Aku Sayang Mak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Nama ku Hujan, bukan nama sebenar. Sebelum memulakan cerita, aku minta maaf kalau tulisan dan bahasa agak huru-hara. Harap2 korang faham.

Aku berumur 24+ masih bujang dan masih tinggal dengan Mak. Aku dah lama plan keluar dari rumah ni sebab aku dah tak tahan dengan perangai kakak aku seorang ni (plan yang muncul bila tengah sakit hati).

Kakak aku seorang ni dah khawin dan ada anak 3. Mereka sekeluarga tinggal dengan Mak aku juga. Aku memang okay dengan dia, laki dia & anak2 dia.

Yang aku tak okay bila part kebersihan rumah, setiap pagi aku akan kemas,sapu, lap lantai. Setiap hari aku memang kena buat. Akak aku sejenis manusia yang bila dah tahu anak dia berak (dalam pampers) tapi dia tak terus basuh. Dia akan tunggu sejam dua jam baru dia basuh.

Kadang najis anak dia dah keluar dari pampers, kadang dia nampak tapi buat-buat buta sampai mak aku yang basuhkan. Kencing anak dia pun kadang dia nampak tapi dia main sapu saja.

Aku setiap hari lepas sapu dan mop lantai akan cuci penyapu dan mop tu sekali. Sebab aku tahu benda tu dah ada najis. Kalau benda tu tak cuci, satu rumah bau pelik.

Jujur aku kata, aku taklah pembersih sangat. Tapi aku orang yang baru belajar nak sempurnakan solat begitu juga dengan wudhu. Kadang bila aku dah ambil wudhu di dapur, memang wajib lalu ruang tamu.

Ruang tamu benda paling aku nak elak jejak sebab aku takut wudhu aku tak sah.

(Salah satu punca aku suka berkurung dalam bilik bila dah tak da kerja nak buat). Takut terpinjak air kencing yang dah kering ke apa kan. Kalau boleh aku nak mop setiap masa. Tapi aku juga tahu rasanya penat.

Anak-anak akak aku kalau bermain memang rumah akan bersepah habis-habisan.

Ya, normal la kan budak-budak main. Tapi yang tak normal nya bila tak reti kemas balik. Kalau pagi main sampai ke lusa juga la mainan tu masih tak di kemas. Aku okay, sebab ruang tamu memang bukan port yang aku suka jejak.

Tapi aku tak okay bila nampak mak aku yang kemaskan. Aku sakit hati tau tak. Sampai pernah sekali aku tegur akak aku pasal kemas lah balik bila anak-anak dia dah tak main kan.

Terus dia kata kat aku “kau pandai la cakap, kau belum ada anak lagi. Tunggu kau ada anak nanti.” Ya Allah, apa benda ni, aku tegur baik-baik kot.

Aku tengokk kakak-kakak aku yang lain ada anak juga tapi bila anak dia lepas sepahkan mereka ajar anak kemas balik. Kalau anak tak kemaskan pun mereka yang kemaskan. Tu baru part kemas mainan, belum lepas bagi anak-anak dia makan.

Nasi bersepah, lepas makan tak basuh pinggan mangkuk yang diguna. Kadang Mak aku yang buatkan, sampai aku pernah termarah mak aku sebab mak aku cucikan baju akak aku.

Sejak aku termarah tu, aku dah buat-buat buta kalau nampak Mak jemurkan baju-baju diaorang. Korang tahu tak, aku sakit hati sampai aku nangis dalam bilik. Aku sangat tak suka.

Kadang kalau aku malas nak kemas rumah, aku usahakan juga kemas sebab aku tak nak tangan Mak aku yang kemaskan.

Kalau boleh aku nak Mak aku duduk diam sambil tengok tv ke layan hobi tanam bunga ke macam tu. Pernah aku melarikan diri dari rumah ni dengan alasan cari kerja di negeri orang.

Awal-awal mak aku memang tak izinkan, tapi aku beli tiket juga dan bagitau last minute. Di negeri orang, aku dapat kerja okay, kawan sekerja okay, boss pun okay dan memang semuanya terlalu okay untuk aku.

Tapi hati aku tak tenang disebabkan berjauhan dengan mak, ni pertama kali aku jauh dengan mak.

Sampaikan aku tak contact mak aku, contact pun bila aku nak kirim duit sebab aku tak nak rasa bersalah ni timbul.

Tapi bila aku tengok story Whatsapp, Instagram segala Facebook yang akak aku up (yang tinggal dengan Mak). Aku makin tak tenang, rasa bersalah aku makin tinggi sebab tinggalkan mak seorang.

Sedia maklum, akak aku seorang ni memang suka jalan. Kadang dia akan stress bila sebulan dia tak jalan-jalan. Dia selalu mahukan “Me Time”.

Aku okay dan tak kisah pun bila kau nak ber ‘Me Time’ berjuta kali pun aku okay tapi tolonglah, tolong jangan susahkan Mak.

Jangan tinggalkan anak-anak dengan Mak, TOLONGLAH. Kadang suruh laki jaga, tapi laki pun duk hadap handphone sampai lupa nak check anak-anak sendiri. Haaa, lepastu mak aku juga lah yang tolong tengok-tengokkan.

Biasanya kalau aku ada di rumah, aku boleh la tolong sikit-sikit kan. Tapi aku dah terbayang keadaan mak aku jaga cucu 3 orang sendiri.

Dulu mak aku pernah kata ” Dari muda sampailah nak mati ni masih juga jaga anak “. Aku tak tahu nak respon apa, tapi aku sedih.

Lepas solat, aku tak henti doa supaya akak aku dilimpahkan rezeki melimpah ruah supaya boleh sewa atau buat rumah sendiri. Aku bukanlah anak baik, tapi aku usaha nak jadi yang terbaik untuk mak aku walau kenyataannya aku ni ‘ Beban Keluarga’.

Tak sampai setengah tahun aku kerja, aku ambil keputusan untuk berhenti dengan alasan nak balik rumah mak, tolong-tolong mak aku apa yang patut.

Akak tempat aku kerja terus cakap dengan aku macam ni “kau kena belajar berjauhan dengan Mak kau. Sebab one day bila Mak kau dah tak dah nanti tak lah kau terlalu sedih.”

Aku dengar ayat ni macam angin lalu, sebab aku memang tak setuju dengan apa yang akak tempat kerja tu kata. Bagi aku, selagi mak aku ada selagi tu aku nak berbakti dengan Mak.

Hari-hari nak tengok mak, nak jaga mak waktu sihat atau sakit. Tanpa henti doakan mak diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Korang doakan mak aku ya dan doakan aku untuk kuat dan sabar hadap perangai akak aku sorang ni.

Mesti korang tertanya-tanya, akak yang lain tak tahu ke perangai akak yang sorang ni. Tahu, tegur pun sudah siap nasihat baik-baik supaya mudah dihadam tapi tak makan juga.

Dan kami juga tahu, Mak terlalu sayang dengan anak dia sorang ni sampai mak tak berani nak tegur, marah segala.

Kenapa tak bawa mak tinggal dengan adik beradik yang lain ? Mak aku tak suka duduk bandar, pernah abang aku ajak bertidur rumah dia seminggu.

Seminggu tu jugalah Mak aku tak habis-habis bagitau nak balik lah, pokok bunga dia tak da yang siram lah, macam-macam alasan. Mak aku lebih selesa duduk rumah dia sendiri. Tak apa, aku ada selalu temani mak.

Terima kasih kerana baca sampai habis, Alhamdulillah mood aku dah okay sekarang hahahaha sebab masa mula-mula nak taip ni rasa marah aku membuak-buak. Aku sakit hati dengan akak aku pun, aku tetap sayang dia dunia akhirat.

– Hujan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *