Aku Putus Asa Untuk Hidup

Assalamualaikum. Maaf tajuk seperti orang tiada iman. Tapi aku adalah salah seorang yang terkesan akibat pkp.

Aku dibuang kerja dari pkp 1 lagi, dan sekarang memang 100% hilang pendapatan. Aku dibuang kerja macam anjing, masa diperlukan aku dipergunakan kerja sampai malam. Tapi bila nak buang aku, dia bagi notis satu hari saja dengan alasan terkesan sebab pkp.

Aku fight juga naik turun pejabat buruh tapi pegawai buruh pun malas layan aku. Aku give up, rupanya pegawai buruh tu kenal majikan aku (kawan dia la kot).

Patutlah bila aku mengadu dia nak tak nak saja layan. Tapi dia ada cakap la nanti apa-apa dia call aku sebab dia kena siasat majikan aku dulu.

Tapi dah berapa bulan dah, langsung tak ada apa-apa follow up. Aku assume kes dah tutup. Sebab majikan aku tu member dia jugak. Btw ni sebelum lockdown ni.

Aku tak give up, aku jadi dropship macam-macam bisnes tapi tak laku. Kawan-kawan sikit pun tak nak support bisnes aku. Yelah aku ni orang yang hina. Mereka pun pandang rendah pada aku. Aku sedih sangat.

Kalau selama ni aku post tentang aktiviti harian, ramai saja like dan komen. Tapi bila aku pos pasal bisnes nak dapat 1 like pun susah. Aku cuba avoid hard selling, buat soft selling macam mencelah di sebalik cerita kehidupan tapi tetap juga tiada sambutan.

Aku down sangat-sangat. Nak bayar rumah sewa pun tak dapat, apatah lagi benda keperluan lain. Aku perempuan dah berapa bulan tak ada pad (tuala wanita). Nak beli tak mampu. Barang keperluan asas pun aku langsung tak dapat bantuan.

Yang aku peliknya kawan aku yang kerja tetap boleh pergi melancong tiap-tiap bulan sebelum pkp haritu dapat saja bantuan beras dan sebagainya. Aku sedih. Kenapa orang ada duit dapat bantuan tapi aku yang langsung tiada income ni tak dapat?

Aku tak give up. Aku tetap post saja bisnes yang aku jadi dropship tu. Aku tiada duit nak makan, aku pinjam kawan. Dah berapa ramai duit kawan-kawan aku pinjam sampai kawan-kawan pun dah naik muak dengan muka aku.

Aku tak pernah terdesak sangat pinjam duit dengan orang. Tapi aku kikis rasa malu sebab terpaksa.

Sekarang duit pinjaman orang tak terbayar lagi, aku tak tahu dah nak merayu pada siapa. Aku beranikan diri approach yb tempat aku, dan menteri. You name it tapi tiada sape layan.

Aku menangis teresak-esak, lepas solat aku persoal kat Allah kenapa Dia uji aku macam ni. Family aku pun orang susah. Mak aku kat kampung pun selalu cakap dia tiada duit juga nak tolong aku.. parents aku pun sesak..

Masa kerja dulu tiap bulan aku bank in separuh duit gaji aku kat parents.. sekarang sape nak support family aku.. sedangkan aku pun begini

Haritu syukur juga dapat sedikit duit BPN ke BSH ke apa entah namanya.. syukur ada jugak duit..

Lepas tu aku ada jumpa orang susah haritu perempuan anak 5.. suami dia accident tak boleh kerja dan dia pun memang suri rumah.. dia merayu kat aku cakap anak-anak dia banyak hari dah tak minum susu…

Kau bayangkan, aku nak makan minum pun sakit.. Ni pun bersyukur ada duit dari kerajaan sikit.. Bolehlah buat survive..

Tapi aku tak sampai hati.. Aku kesian tengok anak-anak dia yang kecil tak ada susu.. Aku pun pergilah beli susu kat anak-anak dia.. Susu pun bukan murah :( aku pun entahlah pergi beli sampai 4 paket tapi aku happy tengok muka dia yang bahagia sangat dapat susu…

Aku ikhlas, tak apalah aku harap bila aku tolong orang, Allah tolong aku balik… tapi tak tahu la aku rasa gelisah dengan hutang hutang yang ada.. Aku tiada kereta tiada moto.. Tiada harta..

Kalau aku ada gelang emas mesti aku dah gadaikan tapi kan aku bagitau, aku dari family susah.. Kerja pun separuh duit gaji memang untuk family.. Untuk saving aku sendiri tu memang ada tapi dah habis sejak diberhentikan kerja..

Tapi syukur ada jugak orang tak kenal beli produk yang aku jual.. Kawan-kawan sikit pun tiada tolong beli..

Aku ada ramai contact lebih 200 yang selalu tengok story whatsapp aku tapi sorang pun tiada nak support.. Sedih sangat.. Masa ni aku macam rasa terkilan gila2.. Aku ada ramai kawan tapi susah sangat ke nak support bisnes aku..

Bukan aku jual benda mahal pun, aku jual makanan murah2 saja.. Lagi aku pedih bila tengok diorang beli benda sama macam aku jual dekat orang lain yang dia pun tak kenal.. Padahal aku ada selalu promote setiap hari

Tapi aku tetap hargai kawan2 yang beri pinjam duit tu.. Cuma sekarang kawan2 tu nak balik duit dorang.. Tapi camne aku nak bayar….

Lepas tu minggu lepas ptptn call aku cakap tunggakan aku ada banyak ribu dan aku akan kena blacklist kalau gagal bayar tunggakan dalam tempoh sebulan..

Aku rasa gelap masa depan.. Susah nak buat loan akan datang.. Aku pun teringin nak beli kereta nak beli rumah… tak tahu la kenapa.. Aku rasa macam heartless sekarang.. Aku selalu doa ya Allah murahkan rezeki aku.. Bantu aku keluar dari belenggu hutang ni semua,

Tapi… aku tak nampak lagi jalan keluar… akhirnya aku menangis saja sepanjang malam sampai bengkak mata.. Sampai nak demam.. Aku terbaring saja sepanjang hari..

Bila aku lapar tiada makanan, aku baring dan tidur saja supaya aku tak melayan sangat rasa lapar aku.. Roti expired pun aku hadap saja sebab janji hilang lapar.. Ada duit aku buat beli air saja.. Tak makan 2-3 hari boleh lagi hidup, tapi kalau tak minum air 2-3 hari aku boleh mati..

Hari itu perempuan yang pernah aku tolong datang lagi jumpa aku mintak bantuan lagi.. Dia ingat aku ni jutawan ke :'(

Aku cakap saja “sorry saya pun sesak tiada duit dah”… terus aku blah.. Padahal dalam hati.. Kalau aku ada RM50 pun aku sanggup saja belikan susu 1 paket untuk anak dia.. Tapi apakan daya aku pun struggle

Pernah aku terfikir nak mengemis tepi jalan.. tapi orang pun tak ramai sebab masing-masing duduk di rumah.. kan PKP..

Pastu aku pernah nak buat kerja gila… aku betul2 rasa terdesak.. aku lapar gila, aku rasa mereng.. aku rasa aku nak jual diri dekat mana-mana lelaki asalkan diorang bayar..

Bodohnya aku tapi itulah aku pernah cuba.. Bila terlalu sesak, aku rasa benda bodoh pun aku sanggup buat janji boleh makan.. Aku ada minta bantuan zakat isi online tapi sampai ke harini tiada maklum balas.. Aku fikir staff zakat pun tak bekerja musim pkp ni..

Makin lama aku rasa aku heartless.. Aku pun rasa macam masa depan aku hancur.. Ptptn bakal blacklist.. Nak buat loan akan datang dah susah..

Aku pernah janji nak beli kereta untuk parents aku.. Tapi kalau da kena blacklist camne.. Dengan kerjanya tiada… aku bukan muda lagi.. Dah 30 an dah.. Patut usia ni dah stable.. Dah ada anak

Isu jodoh? Lagilah malas aku nak fikir.. Dah banyak cara aku usaha, daftar di portal itu ini.. Tapi lelaki sekarang memilih.. Lagi2 sekarang aku tak bekerja lagilah lelaki tak nak..

Di portal cari jodoh 99% lelaki nak isteri bekerjaya.. Aku pernah ditegur beberapa lelaki, soalan pertama dia tanya berapa gaji aku sebulan.. Aku pun give up la sebab nak sara diri sendiri pun sesak

Entahlah.. Aku sebenarnya… pernah terfikir nak terjun tempat tinggi.. Pernah terfikir masa duduk dalam rumah nak minum saja clorox.. Supaya aku boleh lari dari masalah semua ni.. Kepala aku kusut.. Berdenyut kepala memikirkan masalah duit

Sehingga saat ini, aku masih lagi kusut.. Bil telefon pun dah berbulan tak bayar.. Aku tunggu masa saja untuk aku hilang dari radar.. Bila bil internet tiada, aku pun tak boleh nak promote barang lagi…

Tak apalah.. Tiada siapa pun cari aku.. Tiada siapa pun pedulikan aku.. Kawan2 aku pun hanya memerhati.. Tiada siapa peduli sudah makan ke aku… sihat kah aku..

Mungkin sudah tiba masanya aku pergi.. Maafkan aku.. Terima kasih sudi membaca luahanku…

– Kiki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *