Assalamualaikum semua. Ini hanyalah luahan hati saya. Mungkin ada pembaca yang dapat merasai apa yang saya rasakan saat ini.
Entah kenapa kali ini saya terasa sedih yang amat. Bukan tak pernah ada sahabat yang pergi sebelum ini… ada. Tapi yang satu ini benar2 buat jiwa rasa kosong. Seolahnya saya kehilangan semua teman. Sunyi sangat.
Usia saya melebihi separuh abad. Perempuan. Kami bersahabat sejak berusia 13 tahun. Belajar di sebuah SBP ternama. Kami sama2 orang susah… B40 gitu. Saya namakan dia Imah, bukan nama sebenar.
Kehidupan di asrama sangat membahagiakan. Budak2 lah katakan. Kami didalam kelas yang sama. Pernah juga dapat dom yang sama.
Orang lain ada yang tak ‘ngam’ dengan Imah. Tapi saya, ok sahaja. Saya terima dia seadanya. Begitu juga dia.
Semasa ditingkatan empat, banyak teman2 mula bertudung. Zaman tu ‘free hair’ perkara biasa. Entah apa yang menarik minat, kami sepakat bertudung. Kata budak dulu2… nak jadi ‘alim’.
Keputusan SPM kami tidak cemerlang macam orang lain. Saya sambung belajar di IPTA… diploma. Imah sambung tingkatan enam.
Hubungan terputus begitu sahaja.
Satu hari saya balik dari kuliah dan melalui pejabat HEP uni. Dari jauh saya terpandang kelibat orang yang saya sangat kenal. Sedang beratur.
Saya hampiri dia. Memang tak salah. Sahabat saya si Imah rupanya. Maka terlompat2 la kami sambil berpelukan kerana pertemuan yang tak disangka2 itu. Orang sekeliling pandang pun kami tak pedulikan.
Lupa sekejap yang kami dah jadi ‘mahasiswi’. Ingatkan masih budak sekolah lagi…hahaha
Masa tu saya dah tahun tiga… tahun akhir diploma. Imah baru masuk. Tiba2 Imah tanya.. “mana tudung hang?”
Saya gelak mengekek. Imah pun ikut gelak sambil saya menjawab.. ‘”hang pun sama”.
Walau pun kami berlainan kolej tetapi selalu berjumpa. Kadang2 saya kebilik Imah atau dia ke bilik saya.
Sehinggalah saya tamat belajar dan hubungan kami terputus lagi. Maklumlah rumah saya bukannya ada telefon. Handphone apa tah lagi… belum wujud.
Sekitar tahun 90an, sekolah saya menerima guru baru. Saya dapat tahu cikgu tu dari IPTA saya dulu. Batch Imah. Sosek2 rupanya dia kenal Imah. Dia kata Imah ngajar di utara … sekolah sekian2.
Saya pun carilah nombor telefon sekolah tu dan berjaya menghubungi Imah. Seronok kemain.
Benda pertama Imah tanya “Hang kahwin tak dengan BF hang tu”. Saya jawab “of course”. Kami gelak sama2.
Masa tu saya dah kawin. Begitu juga Imah. Rindu sangat rasanya kat Imah. Saya ajak suami ke rumah Imah. Sampai di rumah, Imah tunjukkan gambar suami dia.
“Macam kenal” perlahan suami saya beritahu. Bila suami dia balik… memang sah. Suami Imah satu blok asrama dengan suami saya. Begitu rupanya takdir Allah.
Imah pun dah berubah. Tudung dia labuh. Mujur saya juga dah bertudung sejak melahirkan anak sulung lagi.
“Aku kenalah pakai labuh2. Satgi kesian laki aku dapat dosa”. Jujur benar Imah kali ni. Dulu2 masa kat uni, dia masih lagi berskirt pendek.
“Aku pilih dia sebab aku tahu dia boleh bimbing aku” tambah Imah lagi. Saya gembira melihat perubahan Imah. Saya pun tak la ‘alim’ sangat. Biasa2 sahaja.
Satu hari saya dapat col dari Imah. Dia nak ikut suami buat master di UK. Masa tu anak dia dah dua kalau tak silap. Teruja betol dia. Yerlah… sahabat2 lain, belajar kat sana. Dia dapat ikut suami pun Alhamdulillah katanya.
Saya pun tak tahu bila dia berangkat. Masing2 sibuk dengan keluarga dan kerjaya. Nak bertanya2 khabar pun tak sempat.
Tiba2 saya dapat surat dari Imah di UK. Pesan dia..”hang jangan dok sini tau. Tak best. Aku rasa macam duduk tempat asing dan tak tahu nak bergerak sendiri. Suami sibuk. Bila dia free baru boleh keluar”.
“Pulak dah….” saya merungut sendirian. Senyum.
Hubungan terputus lagi. Sehinggalah pada usia kami 50an, saya dapat nombor Imah daripada seorang sahabat. Zaman dah ada wassap.
Imah beli rumah dekat dengan daerah tempat tinggal saya. Kami dua2 dah bersara pilihan. Dah bergelar nenek juga…. haha.
Saya hubungi dia. Saya cari rumah dia. Saya tunggu dia keluar lif.
Sebaik muncul, saya terus peluk dia. “Allah… rindunya kat hang”. Tiada kata2 yang dapat menggambarkan perasaan saya saat itu. Tak sempat nak cari restoran lain kami hanya lepak kedai mamak.
Banyak cerita dan berita yang hendak dikabarkan. Imah bersara pada usia 40an. Saya pada usia 50an.
Imah pernah jadi guru besar. Stress katanya. Jauh berulang. Penat. Bila dia mintak tukar, dapat sekolah yang dekat sikit tapi jadi penolong kanan sahaja. Imah tak kisah. Akhirnya dia isi borang bersara. Senang… haha.
Saya pula tak ada apa2 pangkat hingga bersara. Pernah dapat tawaran tapi saya tolak. “Im not a good leader, Im a good follower”… begitu saya berhujah bila Imah bertanya. Dia angguk, faham.
Sejak pertemuan pertama itu, kami ada berjumpa beberapa kali. Saya akan ambil dia dan makan2 di mall. Kadang2 window shopping sahaja.
Kali terakhir berjumpa, Imah dah berniqab. Tapi dia tetap Imah yang saya kenal puluhan tahun dahulu. Yang sentiasa ceria dan penuh tawa.
Saya sengaja pilih tempat yang agak tersorok kerana menghormati dia. Kami makan2 sambil gelak. Dia bayar dan terus keluar.
“Eh, hang tak pakai niqab” tegur saya. Sambil gelak mengekek dia balas “eh lupa…. Maklum lah baru belajar pakai” dan kami sama2 gelak.
Tiap kali makan, Imah akan bayar. Dia kata sebab saya dah susah2 bawak kereta dan ambil dia. Imah ada lesen tetapi tak pernah bawak kereta sejak dah tua2 ni. Tak berani dah katanya. Selalunya anak2 atau suami dia yang akan bawa dia ke mana2.
Tahun lepas kami keluar lagi ke mall… makan2. Badan dia susut. Tak lalu makan katanya. Masih seperti biasa. Dia gelak mengekek sebab tak perlu susah2 diet pun boleh kurus.
Beberapa bulan kemudian kami bersembang pula melalui telefon. Macam biasa. Dia bercerita tentang dirinya yang tak berapa sihat. Masih ceria dengan gelak tawanya.
Sesekali Imah akan kata “wei, aku lupa tadi kita tengah cakap pasai apa”. Macam biasa sahaja bunyinya. Tiada tanda2 yang Imah sedang menderita sebarang sakit.
Saya ajak keluar tapi dia kata nanti lah bila keadaan mengizinkan.
Itu lah kali terakhir kami berbual. Terkilan benar saya… kalaulah saya pergi ziarah dia. Kalaulah saya tahu bahawa itulah kali terakhir saya mendengar tawa dia… kalau itu… kalau ini….
Akhirnya saya terima bahawa takdir Allah mengatasi segalanya.
Pada syawal baru2 ini, suami saya dapat wssap dari suami Imah sekitar jam 11 malam…. “sampaikan pada isteri, Imah meninggal semalam”
Suami kejutkan saya yang dah terlena . Masih tertanya2. Saya baca wassap tu berulangkali. Takkan benda ni orang nak buat main. Saya hantarkan wassap tu kepada grup sekolah kami.
Malam tu saya rasa kosong. Tak rasa apa2. Tiada air mata yang mengalir. Esok paginya bila seorang sahabat menghubungi saya, barulah saya menangis. Duduk sendirian kemudiannya saya menangis puas2.
Saya ziarah keluarga Imah. Suami dan anak2nya tenang. Satu2 mereka bercerita. Sesekali air mata jatuh juga.
Sakitnya bermula sejak beberapa hari sebelum ramadhan. Tak dijangka. Keluarga sangka Imah akan sembuh.
Beberapa minggu di hospital, Imah dibenarkan pulang beraya. Kelihatannya Imah makin sihat. Boleh berbual dan bercerita. Cuma dia masih perlukan oksijen.
Kata suaminya, Imah masih sebut nama saya. Nak belanja saya makan katanya.
Namun, siapa tahu janji Allah. Mati itu pasti. Imah pergi dihadapan suami. Dikelilingi anak2 tersayang. Moga syurga tempatmu.
“Aku rindu kau”…. itu sahaja yang mampu saya ungkapkan saat ini. Masih terngiang2 gelak tawanya ketika bersama.
Imah yang sentiasa ceria akan kekal di dalam ingatan saya hingga ajal menjemput. Dan entah bila… moga tatkala saat itu tiba, harapnya iman masih di dada.
Tenanglah di sana sahabatku… Al-Fatihah.
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit