Aku Rindu Tapi Penat

Aku rindu tapi aku penat.. Sebelum tu, aku perkenalkan diri aku dulu, nama aku Nad, aku beumur 30 tahun ni..

Kenapa tajuk aku macam tu..? sebab ini yang aku tengah rasa sekarang, aku rindu dengan Y tapi aku penat dengan perangai nonchalant dia.

Bermula perkenalan aku dengan Y melalui aplikasi dating. Masa aku mula2 chat dengan Y memang dia jenis sepatah-patah je.. Tanya sepatah jawab sepatah.. Chat pun pendek2 je..

Chat dia akan jadi panjang bila dengan tengah marah atau tak puas hati dengan aku. Tapi sekarang ni dia banyak buat silent treatment aku katanya tak nak gaduh.

Padahal aku bukan nak cari gaduh cuma aku macam terasa dengan sikap dia..

Aku tak tahu nak meluah dekat siapa, sekarang ni dah nak dekat seminggu dia silent treatment aku dan aku pun tak ada chat dia sebab biasanya dia yang memang chat aku dulu.

Y ni jenis bagi aku baik je.. Jenis fikir masa depan, dia tahu apa yang dia nak, dia ada plan, dan aku nampak dia jenis workaholic sangat.. Memang jenis rajin dan jenis pemalu.

Asbab aku berkenan dengan Y ni pun sebab muka dia nampak bersih dan nampak baik dan masa kenal dengan Y ni memang dia baik sangat..

Kenal dengan aku dalam 6 bulan macam tu, dia jumpa mak ayah aku walaupun dia ni jenis pemalu, dan dia memang rancang nak kahwin dengan aku..

Aku perempuan pertama yang Y pergi jumpa mak dan ayah pihak perempuan. Pergi jumpa untuk kenal-kenal dengan mak ayah aku la..

Walaupun dia busy dia still balas mesej aku walaupun mesej dia tu jenis sepatah-patah, tapi dia still balas..

Penat aku dengan dia ni sebab dia jenis yang tak pandai bersosial, kalau nak keluar dating ke apa ke, aku yang kena ajak dulu, sebab kalau dia semua tak tahu..

Hari tu pun dia pergi rumah mak ayah aku tak ada bawak buah tangan, lepas tu mula laa mak aku duk perli2 cakap tak ada beli apa.

Memang nampak Y ni jenis kurang bersosial sikit sebab cuti memang dia kat rumah je.. Tidur bangun tidur bangun, hari kerja dia kerjalah..

Aku pun kurang tahu sebenarnya nak keluar kat mana,

Tapi dari pengalaman aku keluar dengan kawan lelaki aku yang sebelum ni, aku just duduk je sebelah pemandu tu, dia yang akan cari tempat mana nak pergi, tempat mana nak makan, nak suh aku makan apa.. Semua dia yang carikan dan aku hanya ikut sahaja..

Dan aku pun jenis yang simple je, kalau orang tanya aku nak makan apa, aku jawab je apa aku nak makan.

Tapi bila dengan Y semua aku kenal ajak dan usulkan nak pergi mana, makan apa.. Pulak tu keluar dengan dia kena buat planning bagai sebab dia cakap dia sibuk dan kena tengok masa waktu duit semua.

Satu lagi dengan perangai si Y ni dia dia jenis berkira sikit bab duit, kalau keluar makan nak yang paling murah je, dan kena makanan yang dia biasa makan,

kalau makanan korea semua tu memang dia tak pernah makan sebab dia cakap mahal dan nak berjimat. Tapi kalau aku beli guna duit aku, dia makan jugak sampai habis..

Entahlah.. Aku sayang tapi aku penat nak hadap perangai dia, ni belum kahwin lagi baru kenal2 jaa.

Tapi aku dah rasa burn out sebab semua benda aku je yang beria dan dia jenis ikut je, alasan yang dia selalu bagi dekat aku, dia tak tahu. Hmmm,, tak tahu boleh belajarkan?

Ni aku dah banyak kali makan hati dan lama2 perasaan aku dekat dia dah makin kurang.

Aku sekarang tengah nak cari lelaki yang betul serius dan bagi effort sama cam aku bagi dekat dia sebab aku tak nak nampak aku yang beria. Doakan aku jumpa lelaki yang boleh di buat suami..

Ke sebenarnya Y tu okey je? Adakah aku terlebih expectation?

– NAD (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Aku ada bekas abang ipar. Jenis muka baik tk banyak cakap. Nampak sopan santun. Lepas kahwin dengan kakak aku, perangai pemalas, tak pandai komunikasi, takda basic common sense semua keluar. Tak tahu mana priority. Elok kerja bagus gaji besar berenti jual kicap terpengaruh dengan kawan². Jadi biawak hidup beberapa tahun. Anak di abaikan. Jadi carilah pasangan pandai communicate. Dari situ boleh judge wataknya

  2. Nasihat saya, tak payah la kahwin dengan dia dik. Nantikan dah kahwin awk yg seksa kalau jenis yg suka silent treatment ni. Sy cakap sbb suami sy begini la, tolak pemalu tu. Penat dik. Sy dah tahap mental dah kadang bila dia silent treatment kan saya. Kadang tak bertegur berminggu. Ni cerita bila dah kahwin ni, dah serumah. Sy sedih, penat, stress. Awk boleh memilih, pilih la lelaki yg normal sahaja. Sy tak boleh undur masa dah, ini takdir hidup sy. Sungguh sy rasa will I be sad forever?

  3. Tolak pemalu, silent treatment tu sbb husband sy takkan bagi silent treatment. Tapi dia jenis semua benda sy yg jadi mastermind esp bila berjalan/holiday.sy akan susun iti, pakaian, makan minum, hotel semua lah..dia folo je sbb katanya kalo dia yg susun takot sy xberkenan..dari bergaduh better dia folo je plan sy..lama2 jd fedup gak, nak jugak dia yg plan semua tapi camtu gak dia so sy redha. husband sy kinda introvert n awal2 dulu xpandai makan hipster/fastood.kita ajar so lama2 ok. Tp bab kerja rumah tiptop!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *