Assalamualaikum. Lama aku pendam tiada tempat untuk aku luah kerana terlalu banyak benda aku tak nak cerita pada orang tentang keluarga aku terutama berkaitan mak. Aku anak nombor tiga. Anak pertama kakak, gaji kerja cukup makan mempunyai suami kerja ke laut dan tak suka kerja makan gaji. Anak kedua abang, seorang penagih dadah dan penganggur. Anak ketiga aku, seorang surirumah yang menjalankan bisnes kek dan keempat adik masih bersekolah. Abah aku kerja berkaitan kelapa sawit. Mak aku mempunyai gerai untuk meniaga makanan.
Dari kecil aku rapat dengan abah, abah selalu lebihkan aku sebab aku bijak dalam pelajaran berbanding adik beradik aku yang lain. Tapi mak selalu cakap dengan aku, kalau kau minta duit abah bagi je, mak minta duit abah tak bagi pun. Walhal abah bagi rm200 kat mak. Gaji abah tak besar mana tapi cukup sekolahkan aku sampai universiti. Dek kerana tertekan dengan cemburu mak bila mak cakap abah lebihkan aku, aku jadi kurang ajar dengan abah. Aku kadang cakap kasar dengan abah tapi lepas cakap tu aku sedih rasa nak nangis. Aku taknak abah bagi aku duit, masa kat universiti aku buat macam2 kerja untuk tampung hidup aku diperantau. Itu semua kerana aku sayang mak, aku tak nak mak benci aku.
Ada satu benda yang buat hati aku sakit, mak selalu belikan kakak barang kemas dan apa kemahuan abg aku, mak aku tunaikan sampai abg aku naik kepala dan malas kerja sebab minta duit kat mak mesti dapat. Aku? Harapkan kasih syg abah je. Daripada perasaan sakit hati bertukar jadi geram dengan mak. Abang aku penagih dadah dan mak tahu perkara tu tapi disembunyikan kebenaran dari abah. Abang tak kerja hampir 8tahun dan selama itu lah mak aku yang tanggung dia. Mak juga tahu duit yang mak bagi abang, dia beli dadah. Mungkin mak aku takut diapa-apakan oleh abang jadi mak turutkan kehendak dia. Sewaktu umur aku 17 tahun , abang pernah hentak kepala aku pakai helmet masa aku tengah makan sebab dia minta rm5. Aku tak bagi dia duit pun. Lantak dia lah nak hentak ke apa asalkan aku tak bantu dia dapatkan ‘barang’.
Abang aku pernah ditangkap polis, pernah tidur di bus stop berhari-hari tapi semua tu tak beri kesan pada dia. Dia masih ambil ‘barang’. Sekarang abang aku duduk rumah kawan dia atas pujuk rayu mak,kawan abg akur izinkan abg duduk rumah dia. Abah dah halau abg dari rumah sebab dia membahayakan org sekeliling. Dia pernah mengamuk nak pecahkan barang dalam rumah sebab tak dapat duit. Mak pun masa tu nangis-nangis cakap kat aku tak tahan dah dengan perangai abg tapiiiiii setelah abg keluar dari rumah mak masih supply duit kat abg atas alasan kesian abg kena halau dari rumah. Macam mana aku tahu mak supply duit? Orang yang hantarkan duit tu beritahu aku. Kalau mak selalu kasi dia duit sampai bila-bila pun dia tak kerja. Walhal duit yang mak aku bagi habis ke ‘barang’. Habis cerita tentang abg aku.
Mak aku ada satu habit. Pinjam duit orang. Hampir satu kampung dia pinjam duit. Mak juga suka burukkan abah dengan kawan-kawan dia. Masa mak banyak diluangkan dengan kawan-kawan sampai rumah tak kemas, makan tengahari masak lewat. Aku tak pernah diajar untuk masak, aku pun tak tahu kenapa mak tak nak ajar masak. Resepi-resepi mak meniaga mak tak nak share dengan aku. Kalau aku masak pun mak tak makan. Sekarang aku dah kahwin, semua makanan yang aku masak guna resepi google atau guna sesedap rasa aku je. Alhamdulilah masih lagi boleh buat perut suami kenyang.
Bila aku dah kahwin ni, mak lagi banyak berubah seolah-olah aku ni macam tak wujud. Dulu aku selalu whatsapp mak tapi mak balas macam nak tak nak. Jadi aku putuskan call je la. Tapi bila call mak pun acuh tak acuh cakap. Aduh sadis betul hidup aku untuk memenangi hati mak. Lama-lama aku jarang contact mak tapi keadaan mak still dalam pengetahuan aku. Aku selalu tanya kakak pasal mak, abah dan adik aku. Sekarang aku rapat sangat dengan kakak. Surprisingly kakak pun alami perkara yang sama macam aku cuma kakak masih dilayan mak dengan baik. Kalau mak datang ke rumah aku, mak macam tak suka. Kalau aku buat kek bagi mak, mak makan sikit je tu pun macam tak nak makan. Bila aku balik rumah mak, mak banyak main facebook je. Adakah aku memang dibenci mak?
Aku nak sangat rasa disayangi mak,dipeluk mak, dimanja mak tapi itu semua hanya angan-angan aku. Aku cuba jadi pendengar terbaik untuk setiap masalah mak aku tapi akhirnya aku juga kecewa sebab mak akan cerita keburukan abah je. Bila aku bagi pandangan dari sudut positif mak tak nak terima. Mak aku jenis semua dia betul dan tak boleh lawan cakap dia. Kalau lawan mesti mak merajuk tak nak cakap dengan orang. Aku pulak yang stress dengan perangai mak. Tapi hadap je la. Mak aku cepat terasa pada benda-benda kecil dan selalu pikir negatif pada setiap perkara.
Sebagai seorang anak, aku nak sangat berbakti pada mak abah. Duit tiap bulan aku tetap bagi pada mereka. Aku selalu belanja keluarga makan luar. Aku suka tengok mereka makan ramai-ramai dan aku bayar. Ia satu kepuasan untuk aku hargai keluarga. Tapi semua yang aku buat hanya habuk sahaja pada mak.
Mak saya sayang mak, saya rindu mak. Saya nk peluk mak. Saya tak tahu apa salah saya sampai mak buat saya macam ni. Maafkan saya mak. Kawan-kawan yang baca confession ni, doakan untuk mak saya agar suatu hari nanti terbuka hati mak untuk solat 5 waktu, terbuka hati mak untuk menyayangi aku, terbuka hati mak untuk kembali ke pangkal jalan Allah. Mak juh sangat dengan Allah. Yang ni aku tak nak cerita, sebab panjang sangat nak dihuraikan. Terima kasih semua dengar luahan hatiku.
– Seroja
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit