Aku Sayang Mak

Terima kasih la admin kalau sudi approve confession aku ni. Kalau tak pun takpe. Nama aku Areum, 18 tahun. Aku ni lewat daftar sekolah so aku masuk sekolah 2012. Aku lahir pd 1 Januari tahun 2000. Waktu tu mak aku dlm 30-an lebih kot lah. Mak dan ayah tinggal berjauhan. Ayah aku, aku tak tahu dari mane. Aku tak pernah kenal ayah.

Mak kata ayah dah tinggalkan kita semasa aku masih kecil. Ayah ada satu syarikat besar di Korea. Dia perlu balik ke Korea utk selesaikan bisnes beliau. Maybe sebab tu dia terpaksa tinggalkan mak dan aku. Sebab tu mereka divorced sejak aku belum mula merangkak kot mak kata.

Aku tak pernah kenal ayah. Aku tinggal dengan mak sorang2. Aku tinggal dgn mak selama 10 tahun. Sejak aku kecil, mak nampak normal je mcm org lain. Aku sedar yg semakin aku meningkat umur, semakin la mak aku jadi mcm kurang siuman. Mak aku tak sihat.

Semua orang2 di kg gelar mak aku gila. Dah pandai cakap sorang2, pandai pukul orang dan macam2 benda pelik yg aku nampak mak aku buat. Aku pon malu la kot ada mak mcm tu. Tapi siape la tempat aku makan tidur ngadu semua kalau bukan mak. Aku tak heran even mak aku macam tu, dia still jage aku dengan baik. Kadang2 mak aku suka dera aku. Aku dah kena dera selama bbrp tahun tinggal dgn mak. Mak tak pernah lagi nak buang aku.

Hati sbg seorang ibu tu masih ade even dia dah tak waras bg aku pd mak aku… Selama umur aku 10 tahun, aku tak sekolah sbb mak tak bagi. Mak tak suka aku disekolahkan. Sampai la suatu hari, aku dah takut sangat dengan mak. Aku ni dah biase, kena pukul dgn kayu kdg dengan parang. Tapi aku still hidup lagi. Hahahaha.

Sampai la umur aku 10 tahun agaknye, aku lari dari mak sebab mase tu aku ada buat salah tak sengaja terjatuh kayu tu kat kaki mak. Aku rasa bersalah. Tapi aku takut, mak kejar2 aku dengan parang. Aku lari dan lari… Aku tak balik rumah sebab mak akan pukul aku lagi.

Aku takut. Aku lari dan lari keliling kg. Sampailah makcik aku yg ke 5 jumpa aku dan sorokkan aku supaya mak tak jumpe. Kalau mak jumpa mesti habis aku kena pukul. Aku tak salahkan mak aku sebab aku tahu dia dah tak waras lagi. Aku still sayang mak aku. Tapi aku takut, mak semakin menjadi-jadi. Sejak aku lari dari mak, dari hari itu la makcik2 aku bergilir sorokkan aku.

Mereka nak selamatkan aku dari mak aku. Sebab mak aku akan pukul aku bila dia jumpa aku. Nahas la aku nanti. Sedap weh kena pukul dengan parang. Aku pon banyak scars kat anggota bdn aku ni bekas parang. Banyak lagi parut luka aku dpt dari mak. Tapi aku tak salahkan mak. Aku syg mak aku.

Selepas beberapa bulan aku bersorok dari mak, aku dah mula beranikan diri bila mak muncul. Nasib baik, mak dah tak pukul aku dah. Mak suru aku balik rumah. Tapi aku taknak. Sebab aku masih takut dengan mak.

So start dari hari tu, makcik aku la yg jage aku. Makcik aku urus semua surat beranak aku dan sekolahkan aku pada tahun 2012. Mase tu umur aku dah 12 tahun. Aku baru je masuk darjah satu sementara kwn2 yg seumur dgn aku dah nak UPSR. Aku belajar bersungguh-sungguh.

Umur aku 12 tahun baru aku tahu membaca, mengira, tulis nama sendiri, semua benda kat sekolah aku belajar. Aku rasa sangat seronok akhirnya aku merasa juga alam persekolahan. Makcik aku lah jadi mak aku. Ohya lupe, aku ada 11 siblings dan aku yg terakhir.

Siblings yg lain lah tlg take care kan mak. Hantar mak pergi rawatan kat hospital. Makcik aku tolong sekolahkan aku, dan bila aku dah dpt kerja, aku mesti jaga mak aku. Itu aku dah janji dgn makcik aku. Walau bgmanapun, dia mak aku. Aku tak boleh abaikan dia.

Aku pelik jugak sebenarnye, kakak aku cite kat kami semua, mak dah dibawa utk cek. Tapi mak masih waras dlm kenyataan doktor. Ada test yg doktor bagi kat mak, dan semua mak aku tahu jawab. Dan doktor tu marah kat kakak aku, mak aku tak gila, kenapa kakak aku ckp yg mak gila. Doktor tu kate.

Bagi aku, itu mustahil. Semua org kg tahu yg mak aku berkelakuan pelik dan pandai bercakap sendiri.
Aku tak tahu mungkin buatan org. Siblings yg lain la tlg jagakan mak aku sementara aku melanjutkan pelajaran.

Jika mak waras sekarang ni, tentu mak gembira melihat aku berjaya. Setiap kejayaan aku mak akan bangga seperti rakan2 aku yg lain. Aku sayang mak aku.

Hargailah mak korang yg masih waras dan masih hidup. Jangan lah sia-siakan masa dgn mak. Sayangi mak. Hormati ibu bapa.

– Ah Reum Han

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *