Tajuk typical macam kisah cinta kan? Tapi tak, ini kisah aku, dan aku mohon nasihat serta kata-kata semangat supaya aku terus kuat. Maaf andai penulisan aku membosankan. Aku tak pandai mengarang.
Nama aku Rose, aku seorang perempuan dan Suraya sahabat terbaik aku. Kisah kami bermula ±-20 tahun yang lalu semasa kami di tingkatan 4. Tahun 2000.
Aku dan Suraya berkenalan semasa minggu orientasi di Sekolah Menengah Teknik. Dia gadis comel bermata bundar.Aku pula biasa biasa sahaja.
Kami rapat memandangkan kami sebilik walau berlainan kelas. Setiap aktiviti di asrama kami selalu berdua. Walaupun banyak perbezaan, tapi kami tetap BFF.
Aku di kelas engineering. Suraya pula pelajar sijil kemahiran. Aku atlit sekolah, Suraya takut berpanas. Walaupun begitu, kami serasi menjadi sahabat.
Selain cantik Suraya juga lemah lembut dan pemalu.dia gadis introvert. Sikap yang berlawanan dengan aku. walaupun begitu, kami saling melengkapi. Tapi jangan salah faham. Aku sayang Suraya sebagai sahabat. Naluri aku tak songsang okay…..
Di kelas aku rapat juga dengan seorang pelajar lelaki, Epul. Dan di sini lah bermulanya segala kekusutan.
Aku pernah confessed perasaan aku kat Epul. Lama juga aku syok sendiri, bestfriend aku Suraya pun tak tahu, ingatkan Epul pun ada perasaan pada aku. Aku bagi surat cinta tapi dia tolak.
Rupa rupanya dia rapat dengan aku sebab Suraya. Dah macam filem kuch kuch hotahai kan. Tapi itulah kenyataan.
Epul kata aku tak menepati ciri ciri wanita idaman dia. Tapi aku tak kisah lah. Aku jadi posmen untuk mereka pun ok je. Dua dua kawan aku.
Mula mula Suraya jual mahal. Tak nak layan Epul. Tapi akhirnya love puppies berputik jua. Setahun mereka bercinta. Sampailah habis SPM dan Suraya juga berjaya garaduated sijil kemahiranya.
Selepas itu senyap cerita tentang Epul. Suraya juga tak pernah bercerita tentangnya. Aku pun tak pernah tanya. Keputusan SPM Epul pun aku tak tahu.
Aku sambung belajar di maktab perguruan. Suraya pula bekerja sebagai pembantu taska. Masa tu kami Cuma berutus surat je. Sekali sekala aku call Suraya bertanya khabar.
Aku belum ada hp lagi masa tu. Suraya je. Call guna publick phone. Macam pasangan bercinta pulak. Nak jumpa memang tak dapat memandangkan kami berada di negeri berlainan.
Tahun ke 2 aku di maktab kami terputus hubungan. Mungkin kerana Kesibukan masing masing.
Masa berlalu. Tahun 2010. Aku dah jadi cikgu di negeri utara Semenanjung. Masa tu baru berjinak jinak dgn FB. Tak sangka aku jumpa semula dengan epul. Dia bagitau aku dia single. Dan dia ajak aku kahwin. Aku tanya dia tentang Suraya jawapan dia lost contact.
Saiful kerja sendiri. Berniaga buah buahan di negeri yang sama dengan aku. Sejak hari itu aku rapat semula dengan epul. Memandangkan aku pun masih single, asyik terputus je. Memilih sangat mak aku cakap.
Tapi kami Cuma bertelefon dan sms saja. Sesekali hujung minggu menonton wayang. Bahagianya bercinta macam anak remaja.
Sehinggalah pada suatu hari, epul kata dia jumpa Suraya. Masa tu Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati aku. Epul bagi alamat dan suruh aku pergi sendiri. Katanya dia tak mahu ganggu pertemuan semula aku dan Suraya.
Dipendekan cerita, aku ke rumah Suraya. Suraya ada 3 anak. 5 tahun 4 tahun dan baby 6 bulan. Dia suri rumah. Masih comel dengan mata bundarnya. Dan sedikit berisi Dia surirumah sepenuh masa.
Katanya sejak Epul bagitahu dah jumpa aku, setiap hari dia minta Epul bawa dia jumpa aku tapi katanya Epul selalu busy. Suraya tak boleh memandu. Rupa rupanya Epul suami dia. Mereka dah berkahwin 6 tahun. Allahuakbar.
Selepas pertemuan itu, malamnya Epul call aku. Bertanya tentang Suraya. Tanya aku sudi tak bermadukan Suraya. Aku Cuma cakap walau Suraya sudi sekalipun aku tak kan terima. Aku tak sanggup.
Alasan Epul Suraya membosankan, Suraya tak pandai bergaya, tak pandai bergaul, tak membantu kewangan. Dan beribu alasan dia ceritakan Kekurangan Suraya. Kasihan sahabatku.
Aku tetap menolak dan Epul ugut aku. Untuk bagitahu Suraya tentang surat yang aku tulis semasa zaman sekolah kami. Kononnya bukti aku masih berharap padanya. Sms2 kami. Gambar2 kami berdua.
Walaupun tak ada yang over pun. Tapi cukuplah buat Suraya benci aku. Kata Epul dia akan bagitahu Suraya aku yang kacau dia dulu. Sumpah, kalau aku tau epul dah berkahwin aku takkan layan dia.
Selepas itu aku diam. Panggilan dan sms epul aku abaikan. Fbnya aku blocked. Aku tak mahu terlibat dengannya lagi.
Satu hari Epul call aku. Berkali kali. Seperti biasa aku abaikan. Tetapi, smsnya “Aku Suraya, tolong jawab”
Itulah kali terakhir aku dengar suara Suraya. Memaki aku. Hilang sifat lemah lembutnya. Dia kata aku perampas. Kawan makan kawan. Sanggup goda suami kawan.
Dari awal perkahwinan lagi Suraya tahu Saiful curang. Cuma belum tertangkap siapa siapa kekasih gelap suaminya. Rupa rupanya aku sahabat baiknya sendiri. Speechless aku jadinya. Berat tuduhan itu.
Tapi, Aku Cuma mampu minta maaf.
Suraya minta aku jauhkan diri dari kehidupan mereka. Dan aku bukan lagi sahabat dia. Katanya dia benci aku. Sungguh, aku tak salahkan Suraya. Sakitnya dicurangi, kalau aku jadi dia mungkin lagi teruk tindakan aku.
Aku benci Epul, suaminya. Sampai hari ini aku takkan maafkan Epul yang merosakan persahabatan Suraya dan aku. Aku benci Epul kerana curang terhadap Suraya.
Mungkin ada yang anggap aku kecewa kerana cinta dengan Epul tak kesampaian. Tidak, aku tak kisah sikitpun. Cinta aku dan Epul takde makna apa pun. Sebulan dua je kot.
Aku Rindukan Suraya, dia sahabat terbaik yang pernah aku ada. 9 tahun terpisah. Jumpa semula dan akhirnya terus menghila
2021, 10 tahun berlalu, kini aku dah ada suami dan seorang anak pun, Alhamdulillah, syukur. Tapi jauh di sudut hati aku masih berharap Suraya masih ingat akan persahabatan kami. Apa khabar mereka sekarang? Aku tak tahu.
Suraya, maafkan aku…
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit