Aku Seorang Wedding Planner
Hai admin IIUMC..thanks sebab siarkan post aku ni..
Aku nak buat confession kat sini. Liku-liku hidup sebagai seorang wedding planner. Wedding planner ni tugasnya berat. Sebab amanah orang yang nak kahwin tu ada pada bahu kita. Sangat berat.
Sepanjang bergelar wedding planner, ada macam-macam ragam pelanggan aku jumpa. Tapi mostly memang menguji kesabaran aku.
Kepada sesiapa yang nak kahwin tu, aku nasihat kan,PENTING untuk korang semua tahu bajet korang sendiri. Sebab dekat sini,wedding planner boleh tahu pakej mana yang sesuai dengan bajet korang.
Paling banyak aku handle kes yang kadang-kadang otak aku tak boleh nak proses pemikiran orang macam ni. Dia whatssapp aku tanya pasal pakej.
Aku akan reply balik dan tanya dia berapa bajet dia. Then dia cakap rm1000 untuk full pakej bridal. Maksudnya ada pelamin rumah, ada makeup dua kali (nikah dan sanding) ,ada baju sanding sepasang lelaki dan perempuan, walkway dan sebagai nya. Ok aku memang boleh bagi tu semua. Sekali dia hantar gambar pelamin idaman dia kat aku. Aku senyum kambing je tengok gambar tu. Dia hantar kat aku screenshot IG gambar pelamin dari wedding planner yg famous. Like seriously.? Dengan bajet kau yg sebanyak itu,berani kau tunjuk gambar pelamin mewah dari wedding planner yang famous tu.? Time ni otak aku akan dah stop proses pasal orang camni. Wahai adik-adikku sekalian,tak salah nak idamkan pelamin macam tu, tapi sila revise balik bajet anda. Tolonglah. Tolonglah. Dengan bunga berkepuk-kepuk (lebat), kerusi mahal, dan aksesori sarat begitu,sudah pasti harganya mahal adik-adik sekalian. Kalau tak mampu,buat cara tak mampu. Harga yang kami letakkan semangnya berpadanan dengan apa yang anda bayar(untuk wedding planner yang jujur mcm aku)
Kos pekerja,kos lori,kos tenaga kami. Semua tu korang tak fikir ke.? Barang-barang pelamin pun berat-berat. Harga bunga pula mahal, tambahan lagi dengan GST sekarang ni. Kami wedding planner terpaksa bayar GST bila nak beli barang tapi kami tak kenakan pun GST untuk perkhidmatan kami kepada anda. Adik adik sekalian yang nak kahwin boleh pergi ke kedai bunga dan cubalah kira kos untuk bunga berkepuk idaman korang tu. Aku nasihatkan bawa kalkulator untuk pengiraan yang tepat dan jitu. Mesti pengsan.Hihi.
Dan paling aku pelik,kenapa dia tak tanya direct je dekat wedding planner yg famous tu pasal pelamin tu.? Sebab memang terang-terang itu dia punya pelamin kan.? Pergi je lah tanya terus kepada tuan empunya badan. Ke takut kena cas mahal sebab dia famous.? Tau pulak kau berfikir kan.?
Kalau yang nak ambil full pakej termasuk katering pulak, ada yang nak 10k sahaja. Aku ulang. rm10k. Adik adik tolonglah waras sikit. Katering sekarang ni dah cecah rm9 sekepala paling kurang (kat tempat aku,bukan KL). Adik semua cuba main siti sifir. Darab dengan 500 pax. Jumlah untuk makan sahaja dah rm4500, dj pula rm500, fotografer dah rm2000 (paling cikai),khemah nak 9 buah siap scallop rm250 darab 9. Total rm9250. Baki ada tinggal untuk wedding planner rm750 sahaja. Tolak lori. berapa yang tinggal untuk kami.? Hasil titik peluh kami siapa yang nak bayar.? Kemudian boleh lagi demand nak pelamin bunga kepuk dan lebat. Aku tak boleh brain orang cmni.
Itu baru kes tak ukur baju di badan sendiri. Belum lagi hal kawan-kawan rapat yang tahu kau ada bisnes wedding planner. Wah bukan main lagi kau mintak harga member member kan.? Kalau kau kawan sejati, kau takkan mintak murah dekat kawan kau si wedding planner ni. Satu kau kena faham, kawan kau ni cari rezeki untuk hidup,nak survive. Kau boleh mintak harga diskaun pulak.? Memang akan ada yang cakap eh,bukan ke barang pelamin tu semua beli sekali dan boleh pakai semula. Kat sini aku akan senyum kambing kali kedua.
Serius aku cakap, barang pelamin akan rosak (mostly) lepas je habis majlis. Karpet bulu tebal kaler putih gebu tetiba ada kesan tapak kasut (kasut yea..bukan kaki) . Untuk kes macam ni,aku terpaksa hantar cuci karpet kat orang professional. Kalau nak cuci sendiri boleh mati atau karpet tu takkan bersih pun. Ni kos maintainance nama dia. Belum lagi bunga rosak. Sebab orang ramai bergambar tak ingat dunia kat pelamin,habis rabak bunga semua. Tak masuk lagi pasal baju pengantin idaman korang tu. Yang korang lanyak pergi outdoor kat paya bakau,kat bukit bukau,kat lopak air acah acah hipster.. Ada customer yang bagus,mereka akan jaga baju yang mereka pakai.Tapi kebanyakannya lanyak habis baju tu. Terutama sekali baju perempuan. Kain meleret-leret kat belakang. Habis kotor baju tu. Setakat masam peluh tu standard. Tak ada hal bagi aku sebab memang aku faham, panas. Berpeluh. Tapi tolong lah jaga baju tu walaupun kau bayar untuk baju tu.
Kau sebagai kawan sepatutnya support bisnes member kau. Bukan mintak harga murah. Kalau macam tu,aku cadangkan kau berkawan dulu dengan wedding pelanner yang famous,lepas tu kau cuba mintak diskaun dengan mereka dengan alasan kau kawan mereka.Agak-agak kau diorang nak layan ke.?
Itu belum aku cerita pasal customer yang cerewet. Masa discuss pasal pelamin, nak macam ni. Sekali bila time nak pasang pelamin, kau marah-marah cakap itu bukan pelamin yang kau pinta. Tolonglah bakal pengantin sekalian. Wedding planner tiada masa nak layan karenah korang ni. Belum masuk hal makcik- makcik yang acah acah wedding planner juga. Time orang pasang pelamin,kau sibuk nak komen itu ini. Wedding planner tahu la kerja diorang. Tak payah nak sibuk. If nak tegur pun please dengan cara yang berhemah.
Baru-baru ni ada viral pasal wedding planner tipu rm14.9k. Aku turut simpati dengan mangsa. Jujur aku cakap, tak semua manusia dalam dunia ni jujur. Tapi aku percaya ramai lagi wedding planner yang jujur dan berhemah macam aku (cewah).Cuma kalau aku baik sangat, nanti ada yang pijak kepala. Mentang mentanglah aku ni wedding planner sekadar dipinggiran,tak famous, korang customer nak ambil kesempatan pula. Bagi aku, customer is not always right.
So kepada adik adik yang nak berkahwin,please ukur baju di badan sendiri. Tak ada duit nak buat majlis grand bunga gayut gayut, kepuk kepuk,kau duduk diam-diam. Ikhtiar cara lain. Jangan menyusahkan orang lain. Tak berdosa pun majlis anda tak grand,tapi berdosa kalau sakitkan hati manusia walaupun tanpa kau sedar. Tak berkat rumahtangga kau adik. Doa orang teraniaya ni tiada hijab dan terus makbul.
Sorry lah if terpanjang pulak confession ni. Harap semua terbuka minda.
-real wedding planner-
– bukan mira filzah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit