Aku Pun Tak Tahu

Saya Fify, berumur 34 berasal dari Johor. Saya pernah gagal dalam perkahwinan yang pertama. Hasil perkahwinan saya mempunyai anak berumur 10, 9 dan 7 tahun. Ketiga-tiga mereka tinggal bersama saya.

Syukur bekas suami masih bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada anak2nya walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri.

Tapi luahan ini bukan berkaitan hal di atas. Tapi keluarga saya sendiri

Selepas diceraikan pada tahun 2018, saya tinggal bersama ibu bapa saya. Kedua2 mereke bekas pesara kerajaan. Namun ayah saya telah berkahwin lagi 1 pada penghujung 2021 setelah berpencen.

Sejak dari itu, banyak yang berubah terutama emosi mak saya yang selalu up and down. 

Dipendekkan cerita, saya telah berkahwin pada awal 2023. Suami saya yang kedua ini menerima kami anak beranak seadanya.

Kami berhasrat untuk pindah keluar dari rumah ibu bapa saya. Tapi dihalang oleh ayah dengan alasan, tiada siapa akan teman ibu saya jika dia tiada di rumah(pergi ke rumah isteri kedua).

Memandangkan ibu saya ada penyakit 3 serangkai, kami akur dengan permintaan ayah. Suami pun beritahu lebih elok kita jaga ibu kerana 2 adik saya masih belajar. 

Sejak berkahwin memang hal2 rumah bil2 keperluan asas suami yang keluar duit. Kalau sebelum ni, saya dan ibu sahaja yang bahagi bersama. Sekarang tidak lagi. Semua terbeban atas suami saya.

Ayah memang tidak lagi ambil pusing hal makan/rumah ni lagi. Lebih pada yang kedua. Abaikan saja hal dia itu. 

Lebih merumitkan lagi bila kebebasan saya dlm rumah terbatas. Saya sekarang mengandung. Jika mahu berehat, ibu saya akan masuk berehat bersama di dalam bilik saya. Saya duduk di luar, dia akan duduk di luar.

Kadang kala jika suami sudah balik pun dia akan masuk juga dalam bilik kami dan berehat sama dalam bilik. 

Sebelum tu, segala hal semua ditujukan pada saya, sehinggakan dia ingin pakai tudung warna apa pun tanya pada saya.

Benda ni sudah bertahun2 lamanya berlaku. Banyak benda yang mak saya bebankan pada saya. Entahla. Saya sahaja ke yang tidak bersyukur masih mempunyai emak. Atau macam mana.

Saya menurut kan saja semua kehendak emak saya sejak dari dulu lagi. 

Kadang ingin dating keluar dengan suami pun dia nak ikut. Pergi honeymoon pun nak ikut.

Bekas suami saya pun pernah cakap, hanya orang tertentu saja boleh bertahan dengan mak awak. Tu sebab agaknya ayah saya berkahwin lain. Bagi saya lah.

Sebab apa saya tengok, mak saya malas masak untuk ayah sedangkan ayah saya sangat suka masakan emak.

Mak saya lebih gemar beli sebab mungkin dia rasa gaji dia lebih banyak dari ayah. Dah semua boleh beli dengan duit. Tapi cinta, tenaga emosi tak boleh beli dengan duit

Sekarang mak saya rebut rumah yang kami tengah duduk ni dari ayah. Sebab tak nak madu dia dapat. 

Entahlah sampai bila aku boleh bertahan dengan segala emosi dan peel mak aku pun aku tak tahu.

Cerita aku pun berbelit2 seperti belitnya hidup aku. Aku tak tahu………

– Hopeless (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *