Aku Punching Bag Mama

Assalamualaikum. Hi. Nama aku Mia (bukan nama sebenar). Tahun ni aku 27 tahun, berkerja dan merupakan anak ke-tiga daripada tujuh adik-beradik. Sulung dan bongsu lelaki, kami yang tengah ni semua perempuan.

Aku datang dari broken family, mak ayah aku bercerai tahun 2016 and masa tu aku di tahun akhir dan sedang menjalani praktikal di government sector tapi sekarang kerja kat swasta je. Haha. Bengap sangat sebab failed semua exam SPA. Hehe.

Okay. Cut the story short. Panjang betul mukadimah. Huhu. Nak dijadikan cerita, aku merupakan anak yang sentiasa jadi punching bag mama aku. Dari aku kecik sampai aku besar panjang. Apa-apa yang jadi pada adik-beradik aku, mama aku akan letakkan semua kesalahan di bahu aku.

Sekarang ni aku tengah terpeleot dengan adik perempuan aku. Punca datang dari dia; beriya nak bercerai dengan suami dia tetiba tak jadi.

Sepanjang dia berkahwin dengan suami dia, apa masalah rumahtangga dia semua dalam poket aku; pukul adik aku, sekat makan, tak bagi datang rumah mak ayah aku after kahwin, name it.

Aku ke sana-sini, cuti kerja bawa dia pergi checkup, pergi balai dan makhamah untuk failkan kes dia. Alih-alih adik aku tak jadi bercerai dan kami terus tak bertegur sampai sekarang ni.

Bila mak aku tahu, aku kena marah macam-macam. Antara ayat mak aku, belum lagi mak bapak mampus, dah putus hubungan. Otak tak ada, pelihara lembu lagi baik dari pelihara manusia.

Aku? Pekakkan telinga sebab aku dah imun dengan segala sumpahan mak aku dari aku kecik.

Tahun 2017, waktu tu aku tengah berkawan dengan seorang lelaki ni. Tua dia empat tahun dari aku. Aku tersilap langkah pergi tender notis and waktu ni aku menganggur lama juga lah sementara nak tunggu offer kerja baru.

Tugas harian aku, kemas satu rumah; lipat baju, mop, sapu and etc.

Mak aku berehat, kita faham lah orang dah tua kan. Kurangnya mak aku, dia suka canang hal dalam kain kami ke orang sekeliling dia; tak kisah lah orang tu baru dia kenal ke apa. Mak aku mudah percaya dengan orang.

So, sepanjang aku tak kerja dan makan tanggung tu, pelbagai sindiran, perlian mak aku lemparkan kat aku.

Aku diam sebab fikir dosa melawan mak sendiri tapi ada masa aku terbabas dan hilang sabar lalu menjawab segala perlian mak aku tu. As usual, mak aku akan bidas dan called adik-beradik dia; tengoklah anak buah kau yang biadap ni. Kurang ajar sekian sekian.

Aku tertekan sampai nekad nak pi lacurkan diri kalau dengan duit mampu gembirakan mak aku. Nak mengadu kat “kawan” sendiri dia pun busy dengan kerja dia.

Ada masa aku lancarkan perang dingin ke dia. Kesian dia tak berdosa dan bertahan je dengan aku kalau tetiba datang angin aku merajuk tak tentu hala.

If you read this, I’m sorry. Huhu. Tapi cerita sedihnya hubungan kami tak panjang pun. Kami putus awal tahun 2019 sebab dia pun ada masalah dengan family dia. Last kami contact, dia baru je sambung Master. Semoga Allah permudahkan urusan dia. Huhu. Okay, selingan lagi.

Actually, tahun ni keluarga aku diuji dengan ujian tak berhenti-henti. Rumahtangga adik aku, kakak dan abang aku bergolak hebat.

Selesai si adik, kakak pula bermasalah. Selesai si kakak, masalah abang pula. Kat ofis pun aku tak boleh nak fokus dengan kerja hakiki aku. EL dah menjadi rutin sepanjang aku berkerja.

MC pun ya sebab kerap sakit setiap bulan. Tertekan kan. Kenalah hadap. Alhamdulillah. Nasib bos ok, as long as kerja hakiki kau siap. Macam biasa, bila segala masalah muncul melibatkan adik-beradik aku mak aku akan salahkan aku sebab diam dan tak sampaikan ke dia.

Ye, aku simpan erat rahsia adik-beradik aku ni sebab mak aku pernah cakap aku tak kuasa nak ambil tahu, nak masuk campur hal rumahtangga korang.

Korang dah kahwin pepandai lah urus rumahtangga memasing. Cukup mak aku kahwinkan adik perempuan aku. Lepas ni, apa masalah muncul, cari bapak aku.

Jangan cari dia. Itu yang aku buat. Bila buat apa yang dia minta, dia tembak aku berdas-das, kenapa belakang kan dia. Erkkk. Kalau hati aku ni boleh scan, cedera parah rasanya hati ni. Haha.

Siapa tak tertekan dengan kata-kata mak sendiri yang tak menyelesaikan masalah malahan menambahkan beban yang ada.

Kakak aku minta maaf kat aku sebab dia rasa dia ni banyak menyusahkan aku. Dia pun cakap kesian kat aku sebab mak aku suka sangat marah aku tanpa punca.

Alhamdulillah aku tak kahwin lagi dan aku tak rasa nak kahwin pun sebab rasa diri aku ni tak layak pun untuk sesiapa. Huhu.

Siapa je nak kahwin dengan orang yang datang dari broken family, kerja biasa, selebet, tak pandai bergaya, menjawab je pandai. Huhu. Hikmahnya, aku boleh ke sana -sini tolong adik-beradik aku.

Oh ya. Aku tak ramai kawan. Hidup aku hanya family aku.

So, nak tengok aku berjimba dengan kawan-kawan aku amat payah sekali sebab jarang jumpa. Setahun sekali atau tengoklah tahap kerajinan aku. Huhu.

Nasib bestfriend faham and we still keep in touch lah til now. Memasing dah besar, ada hal tujuan sendiri kan.

Pejam celik dah bulan 10. Rumahtangga adik-beradik aku alhamdulillah, Allah pelihara, Cuma tak bestnya, kitaorang dapat tahu mak kitaorang nak kahwin lain. Haha. Kelakar.

Entah bila dan macam mana dia jumpa bakal dia pun aku tak tahu. Tup tup tunang. Tup tup nak kahwin. Kami tak menentang cuma kami dah nampak mak aku akan jauh dari kami adik-beradik.

Kakak aku mesej tegur mak aku, fikir masak-masak sebelum kahwin sebab mak aku dah lama berjanda. Kitaorang tak nak dia salah pilih. Takut lelaki tu mendatangkan mudarat pada dia.

Dannnn gunung berapi pun meletus. Hahahaha, mak aku cakap siapa kitaorang nak tentukan hidup dia.

Hidup dia, jangan masuk campur. Lepas kakak aku mesej dia, dia terus serang aku bertubi-tubi dengan segala kata-kata emm yang boleh mencederakan hati sesiapa yang tak kuat.

Kata dia, aku kahwin, kau dan kakak kau jangan tunjuk muka korang pun sekian sekian. Sampai lah aku dapat news hari Sabtu 3 Oktober 2020, mak aku nak kahwin 5 Oktober 2020.

Mengejut bukan? Kata nenek, sebab takut pkp dan tak boleh rentas negeri. Laki dia tu tinggal Seremban, duda anak 9. Huhu.

Aku syak laki tu yang mengajak kahwin mendadak seperti tak ada hari esok. Orang bercinta semua indah belaka kan. Hisy suuzon. Syaitan lah ni mencucuk je dari tadi.

Hari kejadian aku balik kampung dengan adik-adik aku. Tak cadang nak balik tapi bapak aku cakap. Balik lah. Mak kahwin kan. Terpaksa EL sebab mak aku nikah hari Isnin kat kampung.

Kakak aku tak balik sebab husband dia tak beri keizinan memandangkan kes covid meningkat hari demi hari kan. Risau anak katanya. Surprisingly, abang aku pun balik juga sebab pagi tu dia kata tak dapat balik sebab kerja.

Memang kecoh lah semua duduk perli, ehh ada orang tu dapat bapak baru. Eh eh, panas pula hati kita ni. Siap aku ugut, siapa cakap macam tu lagi ini kali terakhir orang balik kampung. Semua senyap. Akur. Huhu.

Lepas je lelaki tu selamat lafazkan akad, dunia aku rasa kosong. Mak aku milik dia. Aku tak jumpa mak aku, pandang dari jauh. Salam cium apatah lagi. Makan kat kenduri tu pun tak sebab teringat mak aku cakap jangan datang kenduri dia. Dia tak izinkan.

Nenek pakcik makcik semua macam terkejut sebab aku tak jamah apa langsung kat kenduri tu pun dan terus rushing nak balik KL lepas akad sebab nak hantar adik aku balik tahfiz. Semua menahan dari balik.

Aku perasan lelaki tu pandang aku waktu aku salam dan peluk nenek aku. Sorry lah elder. I didn’t mean to be rude.

Buat mama, I hope you read this walaupun orang tahu mama tak suka membaca. Mama, thank you sebab besarkan orang dan anak-anak yang lain.

Orang minta ampun tak pernah bahagiakan mama, melawan cakap mama, jadi anak derhaka, orang tahu orang salah dan tak pernah menggembirakan mama dari orang kecik sampai orang besar. Orang doakan mama bahagia dengan kehidupan baru mama ni.

Mama, halalkan susu mama, darah mama yang pernah tumpah sebab melahirkan kami. Kami nak yang terbaik untuk mama. Walaupun mama suka marah orang, suka herdik dan perli orang semua tu sebab orang tak pernah bahagiakan mama kan.

Orang minta ampun minta maaf. Semoga mama sentiasa dilindungi Allah. Orang sayang mama.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *