Hai assalamualaikum. Selamat meyambut bulan Ramadhan kepada pembaca sekalian. Saya di sini hanya ingin meluah.
Saya seorang ibu kepada seorang anak perempuan dan anak perempuan ini adalah anak hasil perkahwinan yang pertama.
Ya saya pernah bercerai dan kini saya menjadi isteri semula kepada seorang suami baru.
Perkahwinan terdahulu memberi tekanan dan trauma kepada saya. Mana taknya, mental dan fizikal saya ‘ditorture’ oleh bekas suami yang bersifat narsistik.
Tanpa disangka Allah juga mengurniakan saya seorang anak bersama bekas suami. Adakalanya saya tertanya apa hikmahnya semua ini?
Disaat saya tidak ingin terikat dengan bekas suami, Allah pula mengurniakan seorang anak antara kami. Ini bermakna kami akan terus berhubung atau berjumpa kerana anak.
Walhal kalaulah boleh saya memang dah tak nak jumpa atau berhadapan dengan seseorang yang pernah melukai saya. Ianya amat memeritkan.
Siapa sangka saya berkahwin semula setelah beberapa tahun menjadi ibu tunggal yang berjaya. Ini semua perancangan Allah.
Alhamdulillah perkahwinan terbaru saya, Allah kirimkan seorang suami yang jauh beza kebaikan sifatnya daripada bekas suami.
Suami baru juga menerima dan melayani anak saya dengan baik.
Tapi saya sendiri tidak mampu meramal apa yang akan jadi pada masa depan kerana pasangan boleh saja berubah sifat bila-bila masa. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja.
Walaupun saya telah berkahwin baru, parut dari perhubungan dan perkahwinan toksik masa lalu masih berbekas hingga kini. Bukan mudah untuk sembuh sepenuhnya.
Hal ini menyebabkan saya masih belum bersedia untuk mempunyai anak lagi bersama suami baru dan suami saya juga memahami keadaan ini.
Entah mengapa saya rasa bimbang dan takut dengan kehidupan masa depan. Saya tak mahu anak menjadi mangsa dalam rumahtangga.
Namun jauh di sudut hati saya, saya amatlah ingin tambah lagi anak kerana saya amat sukakan budak-budak . Bila melihatkan ibu-ibu mendukung anak kecil rasa rindu juga nak dukung anak kecil.
Bila berlaku ujian ini kepada saya, saya sebagai ibu tidak mahu ujian berat atau apa saja musibah terjadi kepada anak saya.
Biarlah segala rintangan saya hadapinya berseorangan. Saya hanya ingin anak saya hidup bahagia jauh lebih baik dari kehidupan seperti saya.
Hidup dengan orang narsistik amat meninggalkan kesan yang teruk pada si mangsa. Saya sedang berjuang untuk hidup tenang dan bahagia bersama anak dan suami baru ini.
Doakan kami suami isteri dan anak saya boleh menghadapi hari-hari yang mendatang.
Saya sedar diri sebagai seorang hamba yang lemah siapalah saya untuk mempersoalkan takdir Allah.
Saya harus redha setiap apa yang berlaku dan saya juga telah pun redha dengan perkahwinan lalu yang tidak begitu lancar cuma saya ada perasaan bimbang akan masa depan.
Selain dari itu, kita pun tahu akhir zaman ini lagi berat dan besar ujian untuk kita mendidik anak. Kerana hal ini juga saya risau akan takdir anak saya.
Mudah-mudahan anak-anak kita menjadi insan yang bahagia dan cemerlang dunia akhirat.
Akhir sekali, bagaimana untuk saya kawal perasaan takut ini? Adakah saya penghidap anxiety?
Bolehkah pembaca sekalian memberi tips yang terbaik untuk saya dan langkah-langkah yang harus saya ambil.
Terima kasih sudi baca luahan saya ini. Maaf sekiranya luahan ini kurang difahami. Semoga kita semua dalam rahmat dan redhaNya. Aamiin Ya Rahman.
– Ibu Isteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit