Aku, Ramadhan dan Al-Mulk

Assalammualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession.

Pada masa aku menaip artikel ini, kurang 10 hari lagi untuk kita semua bertemu dengan bulan penuh keberkatan, bulan penuh kemuliaan, bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia, iaitu bulan Ramadan Al Mubarak.

Semoga ALLAH memberkati kita semua di Bulan Syaaban dan diberikan rezeki untuk kita bertemu dengan Ramadan pada tahun ini. Amin.

Kenapa tajuk confession ini adalah Aku,Ramadan Dan Al-Mulk?

Ini adalah kisah bagaimana aku pada bulan Ramadan enam tahun yang lepas diberikan peluang untuk menghafal surah Al-Mulk seterusnya mengamalkan nya dalam hidup aku sehingga hari ini dan mudah-mudahan istiqamah hingga saat aku meninggal dunia.

Niat aku berkongsi kisah ini adalah mudah-mudahan ada pembaca yang dapat mengambil apa jua kebaikan yang mungkin ada dalam confession ini. Jika ada yang tidak elok, maafkanlah aku.

Kisah ini terjadi beberapa hari sebelum umat islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Masa aku tengah scroll FB, tiba-tiba aku ada terbaca artikel tentang surah Al-Mulk ini. Antara ayat dalam artikel tu yang buat aku betul-betul tersentuh hati adalah lebih kurang macam ni bunyinya.

“Tak malu ke umur dah nak masuk 30 tahun, tapi surah Al-Mulk pun tak pernah baca? Surah Al-Mulk ini bukan panjang pun, 30 ayat saja, tak sampai 10 minit dah selesai satu surah.

Siapa yang baca surah ini tiap-tiap malam nanti surah ni boleh jadi peguambela yang dapat selamatkan kau dari siksa alam kubur.”

Insaf betul aku rasa masa tu, huhu..

Terus aku buka youtube, aku search surah AL-MULK, keluarlah banyak sangat video dari para ustaz dan qari yang membaca surah ni.

Aku pun click lah pada satu video ni tajuk Surah Al-Mulk merdu dengan artinya oleh seorang ustaz dari Indonesia. Nama ustaz tu Hanan Attaki.

SubhanALLAH, masa first time aku dengar tu terus aku suka. So, lepas pada tu memang tiap-tiap malam sebelum tidur aku akan pasang bacaan dari ustaz tu.

Dan aku pasang azam Ramadan tahun tu aku mesti hafal surah Al-Mulk ini,

First step aku dalam misi menghafal surah ni adalah aku pergi kedai buku, aku beli buku nipis yang ada surah-surah pilihan.

Reason aku beli buku nipis macam ni sebab senang aku nak bawa masuk handbag, senang aku nak buka masa aku nak menghafal dan bila nipis ni aku rasa macam benda ni senang nak hafal compared aku hafal dengan pegang AL-quran yang betul.

Dan aku tak perlu wajib ada wudhuk bila aku nak pegang buku ni.

Second step adalah aku buat target macam mana cara aku nak habiskan hafazan ni dalam masa sebulan Ramadan tu. Aku plan satu hari satu ayat saja aku hafal.

Aku ulang lah ayat yang sama tu berkali-kali sampai lah betul-betul melekat kat otak aku. Ada hari yang otak aku senang nak menghafal, dapatlah aku hafal lebih dari satu ayat.

Aku kena ambik kira juga kalau period, aku tak boleh nak membaca ayat AL Quran dah,aku cuma boleh mengulang hafazan tu dalam hati saja.

So aku kena push diri aku supaya aku sempat habiskan hafazan tu sebelum datang period. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan proses hafazan aku.

Tak sempat habis Ramadan, aku dah berjaya hafal surah Al-Mulk.

Perasaan aku masa berjaya hafal tu rasa sebak sangat. Dari seorang yang tak pernah baca surah Al-Mulk, atas izin ALLAH bukan setakat boleh baca, tapi ALLAH bagi rezeki untuk hafal terus. Dan jadi rutin harian untuk baca sebelum tidur.

Alhamdulillah. Waktu ni aku rasa hebatnya orang yang boleh hafal 30 juzuk tu.

Patutlah nanti kat akhirat diaorang yang hafaz AL quran ini ALLAH janji akan dipakaikan mahkota atas kepala mereka. Bukan sedikit pengorbanan mereka untuk menghabiskan hafazan 30 juzuk tu.

Aku yang baru hafal satu surah ni pun rasa struggle nak hafal dan nak pastikan hafazan tu tak hilang macam tu saja. Semoga kita semua diberikan rezeki untuk jadi seorang penghafaz Al Quran juga. Aamiin.

Okaylah, panjang dah aku taip. Maaf andai penulisan aku ini berterabur. Semoga ada yang dapat manfaat dari artikel ini.

P/s; Jangan lupa baca Al-Mulk sebelum tidur ye.

– AMEENAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *