Aku Rindu Si Senget

Hi. Assalamualaikum warga IIUM Confession. Aku Cik Introbet. Berusia pertengahan 20an.

Aku datang sini pun hanya ingin meluah dan meminta sedikit pandangan daripada kalian. Harap dapat beri kata-kata positif untuk aku. Ya aku rindu Si Senget. Karakter diri aku yang dulu.

Si Senget di usia remaja (zaman persekolahan), seorang yang suka berbicara. Seorang yang ceria. Mudah bergaul. Bukan sahaja dengan orang terdekat tetapi orang yang tidak kenal.

Senang cerita mudah membuat kawan. Pakcik di bustop, makcik cleaner di sekolah. Semua orang dia berbual seperti sudah berkawan lama. Semua orang ditegurnya.

Di sekolah, pantang sahaja guru memanggil untuk menerangkan/menceritakan apa yang sudah dipelajari.

Si Senget ini lah orang pertama yang angkat tangan. Semangat bercerita dihadapan kelas. Si Senget ini seorang pelajar tahap sederhana dalam pelajaran.

Karakter Si Senget juga seorang yang sentiasa positif. Jika ada masalah menganggu. Dia tidak akan fikir lama. Tidak akan sedih lama. Dia akan keseorangan untuk seketika.

Menangis dan memikirkan masalah tersebut. Jika boleh diselesaikan. Dia selesai. Jika tidak. Dia abaikan.

Malas ambil port. Malas rungsingkan fikiran. Lebih suka mencari ketenangan duduk dalam kumpulan ramai.

Karakter Si Senget juga seorang yang suka dikenali ramai. Ya di sekolah. Sebut sahaja nama Senget. Siapa saja tidak kenal. Ada dikenali dengan cerita buruk. Ada cerita baik. Semua berbalik pada si mulut pencerita.

Suka bekerja dalam kumpulan. Tidak takut memberi idea. Selalunya idea-idea dia akan diterima oleh kawan-kawan kumpulannya. Kalau boleh setiap aktiviti kumpulan. Dialah volunteer mahu jadi ketua.

Si Senget juga tidak suka duduk seorang diri. Seorang yang aktif hiking. Suka berjalan-jalan. Ada saja aktiviti di kepala. Kawan-kawan jadi peneman. Setiap minggu, ada sahaja aktiviti ingin dilakukan.

Seingat aku, karakter Si Senget ini mula terhakis sikit demi sedikit ketika aku berusia akhir 16 tahun.

Selepas aku break up dengan teman monyetku (cinta kera hahaha). Aku menjadi tidak lalu makan. Suka menyendiri. Melayan perasaan. Duduk di bilik. Jadi berhati hati untuk kenal orang.

Dari situ aku sedar, aku mula menjadi seorang yang suka berfikir. Berfikir sedalam-dalamnya. Mudah terasa hati. Mudah sentap. Kadang terfikir orang bercakap buruk di belakang aku. (Padahal tiada pun).

Aku banyak habiskan masa di rumah. Dengan keluarga. Aku Okay. Banyak waktu aku dengan keluarga. Kawan? Hanya 2 3 orang. Yang mana aku selesa. Aku berkawan.

Ketika berusia 17 tahun. Aku mula ubah diri. Kurang bergaul dengan lelaki. Bahkan dengan orang tidak dikenali pun. Aku hanya memandangkan kosong. Karakter berubah. Hanya bercakap jika perlu. Jika ingin bercerita juga memilih kawan.

Karakter Si Introbet ni sehingga lah aku sudah habis belajar. Aku tak suka sebenarnya. Karakter ni buat aku rasa macam diri aku bodoh! Tak berguna! Aku cuba ubah. Tapi hanya seketika. Jadi kembali.

Aku lebih suka melakukan aktiviti di dalam rumah. Perangai aku. Hanya keluarga saja yang tahu.

Mulut bising aku, pengacau adikbradik, buat keluarga ketawa dengan lawak bodoh aku. Itu semua hanya dirumah. Diluar rumah. Aku Si Introbet. Pendiam. Tidak banyak bercakap.

(Hanya banyak bercakap dengan orang yang sudah selesa atau rapat). Jika ada makcik makcik yang menegur. Hanya senyum dan membalas sepatah dua sahaja. Tidak seperti karakter Si Senget. Ada saja topik ajak berbual.

Bayangkan nak order makanan sahaja. Minta tolong kawan. Kadang nak pergi order pun. Kena kumpul kekuatan atau tenaga nak bercakap. Dalam otak, bersusun ayat nak order nasi ayam 1 teh ais 1.

Simple saja. Tapi karakter Si Introbet aku ni payahkan diri aku. Selalu fikirkan apa orang fikir tentang diri aku. Padahal realitinya tiada apa apa. Ya aku sedar semua tu.

Dan semakin teruk, bila aku sudah habis belajar. Aku cuba untuk mencari kerja. Jika ada company email untuk iv.

Aku mula rasa gelabah. Bila pihak company call atau videocall. Aku hanya pandang kosong pada skrin telefon. Teruknya aku! Aku jadi takut/malas. Tetapi mahu kerja.

Pernah juga aku bercerita masalah aku kepada kawan rapat. Dia bilang “biasalah. Umur semakin meningkat. Karakter akan berubah mengikut perjalanan umur”.

Selalunya aku akan cepat rasa bersalah lepas bercakap dengan orang. Takut-takut apa yang dicakap itu salah.

Padahal tiada apa apa pun.

Aku mula sedar. Sebenarnya karakter Si Introbet wujud bilamana aku mula selesa duduk menyendiri dalam bilik.

Tetapi aku bukan seorang pemalas. Duduk dibilik tidak melakukan apa apa. Jika keluarga meminta tolong. Ringan sahaja badan menolong.

Tetapi syaratnya, pertolongan untuk hanya di dalam rumah. Jika aktiviti luar aku tidak mahu. Contohnya ke kedai. Aktiviti mengemas rumah, mengecat, melipat baju. Serah saja pada aku.

Tetapi aku bukanlah sentiasa teperok di rumah saja. Cuma selesa lagi dirumah. Hujung minggu keluar bersama ahli keluarga. Ada saja aktiviti dibuat bersama kawan yang lain. Keluar (tidak terlalu kerap) bertanya khabar di medsos.

Jika aku yang perlu order makanan. Atau bercakap dengan orang luar. Selepas bercakap. Aku rasa dah buat pencapaian yang besar. Rasa bangga dengan diri sendiri. Rasa dah keluar dari kepompong. Pelikkan.

Kelebihan karakter Si Introbet ni, aku jadi suka memerhati keadaan sekeliling. Melihat cara orang bercakap. Kadang aku boleh tahu.

Seseorang tu jenis suka bercakap bohong atau sedang dalam masalah. Kawan aku bilang, aku ni seorang yang pandai beri nasihat.

Nasihat itu related dengan masalah yang dihadapi. Kadang dengan mendengar mereka berbicara atau melihat aktiviti seharian mereka.

Aku dapat teka apa yang sebenarnya mereka hadapi. Selalunya bila aku berkias tentang perkara itu, mereka sendiri akan bercerita.

Maknanya betul lah. Hahaha.

Cuma itulah, mainpoint dia sebenarnya keyakinan diri tu kurang. Atau rendah sangat sangat. Terlalu fikir apa yang orang anggap tentang diri aku. Aku sedar semua tu. Solusinya aku tak berapa nampak. Bantuin aku.

Tambah sekarang ni aku difasa mencari kerja. Cinta hati itu aku ada. Tapi dia pun masih terumbang- ambing. Aku pun terkontang-kanting.

Malas fikir lagi soal kahwin. Hanya perlu perbaiki diri sahaja untuk masa ini.

Semoga kata-kata kalian dapat membuka tempurung yang terlekup di pemikiran aku ini.

Terima kasih. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kalian.

Yang dirindui,

Si Senget/Si Introbet

– Cik Introbet (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *