Aku Pun Nak Kahwin

Assalamualaikum. Aku Melati. Perempuan. Umur 30. Maaf kalau penulisan aku ni sukar difahami atau bercampur aduk. Aku cuba nak meluah dalam bahasa santai.

Latar belakang aku, aku ni asal budak kampung. Sekolah dulu tak ramai kawan yang rapat. Aku pemalu jadi tak ramai sangat kawan lelaki. Kalau orang pandang aku, aku macam terus jadi auto pandang tempat lain. Haha.

Masa sekolah dulu ada yang berminat tapi sebab aku pemalu jadi yang nak berkawan pun jadi hilang minat. Mungkin mereka fikir aku jual mahal. Pernah bercinta monyet 2 kali masa zaman sekolah tapi chemistry tu tak ada. So putus.

Dah masuk kolej pulak course aku tak ramai yang ambil. 2 orang je lelaki. Yang lain perempuan. Dah la kolej kecil jadi pelajarnya pun tak ramai. Tak ada la peluang aku mencari jodoh aku dekat sana. Haha.

Lepas tu masuk ke alam kerja, aku kerja di syarikat majoriti kaum bukan Melayu and perempuan. Ada beberapa orang je lelaki dan samaada dah beristeri atau sudah ada teman wanita. Krik-krik lagi kau.

Aku ada je usaha suruh saudara mara atau kenalan cari. Ada yang tolong. Yang berkenalan tu pulak lepas tengok muka aku dekat video call terus sepi. Haha. Entahlah. Nak kata buruk, tak adalah sampai orang lari tengok muka aku. Lagipun beauty is in the eye of the beholder.

Platform Islamik tak Islamik pun ada pernah try. Dua-dua hopeless. Yang tak Islamik T**d** tu sungguh menakutkan ya. Macam lelaki dekat situ kebanyakkan cari perempuan melepaskan nafsu je. Bahasanya kotor sekali. Terus aku tak pergi situ dah.

Lepas tu masa fasa awal perkenalan aku tak ada la cakap gaji aku RM7,000+ sebulan, aku tak ada cakap ada aku dah ada rumah sendiri dan boleh dikatakan financially stable.

Aku cuma cakap aku kerja biasa-biasa dan gaji RM2,500 je. Sebab aku tak nak orang fikir aku berduit dan ada high expectation. Salah ke?

Kadang-kadang aku jadi overthinking ke sebab ada jin Asyik berkenan dekat aku. Kadang-kadang aku salahkan diri aku tak pandai berkomunikasi.

Tapi aku mengaku aku memang tak pandai nak cakap dengan lelaki. Janggal. Dengan perempuan elok je aku berhaha-hihi.

Nak kata memilih pasangan tu tak la juga. Sebab aku bukannya level cantik macam Jun Ji Hyun nak demand lebih.

Tak habis dekat situ, aku jadi fikir lagi. Ke sebab stail pemakaian aku, aku ni tak ada la pakai tudung labuh sampai tutup sampai pinggang.

Aku pakai cukup syarat tutup aurat. Labuh, longgar, pakai stocking kaki dan stocking tangan. 2 atau 3 kali dalam seminggu aku akan pakai jubah.

Pekerja tempat kerja aku cakap macam pakaian perempuan dah kahwin. Suruh aku pakai yang menggoda sikit. Haha. Tapi mereka bukan Islam. Aku tak masuk telinga sangat apa mereka cakap, mereka mana tahu pasal aurat dan halal haram ni semua.

Entahlah. Sunyi tu sunyi. Bila tengok pasangan suami isteri jalan-jalan pegang tangan aku sedikit cemburu. Siapa je tak nak ada pasangan. Nak ada anak. Nak masak untuk keluarga.

So bila orang sekeliling asyik tanya and persoalkan kenapa belum kahwin of course aku akan sedikit marah and sedih. Sebab bukan aku tak nak kahwin, bukan tak nak ada anak. Just jodoh belum sampai masa. Kalau jodoh tu dah sampai, aku sambut je.

Rasa sunyi tu pun tak lama dalam hati. Bila aku sibuk dengan kehidupan seharian, aku terus lupa yang aku belum kahwin, belum ada anak. Haha.

Sekarang aku di fasa redha. Serahkan kepada Allah. Ada jodoh ada la. Tak ada di dunia di akhirat ada. Aku just continue doa dan usaha je la kalau jodoh dan kehidupan berkeluarga yang terbaik untuk dunia dan akhirat aku, biar ianya dipermudahkan.

Aku berdoa semampu aku di sepertiga terakhir malam, solat hajat, depan Multazam, masa tawaf, Raudhah. Tapi tu la, kalau Allah kata belum masanya belum la.

Tak kan aku nak memaksa takdir Allah pulak Aku pegang kata-kata yang Allah tahu yang terbaik dan Allah yang paling baik.

Aku cuma letih orang asyik dipanggil umur 30-an dah dikira anak dara tua. Korang rasa 30-an tu lambat sangat dah ke nak berkeluarga? 30 tu dah tua dan hujung fasa nak berkahwin beranak ke?

Orang disekeliling aku cakap mengandung beranak nanti susah dan letih kalau dah 30-an. Aku tahu kalau 40-an tu je dah tak digalakkan mengadung sebab dah dikira risiko tinggi. Tu pun ada yang masih mengandung.

Mak aku beranakkan adik bongsu umur 43 tahun. Nenek aku beranakkan mak aku pun lewat juga. Masa dia umur 68 tahun. Ini aku kira memang betul. Hehe.

Bila aku sakit telinga dengar orang panggil anak dara tua, aku fikir balik hikmah disebalik penundaan jodoh aku.

Mungkin sebab Allah tahu aku belum bersedia dan tak mampu nak ada tanggungjawab tambahan. Mungkin Allah bagi rezeki aku dari segi lain. Bukan dari segi bekeluarga awal.

Aku ni dah la suka jalan keluar negara. Lepas tu aku fikir, sekarang aku banyak masa untuk diri sendiri, aku nak pergi mana-mana aku tak terikat dengan sesiapa. Aku nak tidur, aku tidur.

Duit aku semua aku guna untuk diri aku dengan bagi dekat mak je. Aku nak shopping sakan, aku shopping je. Tak stress nak fikir duit.

Korang jumpa jodoh korang dekat mana dan bagaimana?

Assalamualaikum.

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Redho jela, dik.. mngkin belom sampai jodoh awk.. apa yg penting, jgn terlalu ‘fokus’ psal perkara ni, chill2 je, insha Allah adalah nt tu.. kdg2 org yg dh kahwin, dan bermsalah nk je jd spt awk, xde commitment yg bnyak, financial free dan x serabut dgn ank2 dsb.. bkn awk sengaja xnak kan.. tp klau ada org2 yg dipercayai (bkn mkcik2 bwg, ye) yg ada kenalan atau saudara yg mmg layak utk awak, apa salahnya kan.. mse di U dlu, adalah sorang kakak senior yg mmg ‘pakar’ utk carikn jodoh mse blajar dlu, ndak2 dah tahun akhir.. nk dijadikn sbb mse saya thn kedua x silap, dpt dduk sebilik dgn kakak tu, mse tu dia d thn akhir.. sampai dia beberapa kli ‘offer’ nk kenalkn student lelaki yg mmg segan atau wara’ tp nk minta dicarikn jodoh, tp mse tu sya rse x bersedia lg utk semua tu, sbb nk abiskn study n kerja dlu la konon, mnyesal plak tak accept.., sbb yg dia pilih tu mmg calon yg ‘pakej lengkap’ punya, dr segi agama, cgpa, ada rupa, sihat, kluarga dan bnyak segi lgi lah.. tp itula nma nya ‘jodoh’ kan.. sabo jela, insha Allah adala nt tu, kami doakn awk.. aamiin YRA

  2. As-Salam Melati. Usah di gundahkan Di usia 30an belum bernikah. Ajal, maut, jodoh – itu semua ketentuan Allah. Org sekeliling memang slalu menyibuk desak2 perempuan di usia pertengahan 20an, 30an suruh kawin. Ingat cari suami mcm pegi mall atau order online, beli mcm tu jer? Bnyk factor yg perlu di ambulance kira. Pendapatan Melati for single working woman amat lumayan. Ada harta lagi. Boleh dikatakan at this age, you dah ada financial freedom. You are very sustainable. Pedulikan mulut2 yg mengata you andartu. Mulut2 manusia memang tak boleh di tutup. Cari lah network of friends yg boleh berbual, berbicara, berkomunikasi utk membangkitkan minda positive. Elakkan berkumpul dgn Bawang Rangers. Cari minat utk isi masa lapang. Cari hobby baru. Orang2 sekeliling yg baik, positive, open-minded in a right way, akan buat you berfikir dgn baik towards a right direction. Cuba cari & baca buku2 motivation. Jgn you bernikah for a wrong reason sbb org2 keliling “chop” you as andartu. Jgn bernikah sbb desakan org2 sekeliling. If you still have parents – bahagiakan mereka dgn kelebihan yg you ada……or……pamper yourself to the max. My advice – just chill. Jodoh pertemuan ketentuan Ilahi

  3. Sekasut la kita. Tapi aku tau kenapa orang tak suka aku. Tabah je la hidup sorang². Bukan lama pun.. paling lama hidup 100 tahun.. alam barzakh lagi lama.. huhuhuhu

    • Tak apa sis. Dunia sementara. Sunyi pun sekejap. InshaAllah, Allah tengah sediakan yang terbaik buat sis. Aamiin!

  4. Thanks for the positive comments. I truly appreciate it. Anyway, regarding umur nenek aku lahirkan aku tu betul 68 tahun. 😅🥲 Hard to believe tapi itulah kuasa dan keagungan Allah. To put it simple, nenek aku lahir 1904. Mak aku lahir 1972. 1972 – 1904 = 68.
    Mak aku anak bongsu. Yang paling sulung sekarang 90 lebih. Nenek aku dah meninggal masa umur 113 tahun. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *