Salam pembaca semua,
Aku terpanggil nak ceritakan pengalaman sebagai anak orang tabligh lepas baca confession isteri orang tabligh tu
Mula-mula aku nak bagitau, tabligh ni sebenarnya maksudnya menyampaikan dari segi bahasanya. Dan aktiviti dalam tabligh ni banyak dalam 1 hari tu dia akan ada banyak aktiviti. Dari bangun tahajjud sampai la ke tidur malam. Setiap waktu sangat dijaga dan tidak dibazirkan. Mereka ni sebenarnya matlamat utama nak hidupkan semula sunnah nabi dan masjid2 serta nak memulihkan semula umat Islam kita.
Ok bapak aku memang dari dia zaman universiti dah bergiat dengan tabligh ni. Dari umur muda-muda dah pegi India Pakistan dan Bangladesh. Sebab situ kira macam pusat untuk tabligh ni dan orang yg mengasaskan tabligh ni Maulana Ilyas yang asaskan jemaah tabligh ni dari India.
Sampai la aku dah kahwin bapak n mak aku masih aktif lagi usaha tabligh dan sekarang sedang khuruj di luar negara. Adik beradik lelaki aku semua dah biasa dengan tabligh. Semua ikut sekali la. Kira kitorang memang keluarga jemaah tabligh la. Masa aku kecik-kecik dulu bila cuti sekolah je mesti bapak aku keluar 40 hari dan kitorang ni bukan macam family biasa yang cuti2 sekolah dapat pergi becuti merata tempat sebabnya bapak aku keluar tabligh. Tapi aku n adik2 tak pernah rasa benda tu jadi 1 masalah besar.
Mak aku pernah cerita masa kecik2 dulu bapak aku adalah tinggal sebab nak keluar tabligh ni tapi mak aku kata Mashallah, memang Allah jaga family kami. Selama bapak aku pernah keluar tabligh ni tak pernah rumah kitorang kena rompak ke masuk pencuri ke, atau ada masalah apa-apa. Even pernah sekali tu mak aku bangun pagi nak basuh baju kat washing machine, dia tengok soket tu dah habis terbakar sebab litar pintas kot tapi Mashallah, kepala plug washing machine tu dah tercabut padahal kepala tu tak pernah cabut dari soket tu. Ni aku bukan nak gebang cakap besar ke apa tapi aku percaya semua ni sebab Allah jaga family kami. Kullu min fadhli rabbi.
Pastu mak aku pernah cerita pernah bapak aku nak keluar tapi mak aku macam halang la sebab nak minta tolong tengok anak-anak. Pastu bapak aku tak jadi la keluar tabligh masa tu padahal dah ready2 nak pegi. Malam tu mak aku mimpi ada beberapa orang lelaki berjubah dan berserban putih datang cari bapak aku kat mak aku tanya kenapa dia tak ikut keluar tabligh haritu. Mak aku memang rasa bersalah lepas mimpi tu.
Pernah je lagi ada 1 kejadian tu adik-adik aku tengah keluar tabligh sekali dengan bapak aku tengah duduk- duduk kat luar masjid masa malam nampak ada 4 org lelaki berserban berjubah hijau datang nak masjid tapi tiba2 hilang dari pandangan. Boleh jadi mereka ni malaikat. Wallahualam….
Dan ada 1 kejadian kawan bapak aku keluar tabligh jugak, masa nak berkemas dari masjid lama ni nak pindah ke masjid baru dia terlupa pisau untuk buat memasak. Masa dalam perjalanan nak ke masjid 1 tu baru dia ingat. Tp dia teruskan je lah perjalanan, sebab dah jauh nak patah balik. Bila sampai kat masjid satu lagi tau apa jadi? Mashallah…. pisau yang sama tu dah ada kat masjid satu tu lagi.
Lepastu rumah2 org tabligh ni biasa dia akan buat aktiviti taklim bacaan hadis gitu. Selalu rumah aku buat antara maghrib isyak, diceritakan la oleh kawan tabligh mak aku ada 1 rumah ni selalu dia amalkan bacaan taklim ni, jiran2 rumah dia nampak bumbung rumah dia tu bercahaya sampai ke langit. Jiran2 ingat diorang pasang spotlight ke apa. Tapi benar janji Allah tu pasti. Bila kita buat majlis ilmu Allah jadikan rumah kita tu bercahaya.
Ni sedikit sebanyak aku boleh kongsi cerita tabligh dari family aku. Sekadar berkongsi bukan riak ke apa. Terpulang nak percaya ke tak. Memang best join tabligh ni tapi cerita pahit pun banyak. Cemuhan dan orang tak suka tu dah biasa la.untuk bapak aku. Pernah bapak aku kena halau dari rumah orang masa nak ziarah ajak datang masjid. Aku minta kat semua tolong la jangan layan jemaah tabligh ni macamtu. Sebab diorang ni cuma nak berdakwah untuk umat. Kalau pendakwah segera kat tv tu korang boleh terima kenapa jemaah tabligh ni tak boleh pulak?
Mungkin ada yg nampak orang2 tabligh ni selekeh ke apa. Tapi orang2 yg selekeh ni la sebenarnya berpangkat besar n bergelaran datuk join jemaah ni. Nampak tak macamana jemaah mengajar kita untuk merendah diri.
Jemaah tabligh ni sebenarnya sangat cantik sistemnya. Cuba korang dalami macamana sistem dia. Cantik dan teratur tapi mungkin orang yg membawa tabligh tu yg kadang2 tak reti bawa nama jemaah, ada je orang join tabligh tapi tengok porn, ambik dadah semua. Tapi yelah kan jangan tengok kepada si pembawa tu tapi tengok kepada ajaran apa yg dibawa oleh jemaah tu. Bagaimana dia mengajak kepadaa perbuatan baik
Aku harap akan ada lebih ramai ahli keluarga tabligh muncul ceritakan pengalaman anda sebagai jemaah tabligh.
Sekian terima kasih
– Kak Long
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit