan. Fitness out. Bangun pagi susah. Muster miss. Tolong ya junior. Jangan burukkan nama DPIM. Kita ada nama baik kita sendiri. Pelihara tradisi kita.

Sorry la takda cerita menarik kali ni. Next episode baru aku cerita pasal Baby Boomer, Gen-Y dan Millenial planters tu. Atau korang nak tau pasal legendary planters. Korang nak tak? Or korang nak tau apa tu “Work like a bull, live like a King”. Hehe. Korang pilih je tajuk apa nak. Tinggalkan komen. Nanti aku check. Kalau nak suruh aku stop pun, korang komen je. Hahaha.

– John Johny Johnathan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *