Hai semua pembaca.. Nama aku Vanila (opkos nama samaran) aku seorang isteri yang ada anak.. Hubungan dengan suami alhamdulilah baik sahaja..
Dekat sini aku nak luahkan apa yang aku lalui sampai ke hari ini….
Aku bekerja di sebuah syarikat kecil yang sedang membangun.. Sebenarnya aku baru ja mula bekerja di tempat tu… Dalam lebih kurang 5 bulan macam tu..
Pada mula perkenalan dengan bos aku rasa dia ok.. Tapi setelah saban waktu aku rasa bos aku tu macam sesuatu..
Aku tak pasti sama ada perasaan aku saja or benaran..
Beliau sangat terkenal dengan sikap yang kurang disenangi oleh ramai pekerja.. Kira banyakkan pekerja tak suka cara dia…
Tapi bila dengan aku bos tersangatlah lain… Tak kira la cara percakapan atau perbuatan dia.. Dia jadi tersangat baik setiap berbicara…
Sampai ada yang kata aku ada apa-apa dengan bos..
Ya, tak di nafikan bos sangat lain cara layanan tu… Aku pun tak pasti kenapa…
Ada juga staf kata jaga-jaga dengan bos sebab dia lelaki.. Dan suami orang…
Aku tahu semua tu sebab aku pun isteri orang… Tentu la aku rasa tidak selesa sekiranya beliau sering mendekati aku…
Tapi kenapa sejak kebelakangan ini aku seolah-olah macam orang mabuk rindu bos sendiri…
Aku sendiri tak faham kenapa aku ada perasaan itu… Sampai aku rasa berdosa dengan suami sendiri..
Aku sangatlah bersifat terbuka dengan suami… Semua benda aku maklum kepada suami.. Tapi suami aku seolah-olah tiada respon..
Sekarang aku cuma meluahkan kepada rakan baik aku sahaja… Tapi rakan aku juga menasihati agar aku berhati-hati dalam pelbagai aspek..
Sekian cerita aku… Aku harap aku dapat pandangan yang baik-baik dari kalian para pembaca..
– Vanila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Elok la awak jauhkan diri, cari jer kerja lain, sebelum bencana kat rumahtangga awak nanti