Assalamualaikum semua.
Saya menulis luahan ini selepas terbaca luahan berkenaan Salah ke Aku Tak Suka Masak, (https://iiumc.com/salahkan-aku-tak-suka-dan-tak-nak-masak/).
Aduii luahannya sama macam saya. Sejibik!
Walaupun saya tak ada kemahiran memasak (masak lauk selalu tak jadik), tapi saya punya kemahiran mengemas, mencuci, menyusun atur rasanya boleh buat bussiness macam Grab Maid.
Belum lagi kemahiran berjimat, dan lifestyle minimalism. Memang tak dak sapa bleh celen.
Sekarang ni saya sedang belajar2 memasak sebab makanan kat luar dah mula rasa macam hampas plus tak memadan harga. Lagi pula masak untuk diri sendiri lebih sihat, jimat dan bersih.
Tapi yang saya nak marah ialah bila taksub sangat pasal makanan dan masak memasak sampai menekan diri sendiri sekaligus menyusahkan orang lain terutama yang tak suka masak macam saya ni.
Mak ayah saya jenis tukang masak yang suka memasak. Bila ada tetamu sanak saudara datang sibuk nak masak lauk berjenis-jenis.
Dulu ya la muda lagi boleh la berdiri berjam jam mesin kelapa, kopek bawang kacau rendang. Sekarang dah uzur ni takkan la sibuk nak masak memasak lagi.
Dan lagi satu kalau dah tau penat tak payah la masak yang susah2 bila orang datang umah.
Bukan ke konsep dalam agama kita bagi makan tetamu apa yang kita makan? So buat apa nak menyusahkan diri dan berharap pada anak yang tak suka masak ni balik rumah tolong masak?
Pasal tu la saya malas dah nak balik time raya sebab saya dah tak nak stres2 lagi melayan cara mak ayah saya ni.
Saya nak hidup tenang sebelum pergi mengadap Ilahi. Jadi saya tak akan buat perkara yang di luar kemampuan saya.
Mak dan ayah belajar lah hidup tenang dan bersyukur dengan apa yang ada. Jangan paksa diri dan orang lain untuk impress sedara mara yang belum tentu tolong kita di akhirat nanti.
Yang sedara mara ni pun jangan la buat buat tak nampak mak ayah saudara kamu ni dah uzur nak melayan kamu yang datang masa makan tengahari.
Kamu tak tau adab datang rumah orang tua ke.. kenapa kamu selalu datang waktu makan?
Lepas tu datang tangan kosong tak ada bawak makanan sedangkan kamu tahu mak ayah saudara kamu tu dah tua, mereka tak selalu masak sebab duduk berdua saja.
Barang masak pun tak standby banyak yang kamu ni sibuk datang nak makan dah kenapa.
Nanti bila kamu tua esok kamu rasa la bila ada orang datang rumah kamu time tiap2 kali raya/ cuti.
Ok saudara mara yang berakal.. Sila fikir ya.. Nak ubah mak ayah saya tak boleh deme dah tua.. Kamu tu ler kena kursus cara cara menziarahi orang tua.
Kalau korang paham, tak ada la aku nak rasa meluat bila korang datang.
Maafkan saya ya. Semoga dapat petunjuk taufik dan hidayah dari Nya. Aamiin.
– Miss Kz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit