Aku Putus Asa Dengan Ketentuan

Aku tahu tulis di sini cuma akan mengundang kecaman. Aku dah banyak tengok luahan dan komen2 FB ramai je yang mengecam. Aku tahu. Apa lagi kalau mindset kita sangat berbeza.

Aku dah takde tempat lagi. Benda ni mungkin tak sesuai untuk semua orang baca sebab ada kaitkan depression, nihilism, masalah mental dan agama, jadi aku tak sarankan untuk baca. READ AT YOUR OWN RISK.

Dah banyak tempat aku pergi dan aku pernah makin kena buli sebab luahkan perasan yang terpendam sahaja. Aku dah penat. Memandangkan tiada siapa yang akan tahu masalah aku sampai bila2 aku akan luahkan saja segala benda ni sini.

Kalau tak, buat apa aku bersusah2 ke sini untuk luahkan, bukan?

Dan aku bukan lelaki, aku penat dibuli orang lelaki dengan kata2 kesat memandangkan intonasi aku macam maskulin. Sebab lelaki lebih agresif terutama kalau orang yang dia tak senang hati tu pun lelaki.

Maaf, hati saya fragile. Saya dah penat. Note aku kadang bertukar panggilann kejap2 aku dan saya sebab irl pun “saya” guna untuk cakap lembut sikit, “aku” untuk cakap dengan diri sendiri.

Aku sudah penat dengan dunia ni. Dunia ni adalah medan ujian. Selagi mana aku hidup, selagi tu aku akan terus rasa derita.

Pernah dengar yang kalau kau sabar dan terima ujian kau, kau dapat pahala dan masuk syurga. Maksudnya tujuan hidup kita adalah untuk selalu diseksa.

Aku… menyesal dengan kententuan. Aku dah cari boleh ke kalau kita doa mati cepat, tapi yang aku jumpa adalah tidak disukai kalau doa macam tu. Lepastu aku teringat, yang anak2 yang belum baligh kalau meninggal boleh masyuk syurga.

Aku rasa kesal, sebab sepanjang aku sebelum baligh, dah banyak kejadian yang buat aku hampir mati tapi sampai sekarang aku ada di sini.

Masa kecik ye la aku rasa nasib baik aku terselamat banyak kali tapi bila dah besar, banyak penyesalan timbul.

Bila dah besar, kalau buat benda camtu masuk neraka sampai bila2. Maksudnya pintu belakang kita untuk lari dari dunia ni hanyalah waktu kita belum baligh. Waktu di dunia yang zalim ini sekejap je kalau jalan camtu.

Nak diceritakan, even masa saya baru lahir pun, ibu saya tak rasa sakit. Saya terkeluar sebelum ibu saya sempat naik ke katil hospital, memang akan terhentak ke lantai terus la camtu tapi nurse sempat sambut saya.

Dari saya lahir lagi saya hampir2 mati. Kadang bila fikir balik, mgkin ibu saya tak rasa sakit dn saya hampir jatuh ke lantai tu adlh tanda2 yang saya ni beban yang besar untuk dunia ni, jadi beban sakit untuk lahirkan saya dikurangkan.

Inilah penyesalan terbesar saya, yang saya diselamatkan selepas hampir mati masa lahir.

Saya nak sangat kenal nurse yang selamatkan saya, bukan untuk marah tetapi hanya nak tahu siapa yang berkait dengan hidup saya.

Dia buat benda yang baik jadi saya takkan salahkan mereka. Saya cuma rasa nak tahu nama dan muka sahaja sebab dia yang mengubah hidup saya.

Even membesar pun. Saya tak rasa saya anak yang baik. Saya pendiam, tak pandai buat kawan, jadi masa kecik pun saya disisihkan oleh rakan sebaya saya, sebab mereka budak benda2 kejam pun mereka tak kisah buat asalkan hati senang.

Jadi saya stres dan mula ada sifat memberontak sepanjang membesar. Jadi saya bukan anak yang baik.

Bukan itu je, saya banyak masalah genetik, masalah fizikal, masalah mental tapi saya tak nak cerita semua.

Saya ada masalah bau badan, saya ada masalah darah, saya ada banyak bulu roma macam lelaki sebagai perempuan, kuat berpeluh, terlalu banyak sampai saya rasa pun kahwin pun akan buat saya lagi menderita, sebab saya menjijikkan.

Mungkin saya betul2 cursed. Kalau dunia ni adil, jadi makin besar kegembiraan yang kau nak, makin besar derita yang kau kena hadapi. Kalau nak kaya, kena sacrifice masa free dan tak cukup tido. Sama la macam kahwin.

Kalau kahwin boleh buat kau gembira sangat, deritanya pun boleh buat kau sakit sangat. Aku dah lama hidup, aku dah sedar kegembiraan sama level dengan kesengsaraan. Jadi aku rela korbankan kebahagian kahwin, supaya dikurangkan sakit yang akan menimpa aku.

Lebih baik hidup rasa kosong dari hidup selalu rasa sedih. Lelaki mana je nak perempuan bermasalah bau badan, bulu roma lebat satu badan, cepat berepeluh, masalah genetik dan masalah mental.

Aku sedar ciri2 aku terlalu buruk, jadi tak mustahil satu hari nanti aku diberi ujian dimadukan, atau suami curang sebab mereka tak puas hati dengan aku + banyak lagi perempuan yang takde banyak masalah macam aku.

Aku jugak ada nampak laki yang langsung tak bagi nafkah dan kikis duit isteri depan mata aku, kerap dimarahi kalau tak puas hati.

Ada nampak jugak luahan isteri yang suami hilang selera sebab badan isteri banyak bulu roma, walau dah cukur pun dia tetap rasa jijik.

Terlalu banyak risiko yang ada kalau kahwin, jadi Aku buat keputusan nak jaga hati aku. Aku dah penat dengan ketentuan.

Doa? Aku dah cakap tadi, dunia ni adil. Kalau kau mintak sesuatu, kau kena berani hilang sesuatu.

Pernah dengar kalau kau mintak kuatkan hati, dugaan yang datang kat kau akan bertambah? Sebab nak kuatkan hati. Kalau doa nak berani, bahaya akan didatangkan sebab nak jadikan kau berani dsb.

Jadi aku takut nak berdoa lagi. Dulu aku selalu berdoa macam2, dan memang ada yang dapat, tapi mesti kau akan hilang sesuatu dan terseksa tengah2 jalan.

Aku takde benda nak dikorbankan lagi, biarlah aku hidup macam ni dari berterusan rasa sengsara. Sebab aku dah biasa.

Kalau doa dapat suami yang setia dan tak curang, tak mustahil kalau takdir kau akan ditukar dan dapat masalah lain yang setimpal untuk gantikan permintaan kau ni.

Lagipun, di syurga takdir laki akan ada banyak isteri termasuk bidadari manakala perempuan akan ada satu suami je yang banyak isteri bidadari.

Jadi aku betul2 dah give up. Biarlah aku tak kahwin dengan sesiapa, aku tidak nak rasa cemburu ke apa, tidak nk fikir apa2.

Kau boleh bayangkan hidup dah takde harapan untuk ada pasangan? Kau rasa kau boleh ke hidup camtu, jujurnya? Tu lah, teras aku untuk hidup dah terus layu sebab hilang benda ni.

Bagi kau mungkin itu berat, tapi itula yang aku pernah doakan, supaya aku tak kahwin sampai bila2.

Aku harap dengan pilih ujian berat ni, aku takkan dihujani ujian berat lain. Aku rela dapat kebahagian sederhana je asalkan kesakitan yang aku akan alami pun sederhana je.

Tak sanggup dapat takdir suami curang ke, suami kahwin 4 ke, kaki pukul ke, rasa jijik ke, dapat anak derhaka ke. Jadi ini pengorbanan yang aku buat untuk jaga hati aku. Masalah yang ada kat aku ni lah yang buat aku lagi insecure tentang kahwin.

Masalahnya, aku tahu doa ibu bapa ni kuat darjatnya. Aku tahu mereka mgkin ada doa supaya anaknya ditemukan jodoh, tapi aku tknk benda ni. Aku tak sanggup nk hadap masalah bila dah kawin.

Aku tkde ustaz nak tanya doa siapa akan makbul. Adakah anak tiada kuasa dalam doanya kalau ibubapa doa benda sebaliknya.

Macam mana kalau mak ayah tak tahu situasi sebenar kita, dan dikhuatiri hukum saya untuk bernikah sebenarnya adalah haram, sebab saya berkemungkinan memudaratkan pasangan/keluarga dengan masalah mental saya.

Jangan paksa aku, satu hari mgkin aku dah takde di dunia sebab asyik di paksa ikut norma orang lain yang mgkin bukan kemampuan aku.

Aku tak sesuai jadi ibu, sebab aku percaya yang hidup kau akan lebih gembira kalau mati sebelum baligh (masuk syurga), dan kalau aku tak nak anak aku terseksa, aku sanggup buat buat benda bukan2 terhadap mereka asalkan dunia ni tak seksa mereka.

Biarlah aku tanggung dosa asalkan jalan tu lebih baik untuk mereka gembira.

Bila aku baca berita tertentu, aku betul2 faham perasaan ibu nya. Jadi aku memang tak sesuai kahwin langsung. Tapi takde sapa tahu benda ni pasal aku.

Balik kepada putus harapan, itulah saya terumbang ambing. Saya akan cuma berdoa kalau saya sanggup kena seksa lagi.

Saya sekarang kena depression masalah isu tertentu selama 5 bulan berterusan dan takde tanda2 isu tu akan hilang. Jadi saya sanggup doa asalkan isu tu hilang.

Tapi saya pernah terdengar yang kadang doa kita tak dimakbulkan sebab kita akan diberikan dengan benda lebih baik.

Saya.. Tak kisah kalau ada benda lebih baik didatangkan pada saya atau tak. Saya cuma nak ia didengar, saya tak nak benda yang lebih baik datang kat saya kalau ia bermakna doa tak makbul, sebab hari2 saya doa benda sama.

Mungkin saya pentingkan diri, tapi saya rasa saya akan jadi tak waras kalau benda tu tak berhenti2. Dulu saya makin doa, makin teruk isu tu, dan tak henti2. Adakah saya dibenci tuhan, Sebab saya pernah salahkan-Nya?

Saya banyak dosa, jadi tak mustahil apa yang saya minta tak dapat, sebab bnda yang opposite pernah berlaku dan saya jadi lebih tak betul.

Pernah smpai orang lain harass saya sebab sy rasa marah dengan takdir.

Saya rasa mgkin instant karma sebab saya rasa tak puas hati dengan takdir. Jadi saya doa lagi hari2 bnda yang sama sebab saya tak tahan.

Tapi gerak hati saya tak yakin yang ia akan didengar atau tidak.

Isu 5 bulan ni yang buatkan saya dah hilang arah, tak kisah buat maksiat, tak kisah buat dosa sebab dah putus semua harapan yang benda baik akan jadi kat saya.

Kadang idea kahwin senyap2 sekadar untuk puaskan nafsu kemudian cerai, tanpa perlu beri nafkah apa2, pernah terlintas sebab saya dah takde harapan, sekurangnya takde dosa berzina.

Saya dah tak kisah kalau ada yang kecewa dengan saya, sebab saya ni memang satu kegagalan. Mungkin saya lahir ke dunia ni saya dah di-cursed akan selalu rasa bnda2 buruk.

Kalau doa yang saya doa sungguh2 hampir setiap hari tak makbul, saya rasa saya cuma bazir masa je selama ni, sebab saya doa sekali supaya tak dapt bnda yang lebih baik kalau ia bermaksud isu saya tak berhenti.

Kalau saya ada banyak duit, saya akan beli pil tidur dan makan setiap hari, habiskan sepanjang masa dengan tidur. Supaya saya tak nak lihat lagi dunia ni.

Saya tak berani tamatkan riwayat saya, sebab manusia akan hidup sampai bila2 dan buat macam tu akan sebabkan diri ni tinggal di neraka sampai bila2. Biarlah hidup saya dihabiskan dengan tidur, kalau doa yang saya terlalu desperate ni pun tak dikabulkan.

Isu 5 bulan ni terjadi lebih kurang masa saya doakan yang saya tak nak kahwin. Adakah masalah ni datang supaya saya memang takkan kahwin?

Kadang saya menyesal dan takut untuk doa apa2 sebab ujian yang datang lepastu akan jadi lebih berat dari apa yang kau mintak. Adakah semua masalah yang datang ni pun sebab doa saya yang sebelum ni?

Saya dah cakap banyak kali jangan doa kalau tak sanggup nak hadapi dugaan yang datang untuk doa tu tapi aku tewas dan tetap berdoa jugak kadang2. Adakah ini semua salah aku. Dorang kata doa senjata orang beriman tapi…

Aku bukan jenis orang yang sanggup berkorban macam2. Jadi aku terfikir kenapa aku wujud? memang tak diajar dalam agama tentang ni tapi Tuhan maha bijaksana kan?

Kalau nak manusia ada faith dalam sesuatu, jangan ajarkan benda yang boleh menakutkan mereka walaupun ianya realiti, sebab manusia suka kegembiraan dan ketenangan.

Sebab tu banyak benda dirahsiakan dari manusia, termasuk kenapa tidak diceritakan kalau wanita dapat bidadara atau tak se macam mana lelaki dapat bidadari selain istri manusia sebagai ganjaran syurga.

Sebab perasaan negatif akan lahir dari kaum perempuan bila terdengar perbezaan ini. Dan kenapa hal ghaib banyak dirahsiakan.

Jadi tak mustahil kalau kita doa bukan semua benda positif jadi, sebab semua bnda diciptakan dengan pasangan, gembira dan sengsara, kejahatan dan kebaikan.

Jadi tak mustahil kalau kita nk bnda baik kita kena rasa bnda tak baik jugak kan untuk dapatkan sesuatu?

Saya tahu yang baca ni mungkin akan benci saya, tapi saya mintak tolong , jangan letak di komen negatif ditujukan pada saya yang saya boleh baca. Saya takut nak baca.

Boleh benci saya senyap2, asalkan tak tertambah lagi penderitaan saya kalau nak kutuk saya disini.

Memang takkan ada sesiapa yang akan tahu masalah saya, jadi saya luahkan semua bnda di sini walaupun saya tahu risiko kecam tu tinggi macam yang saya pernah nampak.

Memang kita akan lain pendapat, sebab pengalaman kita berbeza. Cuma kalau saya tak berapa waras sebab terlalu sedih dengan apa yang saya baca, mungkin saya tak dapat kawal diri saya untuk buat benda2 yang saya langsung tak berani buat sebelum ni.

– J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. kalau empunya diri membaca ini, saya sangat bersimpati, kekurangan kamu membuat kamu terasa sangat², untuk diterima oleh rakyat.. saya berpendapat, berada dalam kondisi introvet/bersendiri memudaratkan, cuba²lh healing dengan melihat keindahan alam,..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *