Aku Seorang Planter IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-planters-2-masalah-problem/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/aku-planters-iii/).

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hai J is back. Hahaha. Macam ramai peminat ja aku ni. Cerita-cerita aku dah masuk group planters. OMG. Tuan-tuan, I mean no harm. Just want to share our side of story to others. Feel free to share. Correct me if I’m mistaken. Okay.

Aku dah baca komen-komen hangpa. Aku berterima kasih atas sokongan dan dorongan hangpa. Tak kurang juga yang kritik. Tiada masalah. Korang boleh heret kerbau ke tebing sungai, tapi korang tak boleh paksa kerbau tu minum air. Sama juga manusia. Kita tak boleh paksa orang bersetuju dengan kita. Yang penting apa guys? Ya. Possitive all the way.

Ada 2 soalan aku nak jawab harini. Ada senior planter yang nak tau tujuan aku tulis ni. Baik. Pada awalnya aku tulis ni satu sebab saja. Aku taktau macamana dia beranak jadi beberapa sebab. Bila kawin pun aku tak tahu, tiba-tiba dah ada beranak. Haha.

Sebab pertama aku tulis, aku suka membaca. Apa-apa bahan bertulisan ni aku akan baca. Sampai label makanan dekat tin pun aku akan baca. Tapi aku bosan baca cerita dalam IIUMC ni. Kurang sangat yang menambahkan ilmu kau. Semua cerita yang sama. Aku nak korang belajar juga benda baru. Jangan tercongok di takuk lama.

Yang kedua, aku ada admirer beberapa senior planter aku dalam bab penceritaan kisah-kisah pasal planter ni. Antaranya Tuan Mahbob Abdullah dan Tuan Shaari Abdullah. Tuan Mahbob ada tulis buku. Tajuk dia Planter’s Tale dan Planter Upriver : More Stories from Plantation Manager. English ada sikit tinggi. Aku pun kena buka kamus juga kadang-kadang. Dah 3-4 kali aku baca buku-buku ni.

Selain tu, aku suka baca cerita dalam Majalah The Planter keluaran ISP. Bahagian Planter’s Write tu aku akan baca dulu. Oh ya, ISP tu maksud dia Incorporated Society of Planters. Kau tahu tahun berapa dorang ni ditubuhkan. Tahun 1919. Dah 100 tahun.

Soalan kedua ni aku jawab berdasarkan soalan puan Atilia Hanifah berkenaan counter measure yang company plantation ambil untuk masalah carbon dan GHG. Baik. Mula-mula kita kena tau punca dari mana datang masalah ni. Susah kita nak selesaikan masalah kalau kita tak tahu kepala ekor sesuatu masalah tu.

Emission GHG dan Carbon ni kalau kita breakdown, datang dari 3 sebab utama. Fossil fuel, use of fertilizer dan Palm Oil Mill Effluent. Untuk fossil fuel punya masalah, kita tukar kepada biofuel. Ya tuan-tuan dan puan-puan, traktor ladang guna biofuel. Bukan semua company, tapi mostly major player dah tukar kepada penggunaan biofuel. Untuk fertilizer, sama ada kita guna reduction atau organic fertilizer.

Ada juga company yang introduce microb kepada tanah untuk menambahkan kecekapan pengambilan baja oleh pokok. Masalah ketiga, Palm Oil Mill Effluent atau POME. Ethane yang dihasilkan oleh POME ni akan diperangkap dan di simpan. Ada company dah mula invest untuk biogas which is selepas ni, gas ini akan diproses untuk kegunaan domestik. Untuk memasak dan sebagainya.

Selain itu, company akan pastikan carbon stock didalam peat terjaga dan tidak terbebas sepenuhnya. Ada yang praktis reserve water content didalam parit setinggi 60cm untuk peat area. Selain itu, ada company yang mewajibkan pensijilan ISCC atau International Sustainability Carbon Certification. Pensijilan ni amat susah untuk dapat.

Untuk major criteria, semua wajib lulus. Untuk minor criteria, minima 60% kena lulus. Baru boleh dapat ISCC ni. Rakan-rakan Planter, good luck. Kerja berat sudah mari. Puan boleh dapatkan info lanjut dalam laman web RSPO atau ISCC. Semua data ada disana. Rakan-rakan planters aku kalau aku ada silap info, tolong betulkan.

Okay puan. Harap dapat membantu. Kekadang aku terfikir, kalau la aku bersungguh sikit dulu time study, mesti aku grad on time punya. Hawau betul. Ilmiah tak jawapan aku kat atas? Hahaha. Okay. Topik hari ini. Jenis-jenis planters dan bos. Sensitif oi topik ni. Memang sampai sudah aku tak mengaku aku ni J kat dunia realiti kalau ada senior planter yang triggered. Hahaha

Untuk planters era, kita boleh bahagikan kepada 3 kategori. Baby Boomer, Generation X dan Milennial. Aku dapat benda ni dalam satu posting di group planters. Untuk Baby Boomer ni, planters yang sebelum 1970-an. Generation Y ni aku kelaskan dari 1970-an kepada 1990-an. Dan Millenial ni antara 1990-an sehingga 2000-an.

Baby boomer ni merupakan pioneer. Antara yang terawal buka ladang di Tanah Melayu ni. Kebanyakkannya orang putih. Ex-Army dari BMA (British Millitary Adminstration). Aku of course tak pernah kerja dengan orang putih ni. Tapi aku pernah jumpa depan-depan dengan Dato’ Henry Barlow. Selain tu aku pernah jumpa cucu Edward Valentine Carey yang buka Pulau Carey di Banting tu. Pulau tu hadiah dari Sultan Alaedin Sulaiman Shah kat dia.

Lepas tu ada lagi company yang nama Island and Peninsular, Highland and Lowland, dan lain-lain. Sejarah ni aku tak cekap sangat. Kau kena tanya senior planter yang betul-betul lama untuk tau benda ni. Aku pun tau bila bos aku cerita saja. Culture kerja dengan orang putih ni pun aku tak berapa tau. Cuma yang aku dengar, memang teruk la. Mana dengan ancaman komunis, penjajahan Jepun, dan gerakan Kemerdekaan.

Tapi aku tau serba sikit tentang lokasi-lokasi ladang masa tu. Aku rasa korang pun tau. Ko tau Putrajaya, Subang Jaya, Elmina dengan Damansara? Kau boleh bayangkan tak satu ketika dulu, kawasan tu merupakan ladang koko, getah dan sawit? Hahaha. Mesti korang taktau.

Putrajaya tu dulu asalnya nama Ladang Prang Besar. Kalau korang familiar dengan baka getah PB series, dekat situ la mulanya research pasal getah. Bertahun sebelum Rubber Research Institute of Malaysia ditubuhkan.

Lagi satu, ada RUMOURS mengatakan dorang juga yang cipta pam racun knapsack dan bagi nama PB16. Ini aku tak berapa pasti. Aku harap senior planters tak kecam aku dan clarify benda ni. Okay sambung, Subang Jaya tu asalnya nama Ladang Seafield. Damansara tu Ladang Efingham dan Elmina tu Ladang Elmina.

Kebanyakkan estate nama sedap kemain. Hollyrood, Kinta Kellas, Diamond Jubilee, Tennamaran, Chersonese. Tapi ada juga yang nama tak sedap. Laukin, Pukin, Leepang. Hahaha. Matila aku. Mesti ada planters yang triggered ni. Kau tunggu je la.

Ok. Balik dekat topik asal. Generation X Planters. Berdebar aku nak tulis pasal ni. Hadoii.. 16 manager aku semuanya Generation X. Dorang ni pernah serve bawah orang putih. Dorang ni memang straight habis. Kalau jumpa yang badan besar pun, kau jangan ingat dia tu tak masuk kebun. Setakat 10km selamba saja dia jalan kaki.

Padanla senior DPIM aku dulu kerap kali pesan, apa-apa jadi, kau jangan lari dari estet. Aku terfikir kenapa la nak kena lari sedangkan dapat kerja bagus. Rupa-rupanya kes macam ni la. Manager jenis sarapan makan tebuan tanah. Aku harap sangat dorang tak tahu yang aku tulis ni. Haha. Kebanyakkan manager Gen X ni bengis nak mampos.

Aku teringat hari pertama aku lapor diri lepas training dulu. Lepas isi borang lapor diri, bawa jumpa manager, dia pandang sekilas saja, lepas tu dia keronyokkan form lapor diri tu, baling dekat aku. Ayat dia yang aku ingat, “Are you f**king a bum or retarded? I cant read your handwritting. Fill another form. Get out!” Cilaka. Kau pandang sekilas saja. Aku keluar dari bilik tu, Chief Clerk dah hulur form baru. “Tuan mau saya tuliskan?”. Hahaha. Nasib dapat CC bagus. Hilang possitivity aku.

Aku cerita sikit pengalaman kawan aku. Dia dapat seorang manager ex-army. Ya Tuhan. Dia punya garang sampai kami estate sebelah ni pun kena tempias. Dia punya garang bukan main-main. Setan pun pindah keluar dari estet tu tak tahan dia punya garang. Member aku cerita masa tengah meeting, phone dia berbunyi. Satu video call masuk.

Dalam dia tengah maki assistant dengan staff dia, dia stop sekejap, jawab video call tu. “Atok! Husna nak mandi kolam. Nenek taknak bawa. Nenek suruh tunggu atok balik.” Manager tu balas. Lemah lembut je suara. “Ye sayang. Balik nanti atok bawa. Lepastu kita makan aiskrim okay?”. Member aku cerita semua yang dalam bilik meeting tu naik juling biji mata sampai kembung pipi bergetar kepala tahan gelak. Dorang tak berani gelak.

Manager tu siap sambung maki suruh cuci kolam di club house sebab cucu dia nak mandi. Kahkahkah. Tapi manager tu memang fatherly la. Kalau dia tengok kau lama tak bercuti, dia halau kau keluar dari estate. “Berambus kau dari estet. Aku taknak tengok muka kau 3 hari. Pergi balik kampung. Jumpa awek kau ke.” Cuti off record weh!

Kalau kau nak aku cerita pasal keganasan manager plantation ni, aku boleh buat buku kau tau tak. Beribu kisah aku. Belum kisah kawan aku. Kadang-kadang sebelum aku masuk office, aku tanya dulu staff atau assistant aku. “Bos sarapan apa pagi tadi?”. Kalau dorang jawab roti canai, sambil bernyanyi aku masuk office. Kalau dorang jawab “Tebuan tanah.” Macam ninja aku masuk office. Hahahaha.

Tapi ada juga manager aku yang dah capai level wisdom. Every word yang keluar dari mulut dia very powerful. Dorang ni dah capai level psikologi level “Angin Neraka menghembus lalang”. Bilah-bilah kata yang keluar, terpacak pap atas dahi dengan hulu jantung. Kau akan suffer internal hemmorhaging. Blood vessel kau akan ruptured. Kau akan ditinggalkan dengan pendarahan dalaman. Kau nak tak aku cerita pasal ni? Okay. Vote dekat komen.

Generation Millenial. Okay. Ni baru zaman aku. Sedap sikit nak goreng cerita ni. Planters yang seangkatan dengan aku ni terjebak dengan pelbagai pembaharuan. Mostly implementation of technology. Aku bukan deny kemudahan teknologi tu tapi bagi aku, plantation is best run on old school method. Semua benda kau nak sambungkan ke internet. Kalau kau provide 5G connection di estate takpa juga.

Nak download gambar Whatsapp pun kena gantung telefon dekat tingkap. Apa cerita. Kau pakai sistem akaun yang based on real time web. Kalau line down, kerja tak jalan. Data tak key in, kau hantar reminder cc segala bos sampai ke tukang sapu. Aku tak faham apa lahabau di HQ ni fikir. Kau duduk bandar besar, office ada air-cond, kerja 8 pagi sampai 5 petang. Malam kau boleh bergeli-geli dengan bini kau dan kau expect kami as fieldman ni nak duduk di field 24 jam melayan sistem bodoh kau?

Aku belum cerita pasal apa-apa document yang korang minta. Semua benda ada dalam sistem bodoh kau, kau extract saja. Marah ke? Haah. Aku marah. Hilang dah possitivity? Tak hilang, dia rehat kejap. Tolong la orang HQ. Kami ni dah kira kategori 5D+1E job dah ni. Difficult, Dirty, Dangerous, Demeaning and Devalue. Mana datang 1E tu? Selalu dengar 5 D Job saja. 1 E tu Endangered. Spesis kami ni tak ramai dah. Hahaha.

Prinsip kerja aku mudah. Kalau kau tak mampu mudahkan kerja orang, janganla kau susahkan kerja orang tu pula. Penat oi layan birokrasi ni. Nasib juga aku nature lover. Kalau BP dah dekat 200 tu, aku lepak-lepak dekat dalam kebun layan bunyi burung, air sungai or laut. Tenang is good. Kau jangan ingat aku tak tahu apa tu “Tenang is Good” pulak. 420 pun aku tau. Hanfparade pun aku tau. Mana aku tau? Aku baca la. Tu pentingnya membaca.

Aku perasan ramai yang cuba cari aku. Terutamanya rakan planters aku. Geng, tak usahlah. Aku cuma nak kongsi cerita. Aku nak tarik ramai orang join estate. Aku nak orang tau apa rupa kerja estate ni. Aku tak nak balik kampung, bila aku cakap kerja di estate, orang pandang rendah. Setakat nak kerja estet, ceruk sana pun banyak estet, tak payah sampai Sarawak nak kerja. Buat penat kerja jauh-jauh. Iyalah pakcikkkk… Korang ada soalan tak? Aku sikit lagi nak kena writer’s block ni.

– John Johny Johnathan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *