Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua sahabatku sekalian.
Nama makcik ialah Jamilah. Seorang suri rumah, sudah masuk 50 tahun usia perkahwinan dan memiliki tiga orang anak.
Makcik kahwin muda, setahun selepas itu makcik dan suami dapat anak sulung lelaki. Biasalah, anak first, mestilah tatang bagai minyak yang penuh. Anak lelaki pulak tu.
Hampir lima tahun kemudian, kami anugerahkan anak perempuan. Anak sulungku happy sangat sebab memang impiannya memiliki adik perempuan. Hidup kami cukup bahagia dan sempurna.
15 tahun selepas itu kami dikejutkan dengan berita makcik mengandung anak ketiga. Sedangkan memang makcik dan suami tidak mahu anak lagi memandang anak2 yang ada sudah besar, dan makcik pulak dan berumur 40an waktu itu.
Anak sulung makcik memberontak, dia memang tidak mahu adik lagi dan terlalu menyayangi adiknya sekarang.
Kerana masing2 tidak ready untuk terima orang baru, preparation untuk bersalin memang kami tidak berapa excited.
Makcik pergi sendiri bersalin, dan bawa balik baby kerumah seperti biasa sahaja. Anak sulung memang langsung tak pandang muka adik perempuan bongsunya.
Bagi makcik, ingatkan perkara itu biasa saja kerana jarak umur, itulah kesilapan makcik sehingga hari ini makcik menyesal kerana tidak usaha untuk rapatkan hubungan mereka adik beradik.
Anak kedua makcik dianugerahkan otak yang cerdik, setiap tahun pasti makcik dan suami ke sekolah untuk melihat dia mendapat anugerah cemerlang.
Makcik plan banyak perkara untuk masa depan anak kedua makcik ini. Sehinggalah makcik terlupa yang kami masih ada anak bongsu yang kian membesar. Sarah, namanya.
Sejak kecil memang pandai berdikari. Mungkin sebab abang dan kakaknya tidak pedulikannya. Pelajarannya juga sederhana.
Kami ibu dan bapanya jugak lebih fokuskan kakaknya kerana harapan keluarga. Sarah lebih banyak mendiamkan diri.
Tidak pernah sekalipun makcik bertanya mengenai pelajarannya, sakitnya ataupun apa aktiviti dia setiap hari.
Pernah sekali Sarah dijangkiti kuman dalam paru2 dan menyebabkan dia batuk berbulan2, makcik tetap buat seperti biasa.
Oleh sebab itu Sarah menjadi gadis agak nakal, lepak di bandar dengan kawan2. Bila dia balik lewat, kami hanya tahu memarahinya tanpa tanya ataupun cuma selami hati mudanya waktu itu. (Ya Allah ampunilah aku)
Setiap kali aktiviti keluarga, Sarah memang jenis ringan tulang. Dari potong bawang hinggalah basuh pinggan mangkuk, memang Sarah pandai.
Dia juga tidak takut untuk mandikan jenazah arwah neneknya ataupun jiran tetangga, kapankan sehinggalah kenduri tahlil semua dia pandai uruskan.
Tapi malangnya makcik tidak nampak kebaikkannya waktu itu.Yyang makcik nampak hanyalah kelemahan Sarah dalam pelajaran. (Ya Allah, ampunilah aku).
Waktu Sarah berumur 15 tahun, makcik disahkan ada penyakit barah tulang. Waktu itu abang dan kakaknya masing2 sudah ada life sendiri. Anak kedua makcik sedang meneruskan pelajaran di peringkat Universiti.
Tinggallah Sarah menguruskan makcik dari mandikan, memberi makan hinggalah makcik kuat kembali untuk meneruskan hidup.
Sesungguhnya bila difikirkan balik, makcik menangis kepada Allah.. baiknya budi anak bongsuku ini (Ya Allah, ampunilah aku).
Sarah tidak dapat masuk IPTA kerana prestasi SPMnya tidak berapa cemerlang. Itu menambahkan benci kami kepadanya. Lagi2 anak keduaku itu selalu bercakap hal tidak baik tentang Sarah.
Anak sulungku selalu mengatakan yang Sarah ini hanyalah “mengabih boreh”, tiada fungsi dalam family. Hanya menyusahkan sahaja.
Oleh kerana itu, Sarah terbang jauh ke selatan untuk berdikari dan memasuki kolej kejururawatan swasta disana.
3 tahun Sarah disana dan dia berjaya menjadi jururawat di hospital swasta. Sarah jarang balik, ini kerana kakak dan abangnya ada dirumah kami. Makcik pun jarang contact dia, kerana dia lebih banyak diam kalau makcik call.
Anak sulung makcik bercerai dan kembali ke rumah makcik. manakala anak kedua makcik masih tidak bekerja walaupun susah ada sijil universiti. Waktu itu makcik masih buta. Makcik percaya kata2 hasutan anak kedua makcik. (Ya Allah ampuni dosaku)
4 tahun selepas Sarah bekerja, dia tidak pernah sekalipun lupakan makcik dan suami. Duit sentiasa diberi. Apa yang makcik inginkan, pasti barang itu sampai keesokan harinya.
Sesungguhnya Sarah anak yang baik. Sarah kembali kerumah makcik dan menyatakan dia ingin berkahwin. Lelaki pilihannya adalah orang Pakistan. Maka kami satu keluarga tidak merestui pilihan hatinya.
Makcik ingat lagi kata2 anak kedua makcik, “Sarah tu pasti buat benda tak elok di tempat kerjanya, sampai dapat lelaki pakistan”. Makcik percaya kata2nya sehingga menghalau Sarah keluar dari rumah.
Sedangkan makcik tidak kenalpun siapa lelaki tersebut. Makcik tergamak menggelarkannya “Anak Neraka”. Ya Allah Ya Tuhanku, tergamak makcik menyumpah anak makcik sendiri waktu itu.
Sarah pergi dengan tangisan. Sempat lagi anak sulung makcik pekik, “kau jangan rasa satu sen pun harta ayah”. Makcik waktu tu hanya diam seribu bahasa. Sarah pergi dan tidak kembali lagi sehingga sekarang.
Sudah 6 tahun kejadian itu berlaku. Dan maksudnya sudah 6 tahun kami tidak beraya bersama2.
Bulan lepas jiran makcik ada bagitahu yang dia tahu lokasi Sarah dan suami. Rupanya suami Sarah adalah pensyarah di Universiti Dubai. Sarah bekerja sebagai jururawat disana.
Mereka bahagia dengan sepasang anak kembar. Jiran makcik kebetulan ada akaun instagram nya. Dari akaun itulah makcik mengubat rindu kepada Sarah. Makcik menyesal sangat2 kerana tidak menghargai Sarah. Dia anak yang baik.
Sekarang penyakit makcik datang kembali, tiada seorang anak2 makcik yang boleh menjaga makcik sepertimana Sarah menjaga makcik dahulu.
Makcik rindukan Sarah. Tapi makcik malu untuk cuba mesej dia. Makcik rasa makcik bukan ibu yang baik. Makcik hanya boleh doakan dia dari jauh.
Dari luahan IIUM Confession ini, makcik harap Sarah dapat membacanya.
Sarah, Ibu memohon ampun dan maaf kerana melukakan hati Sarah dari kecil. Sarah anak yang baik dan apa yang Sarah miliki sekarang adalah berkat kesabaran Sarah dan doa Sarah, insan teraniaya.
Ibu, kakak dan abang juga sudah mendapat kifarah masing2. Kakak sehingga hari ini tidak bekerja kerana masih tiada rezeki. Walaupun Sarah tiada depan matanya, dia masih memburukkan Sarah. (Ibu tidak percaya lagi apa katanya sekarang).
Abang kehilangan anak2 kerana bercerai. Ibu pula jatuh sakit dan depresi melihat keadaan rumah ini semakin hari semakin teruk.
Sarah anakku, dibulan Puasa yang mulia ini, sekali lagi ibu memohon ampun dari segala dosa2 ibu. Sekiranya kita tidak berjumpa lagi, ibu harap kita bertemu di syurga nanti. Ibu rindu Sarah. Baliklah nak.. Ya Allah ampuni dosaku.
– Jamilah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit