Aku Sakit

Aku ni baru je nak masuk fasa 20-an. Betullah orang kata dalam usia kau 17, 18, 19 dan 20+ ni pelbagai cabaran yang datang. Macam aku.

Aku ni tak lah pandai. Tak la tak pandai. Atas-atas pagar je dalam pelajaran.

Aku sebenarnya tak tahu nak mula dari mana tentang kejatuhan aku tiap kali aku ada niat nak sambung belajar. Rasa sakit tak berdarah ni kadang buat otak waras aku ni macam nak gila dah. Macam ni.

Keputusan SPM aku cukup-cukup makan la semua aku kaut dari A sampai D semua ada. Aku SPM dalam covid-19. Masa masih bergelar pelajar tingkatan 5 aku dah pasang niat nak sambung tingkatan 6.

Lepas habis SPM ye betul aku sambung tingkatan 6. Tapi benda tu berlaku jauh daripada apa yang aku bayangkan. Dalam keadaan covid masa tu.

Aku kena belajar online. Syukur masa tu abang aku mula berminat untuk pasang wifi. Jadi mudah la kerja aku dekat situ.

Aku ingatkan dekat situ je susahnya. Tapi rupanya cabaran aku bersambung lagi. Kakak aku balik berpantang.

Aku ni bukan orang senang ramai adik beradik tapi bilik hanya ada 3 je. Yang itu aku tak kesah. Pada mulanya semua okey lagi.

Cabaran kian kuat bila abang aku di sahkan positif covid. Keadaan di rumah kian tegang. Tapi masa ni aku masih lagi boleh belajar dengan tenang walaupun aku masa ni pun demam juga.

Bila abang aku yang kena covid tu balik rumah. Mak aku suruh aku pindah bilik duduk bilik kakak aku yang ibu tunggal anak 2. Masa ni la aku mula rasa tertekan.

Tertekan sangat-sangat. Aku bukan tertekan sebab belajar tapi tak ada tempat nak belajar dengan tenang. Anak saudara aku tu asyik gaduh je.

Mak dia atau mak aku tak cakap apa-apa pun. Aku masa tu rasa nak gila. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana masa tu.

Kau seorang pelajar yang perlu masuk kelas hari-hari. Kelas online lepastu tak boleh nak fokus sebab bising. Aku tak de tempat yang tak bising dalam rumah tu.

Itu satu hal. Hal lain pulak, abang aku lepas balik dari kuarantin benda lain pulak jadi. Lepas satu, satu penyakit datang dekat dia.

Lepas satu, satu klinik pergi. Tapi doktor cakap tak de apa pun gastrik je. Tu dekat klinik doktor cakap.

Balik rumah meracau tak sudah macam orang hestiria. Yang penat mak ayah aku. Tak tidur diorang malam sebab abang aku meracau tak sudah.

Sampai last-last pergi jumpa ustaz dan perubat tradisional. Masih sama. Sampai kakak aku yang dalam pantang tu bad mood lepastu balik rumah dia.

Lepas tu sebab abang aku macam tu ayah aku tak kerja. Lama la dia tak kerja. Ayah aku gaji hari kalau tak kerja tak de la gaji.

Lepas tu kelas online dah nak habis. Dalam 3 hari cikgu bagi tahu ahad depan akan bermula kelas bersemuka. Kau bayangkan dalam 3 hari apa je mampu aku persiapkan.

Dengan baju kurung tak de. Kasut tak de. Beg sekolah xde.

Beg lama aku tu kena rembat dekat kakak aku. Dengan aku fikir duit tak de. Ayah aku tak kerja.

Dekat rumah masa tu makan apa yang ada je. Aku buntu jalan mana perlu aku pilih teruskan atau pun tak. Lama aku fikir.

Last-last aku buat keputusan yang aku fikir dengan keputusan ni aku tak susahkan mak ayah aku. Aku cakap dekat mak aku. Aku cakap dekat dia aku tak boleh nak faham apa yang aku blajar.

Aku cakap aku tak boleh nak tangkap pelajaran tu. Aku cakap susah la aku tak boleh nak ikut. Lepastu aku tambah sekadar nak sedapkan hati aku sebenarnya aku cakap sambung tingkatan 6 ni untuk masuk universiti je bukan untuk kerja pun.

Kalau masuk U pun bukan boleh kerja elok-elok pun. Kadang menganggur jugak. Sebab aku cakap macam tu aku ada contoh macam kakak aku masuk U tapi tak boleh kerja dengan degree dia tu.

Jadi mak aku pun cakap. Okey la. Kalau tu keputusan aku.

Aku pun mesej cikgu cakap aku nak berhenti sebab tak boleh nak tangkap pelajaran tu. Lepastu rasmi la aku bukan pelajar tingkatan 6. Abang aku persoalkan kenapa berhenti dia cakap rugi aku berhenti.

Sedangkan dia tak faham perasaan aku. Keadaan yang tersepit. Aku cakap dekat dia aku kesian dekat ayah aku.

Ayah aku dah nak masuk umur warga emas tapi tetap lagi bekerja. Kalau tak kerja keluarga aku nak makan apa. Anak ramai pun.

Tak de sorang pun yang kerja elok. Ada anak perempuan semua dah kahwin ada komitmen sendiri. Aku bongsu.

Satu cerai ayah aku juga kena jadi driver sebab dia tak pandai motor atau kereta. Dalam fikiran aku time tu, aku stop fikir fasal belajar. Aku tak nak susahkan ayah aku.

Kawan aku dekat rumah ada kerja kilang, aku bincang dengan mak aku. Mak aku cakap boleh la pergi kerja dengan dia. Aku pun on la.

Bila semua dah di atur. Kawan aku cakap besok dah boleh pergi. Tiba-tiba.

Abang aku cakap nak pergi dengan siapa. Mak aku cakap la. Aku akan pergi dengan kawan aku tu.

Abang aku balas memang betul ke masa diorang pergi balik tu masa sama. Kalau diorang balik tak sama siapa nak ambik dia. Jadi nya abang aku.

Tak sanggup la nak ambik aku kalau aku balik tak sama dengan kawan aku tu. Memang kawan aku cakap kerja dekat situ memang akan ada la masa kita orang tak sama balik. Kalau over time balik sampai pukul 10 malam.

Time ni aku down sangat. Aku rasa hidup aku ni menyusahkan orang. Aku pun tak pandai motor atau kereta jugak.

Kena bergantung pada orang untuk pergi mana. Aku nangis dan cakap dekat mak ayah aku. Aku tak mampu nak jadi macam orang lain.

Aku lemah aku tak kuat. Lepas semua ni reda. Aku buang dalam kepala aku untuk kerja sebab aku akan menyusahkan orang.

Tapi dalam masa yang berjalan bulan berganti bulan. Aku ada gaduh dengan abang aku yang kena covid tu. Dia cakap nak buat lesen motor.

Baru boleh keluar kerja. Aku saja je cakap dekat dia kalau nak buat lesen pun sekurangnya naik la motor tu pusing-pusing kampung. Sebab dia tak naik motor sangat pun.

Jarang sekali naik motor. Konong katanya takut kena saman. Aku cakap dekat dia lagi nak buat lesen moto macam mana naik motor pun bergoyang lagi.

Dia pun terus naik angin. Dia bandingkan aku dengan kawan aku yang aku nak pergi kerja sekali tu. Dia cakap yang aku pun tak pandai motor juga.

Aku mengaku memang aku tak pandai motor dalam proses blajar. Dia cakap belajar apa lama tengok dia tu. Boleh je pergi kerja naik motor dekat jalan raya.

Dia cakap dekat aku lagi aku ni malas belajar. Tak sambung belajar tahu nak duduk rumah je tidur lepastu pemalas. Aku pun apa lagi balas la balik dia pun tak sambung belajar juga tahu duk rumah jugak.

Dia cakap dia tak sambung belajar sebab tak pandai english. Aku pun balas aku pun tak pandai juga english. Dia cakap dia tak pandai langsung sekurangnya aku boleh.

Boleh mende dia tak tahu pun aku ni macam mana. Aku time sekolah fokus la macam mana pun kelas english aku tak faham. Aku ni otak slow kalau english.

Lepas kita orang gaduh tu. Aku nangis sebab aku terasa bila dia bandingkan aku dengan orang lain. Time ni perasaan aku sensitif sangat bila orang sentuh fasal belajar.

Sebab aku berhenti tingkatan 6 tu sebab situasi yang menekan. Aku masuk bilik mak aku pun masuk nak solat. Mak aku marah aku.

Dia cakap jangan lawan cakap dengan abang aku sebab mak aku cakap abang aku tak sihat. Dia takut kalau jadi macam dulu dia yang penat kalau abang aku meracau malam-malam. Aku pendam-pendam.

Aku cakap dekat diri. Aku tak ada hak nak bela diri lebih baik aku diam. Bila bersuara aku juga yang kena.

Time ni aku fasal down down gila. Sampai aku buat keputusan sakitkan diri aku untuk redakan sakit dekat hati. Tiap kali aku mandi aku akan nangis.

Dinding batu dalam tandas tu aku tumbuk sampai tangan aku luka. Sakit tu memang sakit tapi sakit dekat tangan ni tak sesakit hati aku. Situasi tu berlaku dalam 1 ke 2 bulan juga la.

Aku cuba positifkan diri aku. Aku buang segala negatif yang ada dalam otak aku. Aku duduk rumah tolang mak aku masak.

Tolong masak je. Benda lain aku malas. Kadang-kadang basuh pinggan.

Tapi memasak memang wajib tolong. Kalau mak aku tak sihat aku la masak. Tapi tak sesedap mak aku la.

Aku bukannya pandai masak. Hari-hari berlalu abang aku yang lain konong datang nak cakap. Di cakap di menyesal tak sambung belajar dulu.

Dia cakap la dekat aku. Aku masih ada peluang. Aku cakap dekat dia aku tak pandai.

Dia cakap masuk la kemahiran. Okey datang pula tekat untuk aku sambung belajar. Aku cakap dekat mak aku.

Aku nak sambung giatmara. Okey aku mohon. Aku dah cakap dekat mak aku.

Giatmara ni paling dekat dengan rumah. Ada lagi dekat tapi tak de kursus yang aku nak. Giatmara ni tak sediakan asrama.

Kena duduk rumah sewa la. Abang aku pulak boleh dia cakap. Kenapa mintak yang jauh.

Kau tahu tak perasaan aku apa time tu. Hampa kecewa. Aku baru cipta semangat baru.

Dia downkan balik. Aku pun fikir balik. Dah kalau menyusahkan baik tak payah la.

Last aku cakap dekat dia. Dah ni paling dekat. Aku mohon je pergi atau tak.

Tu dah lain. Last-last aku memang tak pergi. Kuburkan macam tu je.

Semangat aku pun time ni down. Aku kalau down 3 atau 4 hari aku perlukan untuk think positif. Naik kan balik semangat.

Fasa ni la orang dalam rumah aku tak pernah faham. Bila aku diam mak aku mula la marah. Cakap aku tak fasal-fasal nak marah.

Terpaksa aku senyum dalam sakit. Plastik tahu tak plastik. Aku terpaksa.

Hari sentiasa ke depan. Dekat tempat akak aku kerja tu ada buka kursus. Ni satu-satu apa yang aku harap jadi.

Memang jadi. Tapi sebelum pergi tu macam-macam dah jadi. Aku ni tak pandai apa-apa untuk trasport aku pergi.

Aku cuma tunggu dari mulut orang yang boleh aku bergantung harap akan hantar aku pergi dan ambik aku balik. Tapi susah ayat tu nak keluar. Aku ni manja mudah terasa, sensitif, mudah menangis.

Hari tu pun hampir-hampir tak jadi. Aku cakap dekat mak aku kalau susah sangat tak payah la pergi. Mak aku cakap dia dah tak nak tengok aku dekat rumah.

Dia nak tengok aku pergi jugak. Ye lepas berlaku pertengkaran malam tu sikit. Esok tu aku pergi juga.

Abang aku hantar. Krusus tu ambik masa 3 bulan. Tak lama sangat.

Kalu jadi apa-apa boleh tahan lagi. Masalah aku cuma satu je time ni transportation. Aku pun kesian dengan abang aku yang ni.

Dia lah yang selalu ambik aku time sekolah dulu. Lepastu tambah pula kena jadi driver dekat anak buah aku. Yang ada bapak yang tak bertanggungjawab.

Lepas kakak aku cerai. Time anak buah aku sekolah tadika sampai darjah 6 tak pernah pun datang. Abang aku la yang pergi ambik time balik.

Time hantar ayah aku. Takde anak kecik. Jaga cucu pulak.

Aihhh. Jadi dia kena pergi ambik banyak kali la. Ambik anak buah aku sekolah dulu.

Lepastu baru aku. Aku diam je time tu tunggu masa 3 bulan tu habis. Lepas habis lega rasa.

Pergi kursus tu seronok ramai kawan baru. Tapi tu la. Tak enjoy sangat sebab macam-macam dalam kepala.

Lepas habis kursus tu aku ada plan baru. Aku cakap dekat mak aku. Aku nak nak sambung kolej komuniti.

Sebab pada mula aku fikir aku nak lengkapkan aku yang aku blajar dalam kursus tu. Aku cari info tentang kolej komuniti dalam google, youtube dan facebook. Dorang cakap yuran dia RM200 je.

Aku pun semangat la sebab dengar murah. Walaupun tak sediakan asrama kena sewa rumah. Aku cakap dekat mak aku fasal tu.

Mak aku cakap okey. Cuba la mohon. Dalam nak mohon tu.

Aku dapat email daripada SPA yang aku lulus exam hari tu setelah sekian lama aku ambik exam selalu gagal. Dan akan pergi untuk interview. Aku pon letak tepi dulu niat nak sambung kolej komuniti.

Aku persiap apa yang patut untuk interview tu. Nak kata semangat tak semangat. Belum dapat tarikh untuk ke interview tu.

Aku dah cari bahan bacaan tentang jawatan tu. Masuk group catat itu ini. Bila dapat tarikh tunggu hafal je.

Sebab bahan dah ada. Bila sampai tarikh untuk interview tu. Aku pergi dengan berpura-pura tenang.

Walaupun jantung tak duduk diam. Bila nombor aku dah tertera dekat skrin aku masuk ke bilik interview. Dalam kepala dah terbayang apa yang dah aku practice dekat rumah.

Cara masuk. Cara duduk. Cara cakap.

Pergerakan tangan. Tapi bila masuk diri ni tak seiring dengan kepala. Jadi canggung.

Mungkin sebab first time kok. Tangan lupa nak gerakkan sikit. Bukan duduk macam patung.

Bila panel ada gelak-gelak dengan jawapan saya. Dan panel tanya dua kali soalan sama betulke berminat. Ingatkan itu kalau positif.

Lepas keluar rasa lega. Sememangnya daripada mula dapat tahu boleh pergi interview tu. Aku dah cakap pada diri boleh atau tak tak pe sekuranya aku dah cuba.

Memang itu aku letak pada diri. Dan aku ada plan B kalau tak lulus. Dalam tunggu keputusan.

Ada sorang ni dia datang rumah. Orang ni memang suka banding-banding kan anak dia dengan aku. Dia datang konongnya nak tanya aku.

Aku nak tak pergi cari kerja dengan anak dia. Nak kerja sebelum tunggu dapat sijil diploma dia tu. Mak aku ni tak minat dekat dia sebab suka nak tunjuk-tunjuk anak dia hebat.

Mak aku pula pergi balas cakap aku nk jadi dah tahun depan (jawatan yg aku iv tu). Dia pon balas. Bagusla kalu dapat ada la yang jadi orang kerajaan.

Aku time tu tak suka la mak aku cakap macam tu. Sebab keputusan tak tahu lagi. Lepas orang tu balik.

Mak aku sambung lagi dia bebel-bebel. Biasalah mak kan mana boleh tengok atau dengar orang nak jatuhkan anak dia. Mak aku sambung lagi ayat yang bagi kesan pada aku dia cakap.

Dia yakin aku lulus. Bila dengar macam tu. Hati aku terdetik mak aku nak tengok aku berjaya.

Boleh bantu dia. Jadi harapan aku untuk interview tu yang aku letak dekat bawah. Aku angkat dan pegang.

Sekali lagi aku kecewa bila keputusan yang aku dapat tu gagal. Aku rasa macam kenapa. Kenapa.

Tiap kali berda aku berharap aku dapat aku tak dapat. Niat aku cuma satu nak berjaya macam orang lain. Nak jadi kuat.

Nak tolong mak ayah aku. Aku kalau boleh dah tak nak tengok ayah aku kerja penat. Nak suruh dia rehat je.

Tapi aku tak mampu. Sekali lagi aku rasa aku anak tak guna. Membebankan mak ayah aku je.

Aku nangis satu hari tu. Aku tak mampu nak tahan air mata. Aku bukan kecewakan diri aku je.

Aku kecewakan mak ayah aku. Aku ambik balik semangat yang dah bergolek tu. Aku mula bergerak untuk plan B aku.

Lepas interview ari tu aku mohon kolej komuniti. Aku pun mesej dekat facebook kolej komuniti tu aku tanya dia. Berapa bayaran rumah sewa dia cakap RM100 sebulan.

Aku dah termenung dah. Lepas berapa hari aku mesej lagi yuran untuk pelajar baru berapa dia cakap sediakan RM2000 terus turn off aku dengar. Aku pun diam dekat situ.

Aku cakap dekat mak aku. Mak aku cakap tak payah la mahal. Mana nak ambil duit.

Tu la.. Kalau dah masuk kena beli laptop, alatan, baju, sewa, makan, macam-macam lagi la.

Dalam diam aku pendam. Biarlah semua tu terkubur. Terkubur dengan perasaan aku sekarang.

Dah berapa kali hati perasaan aku naik turun hanya sebab benda ni. Aku ni orang tak mampu. Dengan zaman sekarang ekonomi meningkat.

Duit dalam segala hal. Sebab duit dan tidak kemampuan diri ini la. Aku terpaksa kubur tentang belajar atau kerja.

Sejujurnya aku rasa. Aku ni banyak dosa sangat ke. Sampai Allah tak pernah nak makbulkan apa yang aku nak.

Siapa-siapa. Tolong la bagi tahu saya macam mana nak jadi kuat. Nak yakin dengan diri.

Macam mana nak jadi seorang perempuan yang mampu berdiri dengan kaki sendiri. Saya tidak di ajar berdikari dari kecil. Mak saya seorang yang kadang saya rasa dia risau tak bertempat.

Bila tangan ni selalu di pegang bila nak berjalan. Tiba-tiba dia lepas macam tu je. Macam mana nak berdikari.

Sesiapa tolong la saya. Tolong saya jadi kuat.

Tolong saya jadi orang yang tak mudah sikit-sikit nak nangis. Jadi orang yang fikir diri sendiri dulu dari orang lain. Sesiapa pun berila saya kata semangat.

Atau cara nak keluar dari kepompong hidup ni. Saya nak jadi anak yang mampu bagi kebahagian dan kesenangan untuk mak ayah saya. Jadi anak yang mampu bangga kan diorang.. Tolong.. Tolong..

– Cik Heart (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sabar dik… takpe kalau kewangan x stabil, jangan sambung belajar dulu.. cari kerja simpan duit sikit2 ambik lesen memandu, belajar bawak motor ke dulu pon xpe.. practice selalu.. mula2 memang susah.. lama2 ok la… Mulakan step by step.. sikit2 perlahan2..jangan terlampau salahkan diri.. xpe mulakan kerja walau dengan spm sahaja..cari kerja yg ada asrama.. atau rumah sewa yg berdekatan ngan tempat kerja..atau ada kemudahan pengangkutan awam..jangan malu kerja apa sahaja asal halal.. mulakan langkah…insyallah tuhan bukakan jalanNya.. semoga dimurahkan rezeki…ada org yg sy kenal, belajar takat SPM je, mula keje dr bawah.. still boleh berjaya.. mulakan satu satu perlahan lahan

  2. Banyakkan bersabar ya dik. Allah uji awak sebab Allah tahu awak mampu. InshaAllah ada kesenangan lepas ni. Cari tempat kerja yang boleh naik bas etc. “The first step is always the hardest”. Doa banyak-banyak biar Allah permudahkan urusan awak dan dibukakan hati abang dan family awak untuk support awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *