Assalamualaikum wbt.. Nama saya anonymous. Saya ingin meluahkan sesuatu yang saya sudah pendam selama 5 tahun perkahwinan saya.
Saya lelaki berumur 34 tahun. Saya kenal dengan M pada 2019 melalui salah satu website cari jodoh di Malaysia. Awal-awal mesej dengan beliau, saya tidak pernah rasa nak chat dengan orang lain kerana saya ingin merasai kesetiaan apabila ingin mengenali seseorang.
Saat kami ingin bermula serius, saya mula nak tahu bagaimana keluarganya, tapi, kebanyakan kali, M tidak banyak bercerita mengenai keluarganya. Saya cuba fikir positif, mungkin M nak jaga aib keluarga dia.
Setahun kami berkenalan, memang beberapa kali sahaja jumpa keluarga dia, tetapi, sekejap sahaja. Nampak islamik. Cuma, apabila saya bertanya mengenai keluarga dia, dia tidak mahu bercerita, terutama adik beradik.
Sebenarnya, saya rasa ada sesuatu tidak kena, tapi, saya kekal positif. Saya pun datang dari keluarga yang agak “broken”. Siapa saya untuk menghakimi keluarga orang lain.
Tetapi, saya ada pemikiran dimana kalau dia suka berahsia mengenai keluarganya, kenapa saya perlu jujur sepenuhnya tentang diri saya dan keluarga saya. Oleh itu, saya pun tak banyak bercerita, cuma saya ada juga maklum yang saya datang dari keluarga yang “broken”.
Kami kahwin pada tahun 2020, sepanjang 2 tahun kahwin, saya sudah mulai kenal keluarga dia, dan, saya rasa terseksa. Banyak insiden dimana keluarga dia buat saya macam-macam, tetapi, M lebih nak jaga hati keluarga saya.
~ Hidang air dekat abang dia, baru saya.
~ Mak dia sentiasa tidak back-up dia saat abang dia membuat perangai dengan M.
~ Abang dia buat rumah kami macam rumah dia (Datang rumah tak maklum. saat mood tak elok, suka hempap pintu dan cakap kurang ajar dengan kami.)
~ Kakaknya yang sentiasa cari M untuk menyelesaikan masalah dia. (Pemerhatian saya, kakak dia ni memang minta tolong untuk kesenangan dia. Suami dia pun nampak tiada sifat kepimpinan).
~ Keluarga dia tidak hormat saya sebagai ketua keluarga, mereka rasa pangkat “ketua keluarga” itu tetap ditangan mereka. (Lelaki dalam keluarga M ini, tiada kepimpinan, so faham-faham lah macam mana situasi keluarga mereka.)
Banyak lagi point, tetapi, saya biarkan 5 sahaja dulu. Kami selalu bergaduh kerana, sebagai suami, saya nak mempertahan isteri saya, tapi, dia sanggup kecilkan hati saya daripada hati ibu-bapa. M sangat suka bagi alasan, ibu-bapa dia dah tua. Habis tu, saya ni? Muda dan tiada perasaan ke?
Semakin lama, saya dah mula tahu, keluarga dia “broken” juga, tapi, in denial. Mereka tidak rasa diri mereka broken dan patut memperbaiki. Banyak menggunakan keagamaan, tetapi, hubungan keluarga mereka sangat “ego”.
Perasaan saya terhadap M dah semakin kurang sebab dia tidak fikir perasaan saya sebagai seorang suami.
Saat saya sudah betul-betul meletup, apabila kami baru balik dari membeli barang-barang dapur dan juga barang-barang dia, kami panggil dia dari luar rumah untuk minta buka gril, dan depan saya, dia sepak kunci rumah kami untuk kami capai kunci tu untuk buka gril.
Saya rasa sangat biadap dan saya minta M hubungi mak dia, dan minta untuk abang dia keluar rumah. M hubungi mak dia mengenai apa yang berlaku, tetapi, M tidak langsung maklum dengan ibu dia yang saya minta halau abang dia.
Tahun 2022, dengan pelbagai karenah, pergaduhan antara keluarga mereka, saya sudah mula tiada perasaan dengan isteri saya. Sepanjang dua tahun, M tidak mempertahankan keluarga kita cuba bina, M lebih fikir keluarga dia.
Dari tahun 2022-2023, saya cuba untuk memperbaiki, tetapi, selalu ada miscommunication. M ini adalah seorang yang sangat naif, dan ambil sangat lama untuk sedar sesuatu.
Banyak kali kita nasihat benda yang sama, tapi, masih buat juga. Tetapi, saat saya dah hilang sabar, saya naikkan suara. Baru dia mula ambil perhatian, tetapi, dia selalu cakap saya kasar dan tidak cakap elok-elok dengan dia.
Saya selalu rasa sakit hati apabila dia cakap begitu kerana sebelum ni banyak kali cakap lembut, nasihat baik-baik, tetapi, M buat tak endah. Saat saya dah hilang sabar, baru nak ambil perhatian.
Apabila saat dia tegur dan nasihat, saya slow-slow berubah kerana saya sentiasa fikir apa saya buat salah dan apa saya kena memperbaiki. Kalau M slow-slow berubah, saya terima. Cuma, dia langsung tak cuba untuk berubah.
Saya dah mula rasa perkahwinan kami ini toksid kerana “ego” dan M tidak rasa dia perlu baiki dirinya dan saya sudah mula nak pergi ke mahkamah syariah. Tetapi, saya dapat tahu yang isteri saya mengandung anak sulung kami.
Ya Allah, sudah ada konflik diri. Saya boleh faham kesakitan seorang anak saat hubungan mak ayah berpisah. Saya terfikir, kalau saya proceed, apakah dosa anak ini. Kenapa dia perlu rasa apa pernah rasa dulu. Saya decide untuk bertahan.
Tapi, semakin lama saya cuba memperbaiki, ia menjadi semakin teruk.
~ M kata kami tiada komunikasi. Apabila saya cuba komunikasi, M akan fokus benda lain. (Paling geram adalah semalam 3 kali, M tidak endah apa yang saya bersembang.
Waktu saya bersembang, dia rupanya tengah tengok Facebook untuk baca sesuatu). Saat saya pegang fon untuk baca incoming mesej WhatsApp, dia akan buat muka dan kata sepatutnya saya letak fon tepi.
~ Saat saya tegur perkara yang saya rasa patut memperbaiki, dia dengar tetapi, beberapa hari kemudian buat balik. Sudah banyak kali saya tegur benda yang sama, masih juga sama.
Apabila saya sudah hilang sabar dan saya sudah naik angin, dia akan ambil perhatian tetapi dia selalu maklum yang saya kasar.
Entah, saya rasa M ini susah nak berkomunikasi. Tetapi, isunya paling besar adalah M mempunyai “ego” dan dia sentiasa rasa dia sahaja yang betul. (Ini diwarisi daripada keluarganya).
Saya nak pergi, tetapi, kali ini lagi sukar kerana sudah ada anak. Saya sayang sangat dengan anak sehingga saya tidak sanggup berpisah dengan anak.
Saya tahu, kalau kami berpisah, hak penjagaan dengan M dan, adik beradiknya akan boleh kawal anak saya macam mereka ayah kepada anak saya.
Itu yang saya nak elak sebab risau, lagi sukar nak jumpa anak kalau ada penglibatan keluarga mereka.
Tetapi, yang paling terkesan adalah kalau saya berpisah, saya tidak akan dapat banyak masa dengan anak sepertimana sekarang.
Apa yang patut saya buat? Saya buntu dah….
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit