Aku Rindu PJJ Daripada Tinggal Serumah

Assalamualaikum korang. Sekadar nak meluahkan perasaan, harap-harap korang dapat beri pendapat & nasihat berguna untuk aku.

Kisah kami bermula dengan percintaan jarak jauh (PJJ) dan diakhiri (harap bukan pengakhiran) dengan tidak bertegur sapa walaupun serumah.

Kami direzkikan dengan pertemuan kenalan secara tidak langsung selama hampir 11 tahun… aku baru berpindah kesebuah pekan di Negeri Sembilan semasa berumur 16 tahun.

Perkenalan tak langsung kami bermula sejak dari tingkatan 4, melanjutkan pelajaran ke matrikulasi,

Kemudian hingga tamat ijazah sarjana muda, kesemuanya direzkikan ditempat yang sama antara satu sama lain. Rumah kedua ibubapa kami juga dalam kampung yang sama.

Kedua-dua kami direzkikan pekerjaan anggaran sebulan setelah menerima scroll.

Aku direzkikan di Johor manakala si dia dapat pekerjaan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kami mula untuk berkomunikasi secara kerap bermula dari itu.

Bermula lah kisah percintaan kami secara jarak jauh. Kami tak pernah terfikir sebelum ini yang rakan kenalan sekampung bakal menjadi suri dihati masing-masing.

Setelah hampir 5 tahun bekerja & jumlah simpanan mencukupi, aku yakin untuk mendapatkan kebenaran dan restu dari kedua-dua belah pihak.

Alhamdulillah urusan tersebut sangat dipermudahkan, ibubapa kami boleh dikatakan rapat antara satu sama lain, sekarang boleh dikatakan bertambah akrab setelah pernikahan kami pada Mei 2021 yang lepas.

Sejak sebelum nikah kami PJJ, hinggalah setelah nikah, kami tetap berhasrat untuk dapat hidup serumah.

Hampir setahun berlalu, aku masih mencari-cari kerja di Kuala Lumpur & si dia juga masih mencari-cari kerja di Johor semata-mata untuk hidup serumah tanpa memerlukan kedua-duanya menggadaikan kerja sedia ada.

Setelah berbincang dengan isteri dan ahli keluarga (bagi aku kos sara hidup di Johor lebih tinggi dari KL), aku bersetuju untuk melepaskan kerja aku di Johor & berpindah ke Kuala Lumpur.

Hampir 2 bulan aku berpindah-pindah tempat kerja kerana memikirkan ketidaksesuaian kerja & environment yang agak toksik,

Akhirnya aku direzkikan satu company yang agak kecil tetapi sangat produktif dan teamate yang sangat supportive. Cumanya gaji terlalu rendah bagi aku.

Isteri setuju untuk aku tetap bekerja disitu atas alasan masih tiada lagi rezki kerja sesuai dengan kelayakan & kemahiran. Hiduplah kami di Kota Raya dengan gaji aku bersih 1.8k & isteriku bergaji bersih hampir 5k.

Setelah hampir 7 bulan bersama, aku mula rasa tidak selesa antara satu sama lain.

Berulang kali aku nasihatkan untuk berterus terang antara satu sama lain dan tegur sekiranya aku ada buat salah. Hampir tak pernah dengar luahan dari dia berkenaan sikap atau sifat yang ada pada diri aku yang dia tak suka.

Aku yakin dia memilih untuk pendamkan saja. Beberapa kali aku melihat beliau tarik muka atau melarikan diri bila bersama-sama aku especially dihadapan khalayak ramai.

Aku tak paham, seringkali bila ditanya, dia akan kata tiada apa-apa, bila dipaksa untuk berterus terang, dia pulak yang marah katanya aku pulak yang overthinking.

Hal-hal macam ni tak pernah berlaku semasa kami PJJ, amat ketara bila kami mula tinggal serumah.

Pada awal pernikahan tidur berpelukan, kini tidur diruangan berasingan jarang tidur bersama. Semakin lama semakin obvious, bila ditanya, dia akan kata tiada apa-apa. Boleh mental aku jadinya.

Aku tak faham apa yang dia cuba sembunyikan. 2 hari lepas kami ada event alumni persatuan yang kami join semasa zaman universiti, kami hadir bersama kemudian berpisah sepanjang program berjalan, dia hampir tiada disisi.

Bila diajak makan bersama atau gelak bersama melihat telatah alumni lain, dia akan tarik muka dan cuba untuk lari dari sisi aku. Aku jadi tak paham dah situasi yang aku lalui. Harap-harap ada nasihat dari korang semua.

Adakah dia perlukan masa sendirian atau dia ada orang lain? Aku harap aku tak overthinking.

Minggu ini aku ambil cuti sepanjang minggu balik ke kampung dan biarkan dia keseorangan di KL. Harap dia sudi ceritakan apa yang berlaku setelah ruang dan peluang yang aku bagi ni.

Jujur aku katakan, sekarang ini aku lebih rindukan zaman bercinta jarak jauh kita daripada kita hidup serumah wahai isteriku,

– Niekey (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *