Aku kahwin masa umur 26. Bukan kahwin paksa, bukan juga cinta gila-gila. Tapi cukup untuk aku yakin, “Ini orang yang aku nak tua bersama.”
Dia pendiam, kerja tetap, baik dengan mak aku.
Kami mula hidup sederhana, sewa rumah kecil di ibu kota, beli barang rumah sama-sama, masak berdua hujung minggu. Tak mewah, tapi cukup.
Masuk tahun ketiga, kami makin senyap. Masing-masing sibuk kerja. Aku mula rasa macam housemate, bukan pasangan.
Bila aku ajak berbual, dia jawab pendek. Bila aku ajak bincang, dia elak. Tapi aku tak berani cakap apa-apa. Aku fikir mungkin aku yang terlalu sensitif.
Sampai satu malam, dia balik lambat. Aku tunggu, aku tanya, dan dia cuma jawab, “Saya penat.”
Esoknya, dia keluar rumah awal. Tak balik. Petang tu, aku dapat mesej panjang, dia nak berpisah. Katanya, kami dah tak ‘sebulu’, dan dia tak nampak masa depan dengan aku.
Aku rasa kosong..
Minggu-minggu pertama, aku tak keluar rumah. Tak sentuh phone. Aku ambil cuti tanpa gaji.
Suami tak bercakap dengan aku sejak mesej tu. Dia ada balik nak kemas barang dia, dan tinggalkan aku terkontang kanting seorang diri. Katanya, nanti setel dimahkamah dia nak lafaz cerai.
Aku jadi kosong. Gelap kejap dunia aku. Dia pergi gitu je tanpa aku tahu apa sebabnya.
Apa salah aku? Kenapa tiba2 sangat?
Aku palau family aku sampaikan mak aku datang ke KL teman aku, tapi aku macam biasa, rasa kosong. Air mata tak keluar pun, sebab badan aku dah letih sangat nak rasa apa-apa.
Tapi hidup kena jalan. Bulan depan sewa tetap jalan. Aku pun kena bayar sewa rumah ni.
Aku mula bangun sikit-sikit. Bangun masak maggi. Bangun basuh baju. Bangun check emel kerja. Bangun tengok cermin.
Dan satu hari aku cakap pada diri sendiri, “Kalau orang boleh tinggalkan kau, kau jangan tinggalkan diri kau.”
Sekarang dah setahun lebih aku hidup sendiri. Aku pindah rumah, hias ikut suka.
Kemudian aku sambung belajar part-time, ambil short course yang aku minat sejak dulu tapi takut cuba. Aku pergi kelas, aku kenal orang baru, aku menulis, aku belajar berdamai dengan takdir.
Kadang cinta tak semestinya gagal bila tak sampai ke hujung. Kadang-kadang ia berhenti sebab kita ada maruah diri.
Doakan rezeki aku mencurah2, sebab aku bawa mak aku tinggal dengan aku dekat rumah ni.
– Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tahniah! Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berkah untuk bahagiakan mak dan orang sekeliling.
Hugs untuk Hawa! Carilah kebahagiaan kita sendiri…tanpa berharap kepada sesiapapun, kembalilah kepada-Nya…
Kisah awk lbh krg sama dgn saya, tp at least mak awk bole terima dia, sedangkn kluarga saya tidak.. so, kami hidup sendiri d perantauan, sehingga lah kami ‘berpisah’ dan saya kembali kpd kluarga saya.. w/pon kluarga masih menerima saya, tp diorang mcm ‘padan’kan muka saya, cuma diorang x sebutlah dpn saya.. hidup sya “double 0” klau nk dibandingkan dgn awk kut.., saya x punya apa2, dan ank2 juga spt mnyalahkan saya atas apa yg telah berlaku.. saya cuba ‘bangkit’ tp spt dah x berdaya.. usia semakin tua, dan kbnyakan mase saya habiskan di tikar sembahyang n slalu termenung.. adakah Tuhan tidak menyayangi saya, tapi Dia masih beri saya nyawa, so mngkin saya akn habiskn sisa2 nyawa utk Dia, kerana saya dah hampir hilang segalanya dlm hidup ini.. kepada-Mu jua aku serahkan segalanya..