Salam & hi. Terpanggil untuk berkongsi pengalaman setelah membaca confession “Penat” (https://iiumc.com/penat-betul/).
Saya berumur 37 frontliner, berkahwin dengan frontliner juga di Klang Valley. Mungkin confession ini dapat memberi idea kepada confessor “Penat” walaupun tak sempurna pun jalan yang saya ambil ini.
Kami berdua bekerja waktu bekerja biasa 8 pagi – 5 petang dan akan oncall dalam 6-7 kali sebulan, 8 pagi hingga 5 petang esoknya..
Kami cuba sedaya upaya memastikan oncall kami bukan hari yang sama supaya anak-anak sekurang-kurangnya ada 1 parent pada malam hari..
Kami dikurniakan anak 2 orang – darjah 1 dan tadika. Bila kami bekerja, anak-anak dijaga oleh keluarga mertua yang sangat baik dan penyayang.. syukur atas nikmat Allah.
Cumanya Pdpr memang agak mencabar bagi kami.
Setelah penat memakai baju astronout seharian, balik rumah dikala senja, atau balik setelah zombie oncall 36 jam.. memang memerlukan masa untuk berehat.
Tapi mengenangkan nama anak selalu keciciran bila cikgu post “list murid-murid yang telah menyiapkan tugasan”,
Digagahi juga mengajak anak membuat tugasan. Selalunya 8 – 9.30 malam, sempatlah siap 1 tugasan (4-5 lain tak siap), makan, mandi, solat, mengaji.
Dalam sebulan ada 2 weekend oncall, 2 weekend tak oncall.
Jadinya, 2 weekend inilah masa berperang untuk basuh baju, gosok baju, kemas rumah, buat 20 tugasan pdpr (5 tak siap x 5 hari x 2 minggu), dan masak.
Weekend ini jugala hari yang dinantikan untuk berehat melepaskan lelah, menonton netflix.
Bolehkan pembaca bayangkan betapa luluhnya hati ini bila dah Ahad malam tapi banyak lagi tugasan pdpr anak belum siap. Anak stress, mak ayah stress.
Saya bersyukur dikurniakan pasangan yang sangat memahami, tak berkira, okay saja dengan makanan tapau, dan mertua yang kerap bagi lauk dah masak. Alhamdulillah.
Cuma sebab kami berdua bekerja, balik memang tak nak sambung kerja rumah lagi, biarlah baju itu di bakul itu sehingga weekend. Saya akan selesaikan baju2, iron untuk seminggu siap bila weekend.
Ok berbalik kepada solution kami berkaitan tugasan pdpr anak, kami cari guru tuisyen online setiap subject asas,
Jadi setiap petang cikgu akan pantau anak siapkan tugasan dan anak hantar kepada guru sekolah. Anak saya tak lagi keciciran.
Bila malam kami dapat duduk bertenang makan malam bersama-sama, mendengar cerita anak, mengaji, tanpa perlu menjerit “cepat cepat buat homework” sebab nama anak saya dah ada dalam list siap tugasan.
Weekend pula saya cari personal tutor online, jadi saya dan suami dapat baring sebelah anak sambil melayan netflix sementara anak belajar. Nikmatnyaaa.
Saya tak larat lagi menjadi Hulk mengajar anak di rumah. Saya dah lupakan cita-cita rumah berkilat, memasak 5-course meal di rumah demi kesihatan mental dan fizikal saya.
Asalkan rumah tak terlalu sepah, lantai tak berhabuk, pinggan bercuci, baju bergosok, sampah dibuang, makan apa adanya sudah cukup bahagia. Ayam kicap pun anak kata sedapnya mama, hehe.
Maka nikmat Allah yang mana lagikah yang kamu dustakan. (Ar-Rahman: 13). Kenapa ayat ini di-ulang2 sampai beberapa kali?
Kerana Allah ingin mengingatkan kita betapa banyak nikmatNya yang seringkali lupa kita syukuri.
Semua orang ada ujian masing-masing, tapi kenang juga nikmat-nikmat yang Allah limpahkan kepada kita supaya dapat rasa kecukupan dalam kekurangan. Pesanan untuk diri sendiri juga.
Happy mom makes a happy home. Sekian…
– Aku dulu penat sekarang lega (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit