Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga iium confession sekalian.
P/s : *confession aku kali ni memang sedikit panjang, kalau korang tak sempat baca, boleh save link nanti baca bila free*
Nama aku Amar (bukan nama sebenar) dan umur aku tepat 21 tahun hari ini. Seperti yang dah terpapar jelas di tajuk confession aku, aku ingin meluahkan isi hati aku yang sudah lama terbuku dan aku pendam.
Sekarang, isu LGBT meamng salah satu isu yang panas dan aku yakin semua orang tahu apakah itu LGBT. Dan aku seorang g*y, aku sukakan lelaki dan memang tiada nafsu terhadap wanita.
Baik tanpa membuang masa, untuk memudahkan pembacaan kalian, aku bahagikan confesion aku kepada 3 bahagian : sejarah biodata hidup aku, keaktifan aku dalam bidang g*y ni dan situasi aku buat masa sekarang.
1) Serba sedikit tentang aku.
Waktu aku umur 9 atau 10 tahun. Aku pernah dicabul oleh abang aku, sepupu-sepupu aku dan juga kawan abang aku. Kenapa aku cakap dicabul? Sebab aku bodoh masa tu, belum tahu apa-apa tentang seks, g*y dan sebagainya.
Bukan sekali ya, dengan abang kandung aku sendiri, aku dicabul berkali-kali. Masa tu abang aku berumur 16 tahun (tingkatan empat). Dengan sepupu-sepupu aku pun pernah (umur mereka masa tu 15 – 16 tahun). Masa kali pertama aku kena, aku tak tahu apa-apa , aku layan sebab aku bodoh masa tu, aku percaya saudara mara, darah daging aku.
Aku kena semua ni sampai umur aku 11 tahun (darjah 6) sebab waktu aku tingkatan 1, aku dimasukkan ke sekolah berasrama penuh di negeri lain. Semasa di sekolah menengah, aku mula tahu apakah itu seks, g*y, lgbt dan sebagainya. Aku ketagih!
Di asrama, terlalu banyak dugaan aku, aku tak mampu menahan nafsu aku bila tengok kawan-kawan, senior yang tak berbaju dan separuh bogel. Aku dah mula beronani (masa ni tingkatan 2). Aku ketagih onani sampai sekarang. Jijik kan?
Untuk pengetahuan semua, kawan-kawan asrama aku ramai yang ajak aku main. Gurau-gurau katanya. Tapi sekalipun aku tak pernah terima sebab aku takut. Masa aku di asrama jugaklah aku mula kenal Tuhan. Ada usrah, solat berjemaah dan sebagainya walaupun dipaksa tapi aku bersyukur sebab dipaksa itu lah aku pandai jaga solat, tak tinggal baca al quran dan solat sunat.
Masa aku di asrama memang aku jaga solat sebab kawan-kawan semua jaga solat. Alhamdulilah, Tuhan temukan aku dengan sahabat yang baik. Tapi nafsu aku terhadap lelaki masih tebal. Aku suka tengok lelaki hensem, tinggi dan bercakap sopan. Geli kan? Aku lagi geli dengan diri aku.
Lepas aku tamat sekolah menengah, aku masuk ke kolej matrikulasi. Same things happen. Aku masih tak berubah. And the worst part is aku dah mula tinggal solat. Sebab di matrikulasi, aku sudah tidak dikawal seperti di sbp.
Mula-mula aku tinggal subuh sebab lambat bangun, selepas tu zuhur sebab waktu rehat singkat dan akhirnya solat- solat lain juga aku abaikan. Satu tahun aku di matrikulasi, aku boleh kira berapa kali aku solat penuh 5 waktu. Aku hanya akan solat depan kawan aku sahaja. Al-Quran tak payah cakaplah, memang berhabuk dalam almari aku. Teruk kan aku?
Kat sini, Allah kurniakan aku dengan kawan yang jaga solat. Alhamdulilah, Allah masih nak bantu aku. Sepanjang kat matrikulasi, memang aku belum terlanjur. Tapi tabiat onani masih ada.
2) Aku rosak!
Tamat matrikulasi, aku melanjutkan ijazah di sebuah universiti tempatan. Baik, ini kali pertama aku terlanjur. Waktu ni umur aku 20 dan waktu ni di semester 2. Aku sudah mula install aplikasi g*y. Aku tak nak sebut nama apps tu (mungkin ada yang dah tahu).
Aku kenal lelaki ni melalui satu apps g*y ni. Dan malam tu juga, aku pergi bilik dia dan kami buat maksiat. Lepas habis semua tu, aku menangis. Tapi aku masih tak pergi dekat Tuhan. Aku tak solat. Waktu tu, aku rasa aku bodoh. Selama ni aku boleh tahan nafsu aku tapi kenapa malam tu aku tak boleh tahan.
Waktu cuti semester, aku dah jadi ketagih, aku cari g*y sekitar taman aku melalui apps tu dan aku buat maksiat lagi. Dah lebih 10 orang, aku tak tipu dan memang aku jijik. Sampai satu hari, aku kenal dengan seorang non-muslim (dia chinese) melalui apps tu juga. Kami buat maksiat tapi berbeza dengan sebelum ni. Biasanya lepas dah dapat, memang tak contact dah, murah kan aku?
Chinese ni (aku namakan dia chua). Chua still contact aku. Waktu aku kenal chua, memang aku dah tak ‘main’ dengan lelaki lain, banyak kali aku ‘main’ dengan chua je. Ada satu malam, dia ajak aku keluar makan. Aku pelik, biasanya kami contact kalau ‘nak’ je tapi malam tu dia ajak makan so aku on je la. By the way, chua ni memang taste aku, tinggi, bibir pink dan berduit. Memang pakej.
So waktu aku makan, borak-borak. Tiba- tiba dia pegang tangan aku. Kebetulan kami duduk di meja hujung dan ada dinding, jadi tiada orang nampak. Dia confess. Aku taknak cerita lebih part ni nanti korang geli. Aku still dengan dia sampai sekarang. Wait, mesti korang curious tentang status hiv aku kan. Dont worry, aku masih negatif hiv, alhamdulilah Allah masih sayangkan aku.
Sekurang-kurangnya, selepas aku kenal chua, memang aku tak layan orang lain, better dari dulu and lagi selamat. Kadang-kadang aku malu, aku rasa aku dah cemarkan agama aku, aku sepatutnya tunjuk contoh baik kat non-muslim, bukannya pergi buat maksiat dengan dia.
Pernah sekali dia tanya aku, “kawan muslim i yang lain semua akan solat 5 kali, kenapa i tak pernah tengok u solat ? Solat u boleh pilih ke berapa kali?” aku terus sentap.
Aku cakap “agama Islam tak salah, i yang salah sebab tak solat, jangan tengok agama i macam mana u tengok i, Islam ajar benda baik, cuma i yang tak ikut “. Aku malu sebab non-muslim boleh tegur aku macam tu. Okay banyak lagi sebenarnya nak cerita kat part ni. Tapi cukuplah, ada satu part lagi.
3) Hidup aku sekarang.
Ada satu malam minggu lepas, aku tersedar pukul 3 pagi, aku rasa ada orang kejut aku. Jadi aku bangun dan tiba-tiba aku menangis teringat dosa-dosa aku dari dulu lagi. Perasaan aku masa tu sangat lemah, satu perasaan yang tak boleh aku gambarkan kat korang, rasa menyesal yang teramat sangat, rasa bodoh, rasa macam aku hidup untuk maksiat semata-mata.
Buat kali pertama setelah lama aku tinggalkan solat, aku ambil wuduk dan solat taubat. Ya Allah, basah kuyup Al-Quran yang aku peluk waktu tu, aku menangis sampai tertidur atas sejadah. Aku sedar betapa rindunya aku dekat sejadah dan Al-Quran.
Aku dah uninstall apps g*y dan aku ingin mula dari awal balik. Aku nak start solat macam kat sekolah asrama dulu, nak mengaji dan solat sunat. Memang sangat susah tapi doakan aku berjaya.
Aku dah putuskan hubungan aku dengan chua, aku kuatkan hati aku untuk block dan delete number dia. Aku menangis sekali lagi waktu ni. Aku sangat sayangkan dia tapi aku lagi sayangkan Tuhan.
Korang, aku tahu aku tak mampu nak buang nafsu ni tapi doakan supaya aku mampu kawal nafsu aku. Aku masih belajar untuk menyukai perempuan, sangat sukar tapi aku cuba. Aku nak baiki kehidupan aku sementara aku masih bernyawa. Perjalanan hidup aku masih panjang . Aku tahu aku dah rosak tapi masih ada peluang kan?
Aku nak kembali kepada Tuhan. Aku rindu Allah.
– Amar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit