Aku Saksi Revolusi

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Aku nak share dengan korang pengalaman aku saksikan revolusi di Mesir pada tahun 2011 haritu. Ni bukan nak eksyen aku belajar oversea ke apa, tapi aku rasa penting untuk bagitau korang sebab fitnah ni dah merebak sampai Malaysia. Kalau kita tak prepare, kita pun sama jatuh perangkap macam diorang. Dan aku harap korang hadam citer aku ni dengan fikiran terbuka.

Aku mulakan pada hari terakhir exam musim sejuk, 24 Januari 2011. Masa keluar dewan periksa tu aku terbaca satu notis tulisan tangan berbahasa Ammiy (B.Arab tempatan) yang mengatakan esoknya (25 Jan) akan diadakan perhimpunan sempena Hari Polis. Lebih kurang gitu la, aku pun bukannya faham sangat tulisan diorang macam megi. Notis tu bertampal dalam bangunan fakulti, mungkin ditampal secara random oleh pelajar Arab.

Selasa 25 Januari aku pun pergi ke Kaherah. Masa tu aku nak balik Malaysia. Flight aku dari Kaherah – KUL. So aku pergi Kaherah lebih awal untuk prepare beli buah tangan nak bawak balik. Aku tak tahu rupanya pada hari tu berlaku demo besar-besaran di Tahrir (dataran utama macam Dataran Merdeka).

Demo berterusan sampai malam, sampai esok, melarat ke kawasan lain pula di seluruh Kaherah. Demonstran tidur di Tahrir, tak berganjak menuntut Presiden Mubarak turun. Masa tu dalam internet dah mula gawat orang share pasal demo bertukar ganas. Askar dah keluar dengan kete kebal pergi tengah2 bandar.

Hari Jumaat, cuti umum Mesir. Diorang rancang demo lebih besar di tiga hotspot Kaherah. Tahrir, Masjid Azhar dan satu lagi aku lupa. Tak rajin nak search balik. Persatuan pelajar dah warning jangan terlibat atau pergi ke tempat demo, sebab berlaku tembakan rambang. Aku rasa lagi galak nak keluar tengok apa yang berlaku. Tambah pulak aku memang kena keluar beli buah tangan, dan Masjid Azhar tu la port shopping souvenir murah2.

Pagi Jumaat tu aku dah tercatuk di Azhar. Tak ada demo sebab pagi2 org Arab tido. Tenang je aku duk baca paper tepi dataran. Tapi nampak jugak la kesan tayar hangus, askar lalu-lalang naik kete perisai. Aku solat Jumaat di Masjid Azhar, nak dengar apa khutbah imam sempena demo yang akan berlaku nanti. Adakah imam akan khutbah berapi2 atau macam mana?

Khutbah di Mesir ni tak pakai teks, khatib cakap je apa yang sesuai dengan keadaan. Dan tak sangka, apa yang aku dengar adalah nasihat yag sangat menyejukkan hati. Khatib tak berpihak dengan mana-mana, Mubarak mahupun rakyat. Cuma khatib pesan bagaimana sepatutnya sorang Muslim tu marah, jangan hancurkan hata benda, jangan rosakkan alam sekitar. Aku hampir2 menyangka yang demo akan batal sebab sejuknya nasihat tok khatib.

Lepas Jumaat tu meletus la demo terbesar. Dorg panggil Jumaat kemarahan. Aku tunggu suasana reda baru keluar pergi shopping. Tengah shopping kat Husain tu la pasar kena serbu dek polis mengejar demonstran. Merasa aku kene gas pemedih mata. Semua kedai tutup mendadak. Ada Arab tarik aku ke tepi jangan kene langgar. Lepas hari Jumaat tu keadaan makin buruk. Demo merebak ke negeri lain. Penjara pecah dan banduan lari keluar. FB disekat dan kerajaan isytihar curfew. Orang kaya dan artis2 lari keluar negara. Penerbangan mula delay dan batal. Ada student Malaysia nak balik cuti stuck kat airport sebab flight cancel. Nak keluar airport pun tak boleh sebab curfew. Kesian diorang.

Sepanjang 3 tahun aku di Mesir, itu la waktu aku paling rajin baca paper. Bukan satu, tapi 3 paper aku baca setiap hari sebab nak dapatkan view berbeza. Sebahagian paper tu ada yang aku masih simpan sampai sekarang. Masa tu memang hambar gila, TV takde, FB takde. So dari paper la aku dapat tau ada penglibatan pihak ketiga dalam demo tu. Kerja ‘hantu’ ni ialah menimbulkan keganasan supaya akhirnya tentera dan rakyat saling berbunuh.

Antara yang berlaku ialah diorang menyelinap dalam demonstran dan menikam orang secara rawak. Tak pasal2 demonstran ni bergaduh sesama-sendiri. Belum kira yang baling batu dan lepaskan tembakan pada askar yang berkawal. Bila askar tembak balas, seronok la berita report kata askar Mesir bunuh rakyat.

Lepas tu ‘hantu2’ ni set up kebakaran di bangunan2 penting. Rompak Muzium Tahrir dan rosakkan artifak. Dah la artifak Muzium Tahrir tu koleksi termahal. Sejarah ribuan tahun habis macam tu je dalam seminggu. Kau bayangkan.

Tak cukup dengan tu, diorang pecahkan penjara. Lepas tu ada la banduan yang balik menyerah diri dan cerita apa yang sebenarnya berlaku… tiba2 je tembok penjara diorang pecah dan seseorang paksa diorang lari keluar. Ada banduan yang taknak lari sebab takut dihukum. Tapi dah diancam bunuh dia lari la. Bila balik ke pangkuan keluarga, keluarga pulangkan dia ke penjara untuk habiskan hukuman. Punya jujur la sesetengah orang Arab ni.

Maaf tulisan aku detail sebab aku harap korang faham betul2 point yang aku nak sampaikan di akhir nanti. Banyak lagi kalau nak cerita apa yang berlaku sebenarnya. Tapi aku rasa macam dah panjang sangat. Kalau korang rasa nak sambung, request kat admin ye. Sebab aku pun xtau tulisan ni approved atau tidak. Kang penat2 aku tulis lebih panjang admin xpublish pulak.

Sekian.

– Aisha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit