Assalam & Hi. Mohon admin baik hati tolong approve saya punya confession ni. Terima kasih.
Just nak share. Aku ni sebenarnya dah lama sakit. Sakit sejak form3 sampai sekarang. Penyakit aku ni lagi teruk daripada segala penyakit yang ada kat dunia ni.
Aku ni berpenyakit was-was. Serius lah weh aku dah tak tahan sebenarnya nak tanggung penyakit ni. Was-was aku teruk sangat-sangat!
Kadang-kadang aku rasa give up dah dengan semua ni tapi sebab Allah je aku cuba sedaya upaya hari demi hari bangkit semata-mata untuk cari hikmah disebalik dugaan ini.
Bagi aku, dugaan ni ada baik dan buruknya. Baik sebab duagaan ni banyak ajar aku untuk jadi sabar, syukur dan buat aku lebih mementingkan agama daripada hal lain.
Buruknya bila aku terpaksa kuat untuk menghadap semua ni sorang-sorang dan ejekan dan cacian orang lain. Serius, sedih weh.
Aku was-was bila nak ambil wuduk, mandi wajib dan ada lagi benda lain.
Tapi was-was aku kat semua perkara ni macam makin lama makin ok sebab aku rasa Allah tanamkan sedikit demi sedikit perasaan confidence dalam diri aku berdasarkan beberapa ilmu yang dah aku pelajari. In shaa Allah. Sebab aku dah belajar pun kadang-kadang aku confiuse.
Aku paling sedih bila part solat. Allahu… hanya Allah tahu segalanya. Dia tahu sakit yang aku tanggung ni macam mana pedihnya. Lagi perit daripada putus cinta tahu tak!
Gaiss, aku was-was bila time nak baca alFatihah. Allahu… kan kena baca alFatihah berlafaz cukup kita saje yang dengar alFatiah yang kita baca tu kan.
Tapi aku, bacalah macam bisik ataupun baca bersuara sikit mesti aku rasa ada je part-part ayat fatihah tu aku tak dengar.
Bila jadi macam tu mesti ah kan aku nak ulang balik part yang aku tak dengar tu. So aku kerap kali ulang-ulang baca fatihah dengan alasan ada sebahagian ayat fatihah tu aku tak dengar.
Bila aku duk ulang-ulang tiap kali solat, so orang sekeliling aku dengar la apa yang aku baca. Dorang dengar aku baca fatihah ulang-ulang.
Kadang-kadang masa tengah solat aku perasan ada orang pandang aku. Maybe dia pelik sebab aku duk ulang-ulang fatihah. Aku tak ulang surah fatihah tu dari mula just aku ulang balik ayat yang part aku tak dengar tu.
Benda ni bertambah worst bila aku kena selsema atau batuk. Hmm makin menjadi-jadi kesukaran untuk melafazkan surah fatihah ni. Masa solat subuh pon sama. Baru bangun suara kurang ada. Nasib subuh dua rakaat je.
Lagi bertambah teruk bila aku tiap kali nak baca Al-Fatihah ni aku akan rasa berdebar sebab aku tahu aku mesti baca tak betul and aku mesti ada je part-part yang akan aku tak dengar.
So sebab tu aku macam trauma dan kadang-kadang aku stress untuk solat. Aku takut satu hari nanti aku give up then tak solat langsung.
Pas solat aku kerap nangis. Doa pada Allah, tanya napeww aku jadi camni? Aku mintak kat Allah bantu aku baca fatihah dengan baik dan sempurna terutamanya semasa solat.
Aku doa, aku minta maaf pada Allah sebab fatihah aku teruk sangat. Dahlah tak khusyuk solat then baca alFatihah pun teruk. Aku takut Allah tak terima solat aku. Siapa tak takut bila Allah tak terima solat dia? Gila ke
Ibu aku banyak bagi nasihat kat aku. Ibu aku cek fatihah aku. Ibu aku kata ok je. Aku baca fatihah depan ibu aku memang lah ok. Tapi bila dalam solat, hmm serius susah.
Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku naik buntuh fikir benda ni. Satu je buat aku kuat iaitu Allah. Sebab aku yakinkan diri aku Allah sentiasa ada dengan aku. Sebab tu je weh. Aku sorang2 tapi aku tahu Allah faham sangat-sangat dengan apa yang aku alami ni.
Orang lain? Hampeh! Marah aku ada lah. Ejek aku pun ada. Sampai aku pernah menangis sebab benda ni. Tak tahan sebab dorang marah aku sebab lama sangat solat, lama sangat ambil wuduk, lama sangat dalam bilik air tu.
Allahu… aku sorang-sorang hadapi benda ni. Kadang-kadang aku tak sangka yang aku kuat untuk terima benda ni sampai sekarang.
Satu je aku nak kata. Aku tak mintak semua benda ni jadi kat aku. Aku tak nak pun solat lama sangat padahal takdelah khusyuk pon. Aku bukannya nak sangat duduk dalam bilik air tu lama-lama. Semuanya sebab was-was weh!
Korang tak tahu apa aku rasa korang boleh lah marah-marah aku ejek-ejek aku.
Bila korang kata kat aku, “Cuba lawan perasaan tu boleh tak? Jangan ikut sangat was-was tu. Syaitan tu sebenarnya!”
“Lily (nama samaran) cepat sikit solat tu. Kau tu dahlah solat setahun.” “Lily, p mandi dulu. Kau tu mandi terhegeh-hegeh nak siap.” “Lily, pergi amek wuduk dulu. Awak tu dahlah amek wudhuk berjam-jam.”
Allahu, sakit sangat dengar semua ni. Rasa macam disindir banyak kali. Dorang suruh aku berubah. Padahal dorang tak tahu aku sedang berubah tiap hari!
Aku berusah lawan sakit ni tiap masa! Dorang apa tahu? Dorang ejek aku marah aku sindir aku macam-macam ingat aku ni memang suka ke dengan semua benda ni? Gila ke apa? Orang gila pun tak suka benda was-was ni la. Syaitan je suka. Memang nak mati setan ni suka kacau aku bab-bab macam ni.
Tapi takpe. Aku masih mampu bertahan sebab Allah. Aku bukan berlagak alim ke apa. Tapi serius aku kata, aku masih kuat sebab Allah je.
Aku fikir Allah dengar apa yang aku luahkan kat Dia dan yang paling penting Allah je rasa apa yang aku rasa. Takde manusia faham apa yang aku alami ni. Sebab dorang pandai cakap tapi dorang takkan pernah rasa.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam. I pun pernah was-was dulu. I was-was part kentut. Can you imagine i boleh katakan solat 3 kali untuk every prayer? Contoh: solat zuhur 3 kali, asar pun rasa terkentut jugak, so solat 3 kali.. i rasa lebih daripada solat terawih dah rakaat dia. My family punya support is really helpful. They advised me a lot. Antara yg i buat adalah, i fikir macam ni.. okay i nak solat maximum dua kali je untuk satu waktu solat (kira okay laa daripada 3 kali kan).. then lama2, i solat satu waktu, sekali je. Point dia, you kena buat DONNO je. U doa je, ya Allah terima lah ibadah aku. That is enough. Do not let the syaitan win okay. You boleh buat bebbbb.
Adik hugs for you. Tapi nak bgtau tau kalau sampai was-was tu dah menganggu dan memberi kesan yang besar pada hidup awak itu tandanya was-was dah bukan ditahap normal dan perlukan bantuan professional. Boleh pergi ke klinik kesihatan berdekatan dan bagitau Doktor masalah awak ni. Lama dah awak hidup dalam keadaan ni & sampai bila kan nak biarkan je. So please reach for help ya.
Memang betul was-was ni mainan syaitan.. Syaitan akan cuba hasut kita melalui apa cara sekalipun. Dalam hal ni syaitan cuba hasut supaya jadi makin kurang keyakinan dalam diri, tidak bersangka baik dengan Allah, bazir masa dan sumber (ambil masa lama di bilik air dan membazir air. Syaitan suka pembaziran) dan menjejaskan hubungan dengan manusia lain (orang marah sebab dorang pun nak guna bilik air .. Selain jaga hubungan dengan Allah, kena jaga hubungan sesama manusia juga. Hablum minallah hablum minannas ).
Islam anjurkan umatnya untuk bersederhana.. Kalau dah solat sampai 3 kali untuk 1 waktu maknanya dah berlebih-lebihan. Allah maha penyayang maha mengasihani, Dia tau kemampuan kita macam mana. Contoh seperti bacaan, kalau kita dah usaha belajar sebutan dan makhraj tapi still macam tak berapa nak betul walaupun dah praktis berkali kali bertahun-tahun, mungkin itulah limit kemampuan kita. Macam ada orang lidah pendek sebutan huruf arab tak berapa nak cantik, cuba macam mana pun memang susah. Tapi takkan kita nak kata bacaan dia Allah tak terima? Macam ada setengah bangsa (contoh cina muslim/mualaf) memang bila baca quran/arab akan jadi pelat sikit, jadi bacaan solat pun jadi pelat. Takkan kita nak kata Allah tak terima? Berapa ramai orang islam di dunia ni yang bukan keturunan arab yang ‘pelat’ bercakap arab..?
Biasanya yang was-was ni adalah yang pentingkan kesempurnaan/perfectionist. Tapi kena ingat yang tiada apa yang sempurna kat dunia ni kecuali Allah. Kalau kita nak sempurna juga maknanya kita macam nak samakan dengan level Allah..
Harap jangan ambil hati ya apa yang saya tulis ni, saya cuba sampaikan dengan baik dan bukan secara ejekan dan sindiran. Saya doa agar sakit was-was TT akan dihilangkan sepenuhnya..
Aku pun sama mcm ko.Was2 bab niat.Aku niat solat zohor tp dlm ht suruh niat solat lain.Banyak nak cerita tp ia ganggu dari segi niat.Niat aku dipesongkan.Sampaikan ak terpksa 5 6x niat utk solat sbb rs tak sah
Ak jd mental tiap kali nak solat sebab rs aku permainkan niat pdhl ia hanya bisikan2 jahat dlm hati utk ganggu ak solat.
Ak pun stress sgt.Kdg mandi wajib pun jd was2 eh dah basuh 3x ke tgn eh ada kentut ke eh itu ini..
Sumpah rs mcm nak mental.Doakan la aku kwn2 yg baca komen ni.Aku rs jin setan apa yg duk ganggu ht aku
Salam dik, I can relate to this, sebab dulu masa dah nak habis degree pernah dpt penyakit was2 ni juga. Masa tu umur 21 thn. 2 thn tanggung sampai yg ‘peak’ dan 2-3 thn lagi recover. Lepas tu alhamdulillah dah bebas. Masa thn pertama tu family perasan, jadi habis la semua tempat dia bawa pergi berubat. Pernah kena mandi ais, kena pukul dgn ranting, mandi bunga, entah apa2 la. Tapi semua xjalan. Asalnya was2 dari baca al-fatihah, lepas tu was2 wudhu, niat solat, sampai la akhirnya bawa ke yg paling teruk, mandi hadas. Imagine ready solat zuhur awal waktu dah, tapi sampai nak masuk Asar masih tak selesai solat. Mandi pun mcm tu, dari sblm Zohor dah mandi, tapi nak dekat Asar baru keluar toilet. Was2 mandi hadas yg asalnya 2 jam je melarat sampai jadi 4 jam. Jari sampai kembang, kulit bawah kuku sampai luka2 sendiri kopek sebab xyakin air dah masuk celah kuku. Mmg sedih dan stress Allah je yang tahu. Setiap kali masuk waktu solat start dah rasa takut seram sejuk. Skrg ni baru tau itulah rasanya anxiety, zaman 2000an dulu penyakit mental xdpt liputan sangat mcm skrg. Bila dah ke sana ke mari buat rawatan termasuklah perubatan islam, xde hasil, last2 saya pergi ke pusat islam di uni nak minta nasihat apa boleh buat. Masa tu lepas degree terus buat master research, jadi byk masa research urus sendiri xde kelas. Kat sini la yg kiranya dpt ‘penawar’. Ustazah yg dengar cerita saya tu, lepas habis dgr cerita terus dia tanya lebih kurang mcm ni, “ni mesti kamu ada masalah peribadi yg kamu simpan sorang2 sampai jadi mcm ni”. Puas saya nafikan, sebab masa tu mmg rasa xde masalah. Biasalah masalah hidup ni Kan. Rupa2nya mmg betul, Lepas Tu baru saya perasan. Yela, rupanya masalah yg Kita simpan ni ibarat API dlm sekam, lama2 Kita yg dimakannya. Rupanya Ustazah tu ada belajar psychology. Masalah tu actually bukan masalah saya, tapi masalah keluarga yg tempiasnya kena pada saya sebab saya sayang sangat org2 dlm circle masalah Tu, jadi masalah tu automatic jadi masalah saya. So slps nasihat ustazah tu saya praktikkan, alhamdulillah sakit tu beransur2 mudah utk saya lawan. Solusinya ibarat kita ciptakan bubble yg protect diri kita drpd masalah yg ada. Ya, penyakit was2 ni mcm sakit mental, lebih kurang Obsessive Compulsive Disorder, obsessed utk dengar suara hati yg timbulkan was2 tu, jadi kita akan berulang2 buat apa yg suara hati tu cakap, walaupun Kita tau apa yg dia cakap salah. Cthnya, Salah ni al-fatihah, ulang balik. Dan nak stop tu susah sangat, tu yg sampai 2-4 jam.
Nasihat akak, cuba jumpa doktor minta rujuk utk psikoterapi. InsyaAllah semoga cepat sembuh ya
hi sis, i can truly understand you, sebab used to be in that situation. was2 yang sangat teruk, tak terkira air mata yang keluar. finally jalan terakhir yang buat adalah jumpa psychiatrist. Don’t get me wrong, visiting psychiatrist doesn’t mean you have mental illness. Tapi ubat yg dr tu prescribed bantu channelkan kan pemikiran kat otak kita (this based on what i understand). so lama2 rasa nak memikirkan sangat tu akan kurang and kita akan lebih kepada nak let go. saya mkn ubat tu sekejap sahaja, sbb taknk ada kebergantungan, alhamdulillah dengan izin Allah sembuh walaupun dah tak makan ubat. cuba la sis. hidup ni kita nak rileks and tenang, masalah was2 xkan sesekali bg kita tenang. so cuba apa shj jalan yng mampu bg kita tenang dan dapat beribadah dengan baik. take care. and i truly understand your struggle.
I never comment to anyone. But sis, I think you need to ask for referral letter to psychiatrist. Saya syak saya OCD sejak form 4 which is 13 tahun yg lalu.. Ianya bukan datang secara tiba2. Benda ni berperingkat. Saya tak pernah dapat diagnosis doktor pakar atas sebab keluarga saya sangat sensitif bab mental. Tapi sis, jika keluarga anda tiada masalah, sila rujuk kepada pakar. I’m afraid nanti waswas ni evolve to other themes such as berkali2 cek pintu (security), berkali2 cuci tangan (contamination) dan lain2.
Apa yg sis cerita di sini, adalah simptom awal masa saya remaja dulu. Bermula dgn OCD kategori ibadah. Saya berkali2 angkat takbir, baca al-Fatihah, wuduk sampai basah baju, solat yg hanya memerlukan 10 minit jadi sejam. Berkali² yg dimaksudkan bukan 2-3 kali sahaja ya. Tapi hingga lebih 10 kali. Sangat memenatkan.
Kemudian OCD saya beralih kepada theme lain. Saya berkali² rentap kunci mangga utk make sure betul² kunci. Berkali² tutup buka suis utk make sure dah turn off suis. Cuci tangan hingga kulit kering dan sabun selalu cepat habis. Itu belum lagi termasuk saya ada nombor² tertentu yg saya gemar contohnya 3, 5, 10 (bab ni susah nak terang).
Saya banyak baca melalui international articles sebab pada waktu saya mula2 kena ni tak banyak rujukan saya boleh cari dalam kalangan masyarakat kita. Waktu tu juga isu mental sangat kurang perhatian dan saya langsung tak tahu nak minta tolong macam mana. Boleh juga join OCD support group di Facebook.
Yes, it will get better over time jika kita practice betul². Tapi sesetengah orang perlu makan ubat dan terapi pakar. Alhamdulillah setelah 13 tahun bertarung, saya dapat tackle cara utk hadap ocd ni walaupun ianya takkan pernah sembuh.
Sis, please jangan bagi melarat. Jika family anda supportive (dan bukan mcm family saya) sila berjumpa pakar. Do reply me if you need more input.
Boleh amal Wirid Sakran lepas solat, utk lindung diri. lepas tu apa kata adik belajar bab solat dan taharah, mana tahu was2 boleh hilang. Ilmu kan cahaya. Yang penting Ilmu atas ibadah. Kalau ibadah tanpa ilmu, maka tertolak lah ia. Selamat beramal dan bersabarlah di dlm beribadah.
Salam Anon, I macam you dulu. I baca al Fatihah sampai orang sebelah dengar. Kawan I sampai tegur “Weh kau kena rasuk ke time solat tadi” pastu muka dia macam takut2 (tak sure dia menganjing ke apa hahah). Sejak tu I practice mindset “Kesian dekat kawan aku…kawan aku tak dapat khusyuk sebab aku..aku kena tolong diri aku supaya kawan aku dapat solat dgn baik.” Yang ni teknik untuk shift mindset you supaya you nampak perkara yang baik je bila you hadapi masalah ni.
Kedua, jadikan apa yang orang cakap tu sebagai dorongan untuk you berubah. Orang boleh rendahkan usaha you, tapi you sendiri yang menilai sejauh mana you dah berubah kan? InsyaAllah you boleh keluar daripada ujian ni percayalah cakap I. Ayat “takde manusia faham apa yang aku alami” tu you kena cancel. You tak perlukan orang untuk validate sejauh mana pencapaian you. Now just focus on your effort okayy.
Ketiga, ingat, was-was ni berjangkit. Mula2 akan start dengan wudhuk, pastu pergi ke niat, pastu pergi ke bacaan, gerakan dalam solat dan macam2 lagi. List down apa masalah you dan step by step untuk you tackle masalah ni satu2. Contoh:
masalah: Selalu ambik wudhuk banyak kali
solution: Baca kuat2 “satu, dua, tiga dah CUKUPP” (time duduk sorang2 hahah)
masalah: Selalu lupa rakaat ke berapa
solution: 1) boleh try solat jemaah
2) Atau pada rakaat ketiga kita buat gerakan satu kali supaya dapat tanda yang tu rakaat ketiga
3) Atau pada rakaat kedua boleh tanda dengan kita baca surah specific ke
Solution ni akan jadi solution sementara sahaja. Just be creative hahah lama2 bila dah jadi kebiasaan, you akan boleh practice macam orang lain InsyaAllah
Saya doakan awak dapat keluar dari masalah ini Aminn.