Nama aku Stoberi. Aku isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Bekerja makan gaji. Suami aku kerja kerajaan di bahagian pengurusan.
Kehidupan sederhana tapi kalau nampak mewah pun, luaran sahaja atau suami aku je yang nampak banyak harta.
Aku tergerak untuk menulis di sini sebab ada satu hari aku terbaca luahan seorang isteri yang berfantasi hanya kerana luahannya tak di dengari suami.
Ya. Aku pun sama. Dulu aku seorang yang lincah, happy go lucky, kawan aku ramai, tak kira perempuan atau lelaki semua suka berkawan dengan aku. Aku suka bersukan, jalan-jalan dan tak suka duduk di rumah.
Tapi saban tahun aku semakin berubah sejak berkahwin dengan suami.
Kami dah berkahwin hampir 10 tahun. Tahun pertama sehingga lahirnya anak yang pertama tahun berikutnya adalah tahun yang paling bahagia buat aku.
Masuk tahun ketiga, suami mula menipu berkali kali kepada aku dan selalu guna alasan kerja dan cari duit lebih untuk berfoya foya.
Perkara berterusan sehingga aku mengandung anak ketiga pada tahun ke 7. Sabar aku kan?
Memang sabar lah, sebab duit tak pernah putus, suami sentiasa bagi nafkah cukup dan pada waktu tu pun aku ada kerjaya yang bagus, gaji yang bagus dan lebih sikit dari suami.
Betul betul sebelum anak ketiga lahir, ada tragedi menimpa kami sekeluarga yang menyebabkan suami insaf dengan kelakuan dia. Aku lega pada awalnya, tapi lama kelamaan aku perasaan ada perkara lain turut berubah.
Dulu suami selalunya tiada di rumah. Jadi aku selalu meluah kalau ada apa apa di dalam telefon, atau bila dia ada di rumah, dia akan jawab dengan respon yang baik.
Tapi selalunya jarang sangat nak berkongsi apa apa sebab aku memang independent.
Tapi sejak 3 tahun yang lepas, aku terasa semakin hilang diri aku sendiri di samping suami. Aku ingatkan bila dia selalu ada dengan keluarga, lebih banyak aku dapat berkongsi dengan dia. Tapi tak.
Bila aku ada perkara yang gembira tentang kerja, dia dengar, tapi langsung tak nampak gembira untuk aku.
Aku dapat naik gaji atau diberi pujian, respon dia cuma “ok lah tu”.
Oh lupa nak bagitahu, sejak 3 tahun lepas juga aku bertukar kerja atas nasihat suami. Suami minta aku kerja dekat dengan rumah supaya senang handle keluarga.
Tapi berbanding dengan kerjaya dulu, gaji aku turun jauh, sama juga dengan pangkat. Aku ok, sebab suami tak pernah culas bagi nafkah.
Gaji aku masih cukup untuk aku selesaikan komitmen sendiri dan menyimpan.
Suami tahu aku seorang yang mengejar untuk mendaki tangga kerjaya. Sebab aku selalu bagitahu. Aku tahu banyak benda, aku boleh buat banyak benda, aku selalu ada idea, aku selalu boleh bantu syarikat.
Tapi sejak aku bekerja ditempat baru, aku selalu dipijak dan tak dihargai.
Aku cuba luah pada suami, tapi dia suruh bersyukur sahaja. Dia tak pernah tunjuk rasa simpati atas apa ya g jadi pada aku apatah lagi nak menyokong aku untuk berusaha.
Bila aku cuba untuk luah lebih lagi, dia kata aku kuat komplen dan tak reti bersyukur.
Itu pasal kerja. Pasal anak-anak pun sama. Apa sahaja lah teguran aku kepada anak, semua pada dia tak betul. Aku tegur anak, tapi depan anak aku kena tegur balik.
Kalau anak ke klinik atau hospital berjumpa doktor, mmg aku sahaja yang bercakap, tapi bila balik dia akan perli aku serba tahu.
Tentang keluarga aku lagi lah langsung tak boleh bercerita.
Apa apa sahaja achievement keluarga aku atau hal yang best-best tentang keluarga aku yang aku cerita, langsung takde respon. Kadang kadang tengok muka aku pun tak. Mengadap hp sahaja.
Banyak lagi perkara lain yang buat aku turn off. Tapi aku layan sahaja suami mcm biasa. Makan je sama-sama. Kalau dia nk bercakap dengan aku, aku layankan juga macam biasa.
Tapi aku sedar, aku cuma dah tak meluah pada dia. Aku dah tak cerita tentang kerja. Aku dah tak cerita apa apa tentang keluarga kecuali yang penting penting sahaja atau yang perlu melibatkan dia.
Semuanya bermula bila suatu hari yang menyedihkan lepas suami komplen tentang aku berkaitan anak.
Aku masuk bilik dan tiba tiba rindukan seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku. Aku scroll ig dia, dan entah macam mana aku mula berbual dalam minda dengan ‘dia’.
Dia pujuk aku dan tenangkan aku. Dia kata manusia memang takkan pernah bersyukur dengan apa yang dia ada, jadi biarkan shj suami tu.
Sejak dari itu, bila suami marah atau tegur je, aku akan senyap dan cuba cari ‘dia’ untuk berbual. Kadang kadang sambil lipat kain aku bercakap dengan dia. Bila bersama suami kadang kadang aku membayangkan itu dia.
Aku sedar yang semua itu cuma bayangan dan fantasi je, tapi dengan kehadiran dia aku lega. Aku jadi tak kisah bila suami tegur atau komplen apa apa pun tentang aku.
Dan aku paling happy bila suami outstation dan sentiasa tak sabar untuk tunggu suami tak ada dirumah.
Aku tau perkara ni tak betul tapi entahlah. Suami memang akan sentiasa macam tu dan aku rasa tak ada apa pun yang akan membetulkan keadaan ni kecuali suami buat hal sekali lagi.
– Stoberi stiletto (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit