Aku Sebagai Penyelia Asrama

Assalamualaikum… Terima kasih kerana menyiarkan cerita aku. Nama Aku Rohaya umur 43 tahun, bekerja sebagai penyelia asrama (kontrak) di bawah kerajaan negeri. Aku dah bekerja sebagai penyelia asrama selama lebih dari 15 tahun. Mcm2 pengalaman aku yang boleh dikatakan lebih banyak pahit dari manis. Tapi aku pon pelik macam mana Aku bole bertahan, hahaha…

Mula2 aku berkhidmat dalam dunia penyelia asrama adalah di sekolah agama. Dh nama pon sekolah agama dalam otak aku dah terbayang semua mesti suci murni, masing2 dengan tudung labuh, kopiah bagai. Mesti suasana aman, tenang, damai sebab dikelilingi orang yang agamanye cukup didada. Tapi semua tu hanya angan2 belaka. Bermimpi disiang hari rupanya aku ni, huhuhu….

Aku ni jenis tak banyak cakap tapi kadang2 bole jadi peramah.. Tapi sekali aku cakap memang boleh bernanah telinga. Aku suka kerja yang sistematik, suka kepada peraturan, suka benda yang bersih dan teratur. Bila benda tak kemas atau sepah aku akan tolong kemas tanpa mengharap balasan dan pujian.

Tapi benda sebaliknya jadi. Aku dibenci, aku dipulau, aku dijadikan musuh hanya kerana aku buat kerja dengan bersungguh2. Bukan aku nak puji diri aku, tapi keje aku memang tip top, aku tak pernah tak siapkan kerja bila diarahkan pengetua, walaupun hati membentak tapi aku tetap laksanakan kerana aku sedar aku adalah “saya yang mengikut arahan”.

Bila semua kehendak pengetua aku turutkan, lama2 pengetua akan mengarahkan aku apa saja walaupun bukan kerja aku. Aku bengang tapi tetap tak melawan. Hari2 aku berdoa sebab apa benda ni aku kena lalui. Akhirnya doa aku dijawab. Rupanya sebelum kehadiran aku pengetua lelah mengarahkan warden tetapi dipandang sepi. Pengetua tidak berani tegur hanya kerana mereka kawan dan ada dikalangan mereka adalah tahfiz.

Patutlah warden semua tak suka aku dan sanggup sebarkan fitnah aku pada guru dan staf. Walhal aku berborak pun tidak dengan mereka tapi kisah aku dijaja satu sekolah.. Sape tak sedihkan. Bila buat kerja tak harap apa2 tapi difitnah berbakul2.. buat kerja macam lembu, tapi orang yang buat kerja dijulang dan diberi APC.

Aku bangkit dari semua itu, aku hanya nak balasan dari Allah dan kepuasan dalam bekerja. Ye… Satu2 aku berjaya. Setiap kali audit kewangan, iso, penaziran nama aku dijulang dan disebut2 oleh auditor. Semua memuji hasil kerja aku.. Aku mampu gerak seorang dengan siapkan 13 fail tanpa kesilapan. Bila nama aku disebut2 hanya seorang dua sahaja yang menepuk tangan. Hahaha, nampak tak ramai yang tak suka bila aku dipuji…. Hahaha (gelak jahat)..

Kalau di sekolah dan asrama semua membenci aku, tapi berbeza di jabatan. Aku disayangi kerana hasil kerja aku. Alhamdulillah ya Allah…. Kalau nak diikotkan boleh dikatakan warden di asrama aku memang tak telus dengan amanah yang digalas. Kerap bercakap belakang.

Bila ditawar jadi warden tidak menolak, tapi bila disuruh bertugas 1001 alasan diberi. Kerap jadikan alasan “ko ingat RM240 cukup ke???? Aku memang pelik dengan spisis macam ni. Hahaha. Nak dibandingkan dengan gaji aku dengan dorang bagai langit dan bumi.

Aku bekerja kadang2 sampai tengah malam, cuti macam tak cuti.. tapi aku rasa puas dengan kerja aku. Dulu penyelia asrama menguruskan pelajar sakit ke klinik. Masa ni memang aku aku guna kereta aku untuk usung pelajar dan bertapa di klinik @ hospital. Kadang2 sampai tertidur menunggu pelajar siap di rawat.

Selepas dah siap semua tu, aku bawa mereka makan pula. Keluar duit lagi. Yelah dah nama pon pelajar mana la dorang banyak duit. Tapi aku tak pernah merungut pon. Sebab aku tahu ada hikmah Allah sediakan untuk aku..

Bila aku kerap melayan karenah anak2 aku disayangi pelajar. Sampai kan macam2 anugerah aku dapat dari mereka. Bila benda ini terjadi ramai orang tidak suka dengan suasana tersebut. Mereka mula menyebarkan cerita yang bukan2 kepada pelajar. Allahu… Sampai hati korang buat aku macam ni..

Tapi Allah maha adil, pelajar tahu membezakan mana intan mana kaca. Mereka semua berdiri setia belakang aku… Yang buat aku terharu bila dorang kata, akak tak pernah burukkan warden, tapi warden selalu burukkan akak. Akak yang selalu ada di asrama tak kira waktu. Tapi warden bayang pon takda.

Selama aku jadi penyelia asrama, aku bergerak solo. Aku jadi orang yang sangat2 berhati2 memilih kawan.. bagi aku sendiri lebih baik. Lama kelamaan aku jadi lali bila dipulaukan hahah..

Boleh dikatakan semua warden yang pernah bekerja dengan aku semua sampah.. semua hipokrit, talam dua muka. Buat kerja semua berkira, semua nak kan bayaran. Baru buat kerja sikit dia punya cerita gajah pon boleh terbang. Hidup mereka cuma nak cari salah penyelia asrama. Kalau aku buat silap dorang berjemaah bahan dan perli aku..

Pernah aku bertekak dengan pkhem aku, gara2 dia nk naik asrama perempuan waktu pelajar ada Di asrama. Pkhem aku lelaki tau. Ada ke patut dia kata saya nak memantau ape budak2 buat. Aku memang tak boleh terima sebab banyak aurat nak dijaga. Aku kata kalau ustaz nak naik kena berurusan dengan saya dulu. Tak kiralah ustaz siapa, selagi bergelar lelaki jangan suka2 nk masuk kawasan asrama perempuan.

Aku juga antara yang membangkang bila warden lelaki bertugas di asrama perempuan. Mereka semua kerap hujahkan aku suka buat kepala sendiri, aku balas balik bila masa ustaz dilantik untuk jadi warden di asrama perempuan, sekali pon ustaz ni “ustaz” tapi ustaz tetap lelaki yang bernafsu… Sejak itu aku semakin dibenci, hahaha…

Jika aku tak memekak dan menjerit dengan penghuni asrama, memang asrama tu dah macam tongkang pecah, nama je sekolah agama tapi nilai kebersihan tiada dalam jiwa mereka. Benda ni jadi sebab semua warden lepas tangan. Pengetua sendiri sedia maklum tapi entahlah hanya sekadar membebel dan mengeluh di belakang tabir sahaja.

Sehingga kini walaupon aku dah bertukar2 tempat bertugas, masalah yang sama masih berlaku. Warden dengan hujah yang sama, elaun sikit bebanan kerja melambak. Hakikatnya bukan selalu pelajar sakit, bukan selalu histeria, bukan selalu ada masalah buli, bukan selalu pelajar buat hal. Macam mana pelajar nak hormat kalau warden sendiri tiada akhlak yang tinggi.

Pelajar ni bila nampak peluang memang dorang akan grab. Tapi kita sebagai orang tua kena bijak hadap. Bukan meroyan nak menyalahkan orang. Tugas warden ni banyak kepada kebajikan dan tarbiah pelajar.. warden hanya tahu meminta tapi tidak tahu hendak memberi…

Tiada istilah warden terpaksa rela jadi warden. Jika di sekolah aku semua jadi warden sebab nak duduk umah warden free. Hahaha, nampak tak.. semua benda nak free, elaun dapat, rumah free, bilik free, waktu persekolahan warden masih di bilik warden dengan berkain batik atau pelekat hahaha, tapi tak nak bertugas.. semua orang nampak isu ini, tapi sebab mereka kawan2 wardenkan, so kes close haha.

Kes buli bagai, bawa barang terlarang semua tu jadi sebab tiada rocall dan spotcek. Jadi jangan salahkan pelajar kalau buat perkara diluar kotak pemikiran kita. Jadilah pekerja yang amanah dan bermaruah dalam menjalankan tugas. Tidak kira di kerusi yang paling atas hingga mereka yang dianggap “askar”. Jangan jadi penumpang yang gemar makanan percuma. Jangan jadi parasit.

Lihat saja keadaan di dalam dorm dan tandas, ini jelas menggambarkan bagaimana pentadbiran dan pengurusan warden. Dengan baju yang bersepah, katil berselerak, tandas kotor. Bila jabatan atau orang luar datang semua indah, hahaha. Pengetua pula seakan merelakan benda ni jadi..

Maaflah jika aku emosi. Tapi inilah yang aku rasa selama ini. Kepada pengetua tolonglah tegas dalam jadi pemimpin. Kepada pihak jabatan buatlah spotcek mengejut bukannya spotcek yang telah dimaklumkan awal.. Sedarilah semakin lama keadaan semakin tenat.. Warden yang bermasalah ditukar, diluar ramai lagi yang memerlukan kerja..

– Rohaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *