Aku Sebagai Tukang Tangkap Gambar Upahan

Aku, tukang tangkap gambar upahan.

Salam, macam biasa, intro yang akan ditulis terlebih dahulu : terima kasih admin publish hasil penulisan aku. Aku cuma nak kongsikan view aku sebagai orang yang diupah untuk tangkap gambar atau dengan kata lain orang panggil : fotografer atau cameraman. Agak cliché kot kerja ni. Mungkin korang cakap, “ala fotografer ambik gambar je pun”, korang tak tahu realiti sebenar hidup seorang fotografer. Lebih-lebih lagi kalau dah mula serius dalam bidang ni, banyak kena labur duit weh. Dah berpuluh ribu aku habiskan duit. Aku pernah pass job fotografi yang client request nak pakej yang low price pada junior fotografer aku, dia baru je nak berjinak dalam dunia wedding photography, dia bagi statement, “Baru tahu kerja fotografer ni susah”.

Ok, aku bukan nak bincang pasal kerja fotografer ni susah ke tak, aku cuma nak kongsi pendapat dan pengalaman aku dalam dunia wedding photography. Aku ni cuma fotografer kampung je, kalau kat bandar tu lain la pulak keadaannya.

Taknak cakap panjang lagi. Meh aku list-kan apa yang aku alami sebagai fotografer untuk majlis perkahwinan :
1. Join geng mengumpat
Kadang-kadang ada mak andam atau geng-geng bridal yang akan tunggu di majlis perkahwinan pelanggan dia sampai habis. Geng-geng tu jugak akan rapat dengan fotografer. Aku cakap terus terang la ye, prinsip aku “be professional”, aku tak berapa nak ngam kalau tiba-tiba ada yang ajak aku mengumpat. Biasanya geng mak andam atau bridal tu la yang akan ajak mengumpat. Dah la waktu ngumpat di majlis perkahwinan orang, kadang-kadang atas rumah pengantin, aku rasa hangin la sikit jenis suka mengumpat, suka complaint itu dan ini pasal orang lain. Di majlis orang, kena jaga adab. Nak kutuk sangat, paling kurang pun kutuk di luar majlis. Aku pelik jugak jenis suka kisah hal orang lain, sikit-sikit nak ngumpat, bisik-bisik, dah la bisik kat aku, tak layan nanti kang duk canang cerita aku ni fotografer yang sombong, terpaksa aku iyakan je tapi aku cuba nak lari dari diorang. Korang rasa elok ke tak perangai macam ni?

2. Pelamin bermasalah
Aku hangin la jugak jenis pelamin bermasalah. Benda ni jugak biasanya dialami oleh fotografer kampung, sebab ramai pengantin yang buat kenduri di rumah, kalau kat dewan biasanya jarang ada masalah dan lighting pun ok. Kadang-kadang jumpa geng bridal yang belum dinaik taraf, masih guna lampu warna warni untuk pelamin, lampu kuning yang terang giler, letak pelamin depan tiang atau kalau ada jenis pelamin luar rumah, yang paling teruk pelamin tu direct kena cahaya matahari. Korang imagine la macam mana, pengantin berpeluh sebab panas, mata sepet dan dalam gambar pelamin tu nampak separuh terang sangat, separuh gelap, cahaya pelamin atau cahaya dari speedlight pun takde fungsi dah. Akhirnya, nak siapkan album pun fotografer kena menangis dulu nak mengedit gambar, stress hidup fotografer yang kena tanggung benda macam ni. Gambar tak cantik salahkan fotografer kan? Tolong la bridal semua, nak pasang pelamin pun, prepare awal-awal, pergi dulu tinjau rumah pengantin sebulan / seminggu / beberapa hari sebelum majlis & bukannya main hentam letak je mana-mana site rumah pengantin. Korang kena paham bab lighting, position, sudut dan macam-macam lagi. Be professional la, takkan taknak naik taraf duk buat pelamin style lama je. Lagi satu, aku pantang dengar mak andam atau bridal cakap, “takpe, fotografer edit”, dia ingat mengedit tu ambil masa satu saat? Jangan susahkan kerja orang lain, lepas majlis pun fotografer takde masa nak rehat untuk siapkan editing & album client.

3. Majlis tak teratur
Fotografer sebenarnya orang yang diupah untuk tangkap gambar, tapi dalam masa yang sama ada jugak kadang-kadang fotografer yang jadi tukang uruskan majlis. Bila tanya pasal tentatif, ada pengantin yang terkebil-kebil nak jawab. Kadang-kadang tanya melalui whatsapp, ada yang tak balas sebab bagi diorang tentative majlis tu untuk majlis yang besar je. Waktu majlis perkahwinan berlangsung, mula-lah bising sebab tak tahu apa yang perlu buat waktu tu. So, fotografer yang akan tanya pengantin dan guide diorang. Pernah terjadi family gaduh sebab langgar adat waktu majlis perkahwinan berlangsung, aku sebagai fotografer terkebil-kebil tengok diorang. Yang paling tragis, datang sorang mak andam salahkan aku, “Haa..awak patut aware (aku lupa maksud aware dlm bm) benda ni. Awak kena pastikan pengantin bla..bla..”, ape kejadah kau salahkan aku wahai makcik??? Aku diupah tangkap gambar bukannya wedding planner. Kepada bakal pengantin sekalian, mohon ada tentatif dan planning untuk perkahwinan korang. Tak kira la majlis kecik, sederhana atau besar, pastikan majlis korang berjalan dengan lancar. Ni tak, majlis berlangsung je korang tanya fotografer, lepas ni nak buat apa? Mana la aku tau, bila tanya pengantin tentang aturcara sebelum majlis diorang, mereka jawab acuh tak acuh je..dah la tu majlis korang, takkan aku kena guide dari sebelum majlis, ada sesi merenjis, potong kek ke apa.. Mohon bagi cas tambahan la kalau nak aku jadi wedding planner korang.

4. Family pengantin terlebih “over”
Aku pernah jumpa family yang terlebih over, pengantin biasa je, dia pulak yang melebih-lebih itu dan ini. Semua benda dia nak conquer. Tambah menyakitkan hati, mulut masing-masing tu membuatkan aku jadi insan yang soleh kejap, ye la, aku terpaksa istighfar untuk hilangkan kemarahan dan kena terus bersabar. Pengantin tengah posing, diorang menyampuk. Buat itu salah, ini salah, tegur diorang lagi-lah kita ni salah! Aku kesian pada pengantin, aku harap dia bahagia je dengan keluarga macam tu. Sebab aku perasan, wajah pengantin berubah je waktu majlis berlangsung. Tak nak gaduh-gaduh waktu majlis perkahwinan macam ni, nanti jadi sejarah hitam dalam hidup pengantin pulak. Mohon family pengantin jangan masuk campur dengan urusan fotografer. Kitorang tahu nak buat kerja macam mana, lagi korang masuk campur lagi teruk keadaannya. Ada pengantin segan kalau berposing depan family yang tak berkelip duk tengok atas bawah pengantin, lepas tu tegur mulut pengantin tu kena muncung sikit la bagi seksi, badan kena lenggok la, apa la.. Pengantin stress, aku bertambah stress.

5. Membanding-bandingkan dengan fotografer lain
Yang ni jarang sangat pengantin yang compare, setakat ni takde lagi aku dapat client duk compare hasil kerja aku, majoritinya of course la family pengantin yang melebih-lebih duk cakap fotografer tak reti la, apa la, posing membosankan la. Masalah sekarang yang hired aku tu pengantin, bukannya family pengantin. Aku rasa next time aku akan bagi nasihat pengantin terlebih dahulu, nak hired photographer kena bincang dengan family. Takpun, kalau nak hired, jangan pulak sebab malas nak cari fotografer lain atau sebab terpaksa, please sangat wahai pengantin, korang nak upah fotografer, kena tengok hasil kerja diorang dulu. Jangan pulak duk request benda bukan-bukan, kalau majlis bayar 3 – 6 ribu per majlis takpe la jugak, kalau setakat pakej biasa, mohon berlagak biasa jugak la ye. Ada yang request nak gambar nampak macam dunia lain la, nak gambar macam kat London, nak langit nampak oren, macam-macamlah. Kita iyekan dulu waktu shoot gambar, lepas tu jangan terkejut kalau kitorang mintak tambah duit untuk pakej korang. Fotografer ni lain-lain gaya diorang, kitorang bukannya ada gaya sama dan bukan tangkap gambar je.. Ada fotografer yang masih guna cara lama, posing ala-ala orang dulu, boleh dikatakan budak muda sekarang takde dah posing kaku cara lama, kitorang tahu cara nak hasilkan posing yang tak nampak kaku, natural dan nampak happy je.

6. Photographer tak bertauliah tambahan
Kalau ada tetamu / sedara yang datang bawa kamera DSLR di majlis kawin client aku, benda first aku tengok jenis body dan lens. Kalau yang basic punya, sah-sah diorang photographer tak bertauliah. Yang bertauliah takde lagi setakat ni, kalau ada pun, mati la aku duk saling kejar position dengan dia. Bayangkanlah wehh..client bayar aku, tiba-tiba ada orang lain conquer majlis tu dengan kamera dia sendiri. Semua angle dia nak tibai. Dah la aku nak pastikan aku bagi hasil gambar terbaik untuk client aku. Gambar huduh marah fotografer pulak. Ye la, kita duk amik gambar, tiba2 terkejut ada raksasa manusia duk bertenggek sebelah aku, nak jugak amik gambar position sama dengan aku. Lagi teruk, dia yang lebih-lebih nak duduk depan pengantin, bila suruh ketepi sikit..beberapa minit kemudia ada balik duk conquer tengah pengantin. Aku pun takde mood nak amik gambar. So, harap sangat bakal pengantin, kalau korang dah ada “photographer sendiri”, korang tak payah amik photographer lain. Kalau nak jugak hire photographer bertauliah, sila bagi kerjasama suruh orang yang bawa DSLR tu, stop ambil gambar dan melebih-lebih di majlis korang.

7. Banyak persalinan baju
Bila aku dengar ayat, “saya ada 4 lagi baju lain”, aku dah mula rasa nak pitam. Buat apa weh, sia-sia je posing baju lawa di pelamin yang sama. Korang sebagai pengantin bukannya jadi model baju nak posing untuk jual baju online. Nak tukar persalinan satu hal (lambat) dan serba salah nak snap satu dua gambar lepas tu tukar baju. Buang masa dan buang duit kalau nak sewa baju yang banyak. Trend persalinan banyak ni aku rasa dah lapuk. Lagipun majlis kahwin ni, jangan duk fokus benda lain sampai tetamu pun tak sempat korang nak layan.

Aku budak baru lagi dalam bidang ni so, aku harap kalau pembaca lain ada pengalaman sendiri, korang kongsi la jugak diruangan komen ye. Aku pun nak tahu jugak apa yang korang alami. Jangan duk compare la kalau job korang di dewan besar dan ada tentative sendiri. Aku ni cuma fotografer biasa je, fotografer kampung, job untuk majlis besar tu jarang la sangat ada.

Untuk bakal pengantin, mohon cari fotografer terbaik. Gambar tu lebih penting dari pelamin atau baju korang yang mahal tu. Gambar ni kena simpan sampai ke anak cucu, sampai korang mereput pun gambar tu masih lagi penting, barang bersejarah la orang cakap, majlis kahwin korang sekali dalam hidup weh. Sebab tu jangan lokek sangat nak bayar harga fotografer yang mahal. Price tinggi, hasil gambar gerenti puas hati. Ni tak, tahu nak cari pakej fotografi murah lepas tu nak hasil gambar macam retis. Takpun ambil pakej paling murah, tapi duk layan fotografer macam sampah, harapkan fotografer ambil gambar dari pukul 7 pagi sampai 10 malam untuk majlis kahwin tu & nak semua gambar diedit. Jangan layan sangat species macam ni, dia ingat benda ni senang, selagi korang tak berada dalam situasi kitorang, korang takkan tahu betapa penat kerja ni. Tapi disebabkan passion kitorang tinggi, fotografi tu ibarat cinta hati, biarpun berpenat lelah, biarpun berpanas, biarpun redah hujan, kitorang tetap ada semangat yang berkobar-kobar nak tangkap gambar untuk client dan pastikan memori diorang akan disimpan hingga bila-bila.

Maaf la kalau ayat aku ni buat-kan orang lain tersentap. Benda ni dah lama aku pendam, aku bukan jenis tak puas hati dengan client lepas tu luah di media sosial aku sendiri so, aku rasa kat sini tempat terbaik untuk aku share. Takdela client aku tersentap atau terasa hati dengan aku. Post sini, takde sapa tahu identity aku. Lagipun, benda ni dapat buka mata orang lain jugak, mana yang keruh korang buang, ambil yang jernih je. Fotografer ni hati kena cekal. Aku dah jumpa ramai fotografer yang berhenti tengah jalan sebab tak mampu nak teruskan kerja yang penat macam ni. Doakan aku dapat teruskan kerja ni sampai bila-bila ye. Amin..

– Budak kamera

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit