Ini cerita santai aku. Aku seorang perempuan, tetapi di Instagram, aku muncul sebagai seorang lelaki.
Terkini, aku ada seramai 800+ followers. Rata-rata followers bersikap sangat mesra dengan aku dan sangat aktif dalam memberikan komen dan like di setiap posting aku.
Macam mana aku bermula? Semua ini terjadi dek sikap aku sendiri yang tak gemar menayangkan life aku di Instagram. Aku lebih suka memerhati. Tambahan pula, aku sejenis yang agak “mentally problematic”.
Mentally problematic in terms of what? Well, aku ada personaliti yang berbeza. Dengan kawan sekolah rendah, aku seorang yang gila-gila dan mulut murai.
Dengan kawan sekolah menengah, aku boleh dikatakan agak sendu dan forever alone. Dengan coursemates di IIUM pula aku seorang yang cool dan sentiasa tampil elegan.
Dengan family? Aku sama sekali tak suka share life aku dengan mereka. Maklumlah, toxic family.
Oleh sebab itu, aku sering dalam dilema apabila hendak memuat naik sesuatu posting di Instagram.
Untuk aku memuat naik posting yang “fit” dengan karakter aku yang berbeza-beza itu, bagi aku sangat sukar. Mungkin tak ada sesiapa pun yang peduli, tapi kepala aku tak boleh terima.
Aku tak ingin kawan-kawan dan family anggap aku poyo atau fake kerana sering bertukar karakter. Sekejap perangai masuk air, sekejap berlagak elegan, sekejap introvert, sekejap extrovert.
Another problem aku ialah apabila aku kehilangan followers. Paling perit bila followers tersebut adalah kenalan aku sendiri. Aku bukan batak likes atau followers.
Kadang-kadang aku jadi down. Sebab aku terlalu menghargai setiap followers aku yang setia bersama dengan aku. Jadi, apabila mereka unfollow aku, aku rasa aku adalah puncanya.
“Dorang menyampah tengok posting aku ke?”
“Dorang dah tak suka aku ke?”
“Mesti posting aku merapu ni…”
Disebabkan aku tak boleh deal dengan semua ini, aku bertindak mencipta akaun samaran sebagai seorang lelaki.
Akaun yang real itu aku deactivate serta-merta. Dengan akaun samaran aku kini, aku tekan butang follow di setiap akaun Instagram rakan-rakan dan kenalan aku.
Crush dan keluarga pun termasuk juga. Pokoknya, sesiapa yang aku rasa nak stalk, aku akan follow. Sebilangan kecil antara mereka tak approve. Mungkin sebab aku ini stranger bagi mereka. Tak apalah.
Kebanyakan gambar yang aku muat naik hanyalah pemandangan, makanan, masakan, dan sejak PKP ini aku banyak muat naik video Shopee Haul.
Aku pastikan untuk tak gunakan sebarang elemen yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan followers aku, memandangkan kebanyakan mereka adalah kawan-kawan aku sendiri.
Pernah sesekali aku tersalah muat naik gambar yang sama di Whatsapp dan Instagram samaran aku itu. Berpeluh juga apabila ada kawan bertanyakan, “asal gambar kau sama dengan story someone ni eh?”
Aku juga pernah menang giveaway chocolate gift box daripada Igshop coursemate perempuan aku sendiri. Apabila ditanyakan alamat dan nama aku untuk dikirim, aku letakkan nama samaran aku. Aku gunakan alamat rumah yang sebenar.
Pada aku, agak sukar untuk kawan aku mengesyaki apa-apa tentang alamat rumah aku itu. Aku akan pastikan untuk ambil parcel yang dikirim itu sendiri. Takut nanti kantoi dengan family. Nak letak nama sendiri, nanti kantoi dengan kawan itu pula.
At this point, aku sangat enjoy memuat naik gambar, luahan, dan berinteraksi dengan followers aku di Instagram tersebut. Aku dapat rasakan seolah-olah watak lelaki samaran aku itu sangat real.
Sebagai seorang “lelaki”, aku minat sukan, khususnya bola sepak dan badminton, walhal realitinya, sebagai perempuan, sedikit pun aku tak pandang hal-hal sukan ini.
Aku juga follow Instagram yang berkaitan dengan penampilan lelaki seperti men hairstyles tutorial, sneakers, men fashion, pomade, dan banyak lagi.
Sebagai “lelaki”, aku seorang yang agak jiwang dan santai. Aku suka memuat naik lagu jiwang seperti lagu Indonesia yang dulu-dulu. Realitinya, sebagai perempuan, aku lebih gemar lagu Bahasa Inggeris.
Pada saat aku scroll akaun samaran itu, aku akan terus switch character. Aku sangat mendalami watak itu.
Pada aku, ia suatu yang sangat unik dan berbeza dengan diri aku yang sebenar. Saban hari, ia sering berkembang, sebagaimana berkembangnya kenalan dan kawan-kawan aku.
Adakah menjadi satu kesalahan bagi aku untuk menggunakan akaun samaran ini?
Aku bukanlah seperti fake accounts yang lain yang dicipta untuk menghentam sesiapa dengan komen-komen yang negatif dan sebagainya.
Aku punya life aku sendiri — sebagai seorang lelaki di media sosial, dan perempuan di dunia nyata.
Satu hal yang aku janjikan — what’s real remains real. Aku tak ingin berubah jantina dan sebagainya.
– Irfan | Aqilah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit