Assalamualaikum wbt. Hai aku Maryam. Berumur pertengahan 30an. Mempunyai 3 orang anak. Aku tinggal luar dari Malaysia. Aku minta maaf dulu mungkin bebelan aku ni panjang.
Baru-baru ni aku ada terbaca kisah tentang seorang anak berumur 7 tahun mengambil gambar pada ‘private part’ dan ditangkap oleh ayahnya. Bagi aku ayahnya seorang ayah yang hebat kerana terus minta penyelesaian dari syed azmi.
Punca anaknya berbuat demikian adalah bermula dengan komik jepun dan ternampak video lucah dari handphone atuknya.
Dan paling terkejut atuknya tidak berasa malu malah marah kepada cucunya kerana cucunya telah ‘delete’ video lucah dari handphone nya.
Allah..Risaunya nak membesarkan anak-anak zaman yang sangat canggih ini.
Aku mempunyai mertua. Ibu dan bapa mertuaku sudah bercerai. Dan masing-masing pernah berkahwin lain.
Mengikut cerita dari suamiku, ibu mertuaku bukanlah seorang yang baik dalam agamanya. Dan banyak benda karut/ kurafat yang dia buat.
Suamiku pernah menegur dengan sangat berhikmah. Tapi dia dikatakan anak derhaka pula. Kasihan suamiku.
Ibu mertuaku pernah juga menjual maruah adik iparku. Dan dia tidak berasa bersalah langsung. Adik iparku pula seperti sudah mengikut jejak ibunya. Banyak benda maksiat yang dia telah buat.
Tapi aku sangat hormat mereka kerana pandai mengambil hati anak-anakku lebih baik dari ibu bapaku sendiri.
Untuk kes bapa mertuaku pula, dia ada masalah dengan isteri barunya. Mereka sudah lama tidak tidur sebilik. Masing-masing seperti buat hal sendiri dan masing-masing suka tengok video.
Dan ada kemungkinan video yang dilihat ada unsur-unsur yang tidak baik kerana anaknya pernah ‘search’ di youtube, dan keluar video yang tidak elok.
Aku risau setiap kali nak balik ke malaysia. Aku akan jadi suudzhon kepada mereka.
Mereka sangat pandai mengambil hati anak-anakku sehingga setiap kali ingin telefon atuk dan nenek, mereka lebih suka telefon atuk dan nenek di sebelah suamiku.
Aku ada berbincang dengan suami, jika mertuaku ingin bawa anak-anak kami kemana-mana, kami juga perlu ada bersama. Aku terfikir kisah Mustafa kemal ataturk. (Maaf jika ada fakta aku yang salah).
Ketika Kemal ataturk ni kecil, ibunya masukkannya ke madrasah. ‘Kawan ayahnya aku gelarkan Pak cik A, (sebenarnya Pak cik A adalah ayahnya sendiri, tanpa kemal ataturk tahu. Minta maaf aku tak ingat nama kawan ayahnya).
Pak cik A seorang yang berharta. Dia kerap bawa kemal ataturk keluar berjalan naik kereta dan dia selalu mendoktrin kemal ataturk tentang kuasa, harta dan sebagainya sehingga kemal ataturk keluar dari madrasah dan masuk ke sekolah tentera.
Antara sumbangan kemal ataturk ketika menjadi presiden Turki adalah memperkenal undang-undang baru yang sangat bertentangan dengan ajaran islam. Anda boleh google).
Jadi yang aku nampak, antara penyumbang kemal ataturk jadi sebegitu adalah disebabkan oleh Pak cik A yang telah mendoktrinnya secara halus itu sejak kecil.
Rentetan dari kisah kemal ataturk ni, aku jadi takut dan risau jika anak-anakku didoktrin secara halus oleh mertuaku. Aku rasa ada hikmah juga covid ni kerana tak dapat balik lagi ke Malaysia.
Jadi aku ada masa dan peluang untuk mendidik anak-anakku tentang ‘s3x education’ kerana anak sulungku baru dapat faham tentang ‘private part’ ni. Dan sebenarnya agak struggle nak fahamkan anak kecil.
Mungkin kita perlu lebih berhati-hati jika tahu tentang sejarah silam orang lain. Tapi saya tidak menolak juga bagi orang yang tiada kisah silam. Kita tak dapat nak kurung anak-anak kita.
Apa yang kita dapat beri adalah doa, usaha mendidik anak-anak dan mungkin perlu menghantar anak-anak belajar seni mempertahankan diri.
Moga Allah melindungi anak-anak kita semua. Aamiin. Wallahualam.
– Maryam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit