Assalammualaikum, sekiranya confession ini disiarkan terima kasih.
Untuk pengenalan, saya Bella merupakan salah satu pelajar di IPTA di semenanjung yang sejak dapat tawaran terus odl. Lepas dapat result spm tahun 2020 terus PKP.
So boleh dikatakan saya ni odl dari saya mula masuk sehinggalah sekarang dah habis sem 2.
Confession ni ttg betapa teruknya saya rasa dengan perangai sesetengah orang yang ambik kesempatan disebabkan odl yang memberi kesan kepada orang lain contohnya beri kesan kepada saya.
For first sem rasa macam nyaman jer dan secara jujurnya saya tak rasa susah sangat sebab Alhamdulillah mak ayah takdelah macam minta buat benda macam macam time kelas dan sebagainya,
Dan kemungkinan besar sebab first sem tu just basic tu yg macam okay maybe.
Untuk pengetahuan saya punya course sains komputer so banyak sangat tentang coding, perisian computer subjek mat so benda ni makin lama akan makin susah lagi2 bila belajar odl.
Untuk sem 2 ni banyak benda saya lalui dari orang ambik kesempatan minta buatkan assignment sehinggalah sampai dapat member group assignment yang tak bertanggungjawab.
Ada sorang ni saya namakan N.. seorang perempuan dan kawan se-course tapi bukan sekelas. Kawan mutual macam recommend agaknya macam mengatakan saya pandai ajar subjek coding dan tiba-tiba N ni mesejlah saya.
Saya dengan senang hati tolong dengan tujuan untuk membantu. Tapi makin lama saya rasa seperti dipergunakan sebabnya dia selalu :
1. Mesej dalam 1-2 pagi tanya free tak sebab nak minta saya tolong ajar (pernah sekali dalam 4 pagi dia mesej saya).
2. Selalu terjah bagi soalan hw/ assignment dia untuk saya selesaikan tanpa dia cuba terlebih dahulu.
Pernah 1 hari tu dia bagi saya soalan mat dalam 4-5 soalan graph dan minta saya buatkan.. Apabila saya tanya “awak dah cuba ke belum” dia akan menjawab “owh belum lagi baru nak cuba”
3. Paling teruk ialah tiada common sense.
N punya takde common sense tu saya rasa paling teruk saya pernah jumpa. Time saya study, buat hw dia akan terus forward soalan tanpa tanya saya free ataupun tidak dan selain tu dia pernah forward masalah dari kawan dia untuk saya selesaikan.
Kadang2 semasa saya ada kelas pun dia akan tanya saya soalan hw dia dan pernah satu hari dia spam saya pagi-pagi (sebab saya takde kelas masa tu tapi dia ada) dengan alasan nak mintak tolong jawabkan soalan mat sebab time tu dia ada kelas.
Pernah banyak kali dia minta saya ajar tulis coding dan saya setuju tapi semasa saya tolong tu, dia akan macam ada masa nak update status, ada masa tiba-tiba nak makan dan sebagainya.
Saya pernah bagitahu “saya tak rasa saya mampu tolong awak lepas ni sebab saya banyak sangat assignment, group assignment apa semua”,
Dengan harapan dia akan faham dan kurangkan bertanya sebab bilangan assignment kami sama sebab kami sama course dan assignment sem 2 memang sangat banyak.
Dan N menjawab “takpe saya faham terima kasih tolong saya” dan lepas beberapa belas jam dia mesej saya untuk bertanya soalan lain dan benda ni berterusan sampailah hujung sem. Kadang-kadang tu saya akan ignore tapi dia tetap akan tunggu.
Saya pernah tanya dia “awak takde ke kawan sekelas yang boleh bantu?” dan setiap kali dia akan jawab “Tiada.. semua macam saya”.
Banyak benda saya dah cuba untuk N kurangkan bertanya seperti ignore mesej N, bagitahu N saya busy dan sebagainya tapi saya kesian bila dia kata dia ada anxiety dan selalu cakap dirinya lembab
Seterusnya, selain N saya ada masalah dengan G (perempuan) dan B (lelaki) yang saya kenal dari group assignment. Diaorang ni dari kelas lain tapi kami satu kelas untuk subjek elektif.
B merupakan ketua kepada group assignment saya tak pernag menjalankan tugas sebagai ketua kecuali submit assignment itupun selepas orang lain berpenat lelah.
Saya dan ahli lain yang selalu ingatkan tentang masa perbincang group assignment sebab B tak nak tetapkan masa untuk berbincang dengan alasan “kita free jer mana mana”.
G ni pula kawan kepada B dan perangai sama naik sebab sering tak keluarkan idea semasa berbincang kecuali dipaksa,
Dan saya rasa dialah orang yang paling tak menyumbang apa apa sebab bila saya minta dia edit assignment dia akan cakap “tak tahu nak edit apa semua dah cukup dah” sampailah nak submit.
Saya bukan nak berkira tapi disebabkan group ni saya ada masalah dengan subjek lain sebab saya banyak habiskan masa dengan subjek ni.
Saya yang bagi part, saya yang buat research sebelum bincang, saya yang edit assignment dari awal sehingga akhir, sayalah buat pembetulan, sayalah yang submit kepada lecturer untuk check awal tapi nama orang lain iaitu ketua yang naik.
Pernah niat nak report tapi disebabkan ODl markah group assignment sangatlah banyak yang boleh tentukan dia fail atau pass membatalkan niat saya sebab saya tak nak orang fail disebabkan saya.
Tapi sebelum final submission saya dah buat ayat pasrah dengan harapan diaorang akan berubah untuk next sem biar jadi orang berguna.
Sehingga kini saya rasa macam orang tak berguna. Confident saya dah makin low, saya jadi takut nak bercakap dalam group, tak suka nak volunteer sebab saya rasa ni salah saya.
Mungkin salah saya sebab bagi peluang untuk orang pijak kepala saya. Setiap kali nampak perkataan group assignment saya jadi takut sangat sebab tak rasa boleh buat kerja dengan baik
Saya minta sangat pandangan atau pertolongan cara hadap orang macam N, G dan B. Sebab saya ada 2 sem lagi untuk hadap diorang sebagai coursemate (harap tak jumpa orang macam ni untuk next sem Aamiin).
– Bella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit