Aku Saksi Revolusi II

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Thanks admin sudi publish tulisan aku. Maafkan aku buat korang tunggu.Benda berat ni aku terpaksa ambik masa nak tulis elok2. Aku tak expect la korang akan penuhkan ruangan komen tu dengan request sambungan. Aku cuba habis baik biar cerita ni tamat one-shot takde sambung lagi K. Tapi sebelum tu biar aku jawab dulu beberapa persoalan yang korang timbulkan.

1. Ya, aku perempuan. Dan perempuan ikut solat Jumaat ni perkara biasa kat Mesir.
2. Flight aku pada awal Februari 2011. Aku pergi Kaherah 9 hari lebih awal sebab nak prepare tapi sudahnya aku balik Malaysia selai sepinggang.
3. Pemerintahan Mubarak teruk ke? Mungkin la. Tengok dari sudut ekonomi pun menyedihkan. Itu antara punca rakyat turun berdemo.
4. Tak semua perempuan Arab pakai abaya hitam. Yang pakai abaya hitam ni boleh kata Negara Teluk je. Yang belah Mediterranean ni mostly pakaian diorang macam kita. Nak contoh tengok la pelarian Syria.
5. Pendirian al-Azhar? Aku akan sebut kat hujung nanti.

Ok, tak habis lagi cerita huru-hara. Kat Kaherah aku stay di Haiyu Sabe’. Situ boleh kata perumahan kelas pertengahan. Kawasannya tenang, jauh dari Tahrir dan takde demo kat situ. Tapi bila banduan dah terlepas, penduduk still keluar berkawal. Siang buat sekatan jalan raya, malam buat round. Teringat aku mengintai ammu2 (pakcik) berkawal kat bawah apartment, duduk keliling unggun api. Masa tu dah kemuncak musim sejuk. Sayu hati aku rasa nak je hantar teh panas kat diorang. Diorang sangatlah protective. Dekat waktu berkurung tu kalau nampak kami kat luar, dorg akan suruh kami cepat2 masuk. Naik public transport kalau van kene tahan, penumpang Arab akan comfort kami dan cakap itu hanya pemeriksaan biasa. Everything will be okay.

Dalam masa yang sama, siapa duduk dekat town memang terasa bahang. Yang dengar bunyi tembak, orang menjerit apa semua tu diorang yang duduk kat hotspot demonstrasi. Kawasan yang menjadi tapak demo memang terjejas teruk. Rosak sana-sini, kedai tutup, tank parking merata. Tak hairan la ada aduan2 ngeri sampai ke Malaysia. Family kat Malaysia pun ketakutan ingat semua rakyat Malaysia terjejas. Dalam huru-hara tu hampir setiap minit dapat maklumat baru, sampai dah tak tahu mana satu betul. Student mengadu kat family, family desak kerajaan. Aku dengar tu, ramai mengamuk kata kerajaan lembab, negara lain pakat dah ambik rakyat dia balik tapi Malaysia terhegeh2 duk tunggu dan lihat. Padahal sebenarnya kedutaan dah mula evakusi pelajar yang tinggal di kawasan panas, pindah duduk kat kawasan yg lebih tenang. Tapi sebab kuat sangat desakan, siap ugut nak panggil media, maka berlakulah ops piramid. Haha, aku sakit hati nak tulis pasal ops piramid ni. Sakit hati dan kecewa. Bagi aku ops piramid ni memalukan. Apesal aku cakap sombong sangat ni?

Bukan sombong bang, akak, adik. Izinkan aku cerita satu sejarah manis yang ramai tak tahu. Tahun 1973 dulu, Mesir berperang dengan Israel. Masa tu pelajar Malaysia, Indo, Thai, semua turun hulur bantuan. ‘Senior2’ kita tu tak angkat senjata, sebab status diorang sebagai pelajar. Tapi yang lelaki pakat derma darah kepada askar cedera dan yang perempuan tolong jahit seragam askar. Allah takdirkan Mesir menang dalam perang ni. Kerajaan Mesir hargai bantuan pelajar kita lalu hadiahkan sebidang tanah untuk buat asrama. Atas tanah tu la berdirinya Dewan Melayu Abbasiyah (Malaysia Hall) kat Kaherah sekarang.

Bukan dapat tanah je, pelajar Malaysia juga dapat nama yang harum dan penghormatan yang tinggi dari rakyat Mesir. Orang Mesir panggil kita ‘ahsan naas’ (manusia terbaik). Zaman aku freshie dulu merasa diorang panggil macam tu. Mana2 pergi bila aku susah, cakap je aku orang Malaysia, sentiasa diorang sudi tolong. Sejarah ni buat aku bangga bawa nama Malaysia. Very proud to be Malaysian.

Tapi bila generasi aku lari, aku rasa macam maruah dan solidariti aku cair. Mana orang Malaysia yang kecil tapi berani tu? Mana saudara Muslim yang bersama kami lawan Israel tu?… Seolah2 aku dengar orang Mesir ejek aku. Aku malu nak hadap orang Mesir. Malu nak mengaku orang Malaysia. Terpulang la kalau korang fikir aku teruk sebab rasa macam ni.

Dan pada aku, keadaan masa tu sebenarnya taklah teruk sangat. Yang betul2 terjejas cumalah student yang tinggal kat hotspot macam Tahrir atau Raba’ah. Masalah tu boleh cover dengan evakuasi ke tempat lebih selamat. Stok barangan pun ada macam biasa, tak kebulurnya macam yang digembar-gemburkan. Kedutaan yang korang rasa lembab tu sebenarnya ada banyak pertimbangan perlu dibuat. Satunya, rakyat Malaysia di Mesir tu dahlah kedua teramai selepas UK. Dengan jumlah yang besar dan student yang bersepah serata Mesir tu amatlah susah nak dibawa balik. Dua, berbaloi ke tidak bawa balik tu? Rakyat Mesir cuma berdemo, bukan perang. Dibuatnya harini balik, esok demo reda, tak ke sia2 je? Tiga, bukan semua U dah cuti, ada lagi yang masih exam. Empat, mana nak cekau duit tampung kos? Keluarkan duit negara bukan semudah keluar duit dari dompet kau. Semua ada prosedur. Lima, dah kerajaan sponsor balik Malaysia, nanti nak balik Mesir siapa pulak tanggung pelajar ni? Bukan semua pelajar ni kaya nak beli tiket flight on the spot… Bahkan sebahagian besar student Mesir adalah orang susah yang bergantung dengan tajaan zakat.

Enam, trafik udara di Mesir tengah crowded. Syarikat yang takde deal dengan airport tak boleh main masuk landing je. Tujuh, kau senang cakap suruh Charlie masuk. Masalahnya Negara Mesir bawah undang2 darurat. Kapal tentera negara asing mana boleh masuk tanpa approval. Nak dapatkan approval antara kerajaan bukan hal kecik boleh setel kat wsap. Haaa… banyak persoalan dia kan? Aku tambah lagi kang pengsan korang nak baca. Ini la antara persoalan penting yang diabaikan segelintir manusia selfish ni. Sombong sangat kata mak bapak masing2 orang besar kerajaan, orang besar stesyen TV. Ingat semua boleh setel dengan duit. Tak fikir dunia ni penuh peraturan yang perlu dipertimbangkan.

Dah dekat tarikh flight tu aku cuba lagi nak keluar beli hadiah. Ye la, tu 1st time aku nak balik lepas 3taun merantau. Mesti family tunggu something dari aku. Percubaan kedua pun gagal, takde kedai hadiah bukak. Askar duk perati orang lalu-lalang dari atas tank. Aku senyum tengok muncung tank tu yang berbalut guni. Diorang keluarkan tank bukan nak tembak orang pun, saje nak gertak jangan orang merusuh je. Manusia gagah macam orang Mesir ni memang kena gertak dengan kete kebal baru jalan. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah bagi peluang aku tengok semua ni. Kat negara aku yang aman, dapat tengok tank dalam TV je.

4 Februari. Flight aku pukul 10malam. Pukul 12 tengahari aku dah sampai airport sebab nak elak jem dan curfew. Sementara tunggu check-in aku bersosial dengan orang lain yang sama2 tunggu flight. Ada sorang ammu tua tanya aku, kenapa orang Malaysia balik ramai-ramai? Mesir aman. Rusuhan cuma kat beberapa tempat je, kata ammu. Aku takleh lupa muka dan suara dia sedih sangat, seolah2 dia rasa gagal lindungi kami. Aku senyum pahit dan hanya mampu cakap kami balik cuti musim sejuk.

Lepas beberapa hari tiba di tanahair, dengar berita Mubarak dah turun. Keganasan bertukar jadi pesta. Rakyat cium askar yang berkawal dan kete kebal bertukar jadi kereta perarakan. Diorang panjat menari2 atas tu dengan gembiranya. Cerita tak habis kat situ. Pergolakan sebenar bermula lepas Mubarak turun. Tapi aku takkan cerita la semua tu kat sini.

Lepas sebulan, aku balik ke Mesir ikut tarikh flight return yang asal. Masa tu takde org Malaysia kat sana. Ada dua-tiga kerat je yang jaga asrama negeri. Aku maklumkan pada pegawai yang aku akan sampai, so aku nak tumpang duduk asrama sementara tunggu hosmet sume balik. Pegawai taknak ambik risiko terima aku. Dia suruh aku jaga diri sniri. Pada dia, aku langgar arahan kerajaan yang larang pelajar balik Mesir. Padahal memang tarikh tiket aku camtu dah. Mana aku tau nak jadi revolusi, nak jadi Ops Piramid. Ok fine. Aku terus balik Iskandariah duk sorang2 kat umah sewa. Suasana aman damai, takde beza pun dengan masa aku tinggalkan dulu. Cuma seram la dalam satu bangunan tu aku duk sorang.

Naik sem baru pergi kuliah, member Arab perli aku depan2 muka. “Kenapa korang balik? Negara korang kena tsunami ke? Kah kah kah…” Fuh peddddih! Aku yang takde kaitan ngan Ops Piramid ni kena ludah.

2013 aku grad dan tinggalkan bumi Mesir. Dua tahun selepas revolusi tu aku saksikan drama politik bertukar ganti, sedih dan ngeri. Bukan je di Mesir tapi seluruh dunia Arab. Banyak kemusnahan berlaku, pihak berkepentingan gaduh rebut kuasa, suara rakyat diketepikan, rakyat naik fade-up dan demonstrasi beranak-pinak. Pantang tak puas hati, turun ke jalan. Bilanya nak buat kerja? Pihak ketiga pulak ambik kesempatan lagakan Muslim dan Kristian, bakar masjid dan gereja sana-sini. Ekonomi yang sakit makin tenat. Situasi tu aku rasa macam telur di hujung tanduk, tak tahu Mesir akan jatuh ke mana. Dengan keadaan negara sendiri yang makin lumpuh, Mesir bergelut pulak menampung pelarian Syria. Terharu aku tengok orang Mesir tawarkan pakaian, rumah dan kedai diorang untuk pelarian start hidup baru. Orang susah tolong orang susah. Sebiji macam Muhajirin dan Ansar.

Lastly tentang stand al-Azhar dalam isu ni. Pesan guru aku: DARAH KAUM MUSLIMIN LEBIH MAHAL DARIPADA KAABAH

Benda ni yang buat al-Azhar play safe dan memilih tidak berpihak. Tidak pada kerajaan, tidak pada rakyat. Ulamak larang keluar demo sebab taknak rakyat kene bunuh. Tapi sebaliknya rakyat tuduh ulamak jilat pemerintah. Tahu tak ada ulamak Azhar yang mati kena tembak masa jadi human shield? Gitu juga kat Syria, almarhum Syeikh Ramadhan al-Buthi larang rakyat berdemo sebab beliau tahu Assad akan bertindak kejam. Tapi sudahnya beliau dibunuh, Syria pun lingkup.

Lepas tu ada isu ulamak buat fatwa boleh bunuh demonstran, itu dah kes lain jangan campur adukkan. Kalau aku terang yang tu sampai esok tak habis.

Sebab tu bila timbul fitnah, diamlah dan selidik. Jangan cepat melenting bash sana-sini. Tak tahu kenapa ulamak bertindak macam tu, tanyalah. Dan even kau tak setuju dengan pendapat ulamak tu, hormatlah ilmu dia. Dia buat keputusan tu atas dasar ilmu. Kau tak sampai pun level ilmu dan kefahaman dia, macam mana kau boleh maki seolah2 kaulah ilmuwan terulung? Sedih aku tengok budaya mengutuk ulamak ni. Haih.

Readers, ajar hati kita supaya positif selalu. Hadapi kemelesetan dengan positif, tangani pemimpin zalim dengan positif. Positif bukan makna kita redha je xbuat pape. Tapi orang positif akan berfikir dan bertindak dgn lebih bijak, hasilnya lebih baik. Aku geram tengok orang dok troll ayat “Syukurlah Malaysia masih aman”. Bro, kau betul2 tak tau apa rasanya negara bergolak. Sebab tu kau berani main2. Betul la kau marah harga naik apa semua ni, aku pun marah jugak. Tapi jangan sesekali bandingkan harga naik dengan sebuah keamanan. Sekurang2nya dalam secebis keamanan ni kita masih ada masa nak bertaubat, masih berpeluang nak cetak bakal pemimpin yang lebih baik, masih sempat nak baiki apa yang rosak. Masih sempat bro, kalau kau positif.

Tahniah buat korang yang berjaya habiskan. Moga ada manfaat untuk korang dan sampaikanlah pada anak cucu. Salam.

– Aisha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit