Salam semua pembaca. Saya nak nasihat atau kata-kata semangat yang baik dari anda semua.
Saya sedang diuji. Diuji pada tahap yang saya tak pernah bayangkan akan terjadi pada saya.
Dulu sebelum kahwin, ramai cakap kat saya “kahwin la cepat, lepas kahwin lebih banyak rezeki.” Saya faham konsep rezeki. Bukan duit semata-mata. Sihat, dikelilingi orang baik tu pun rezeki.
Sebulan sebelum kahwin saya resign setelah 3 tahun bekerja sebab saya perempuan dan tak selesa dipaksa ot dari 6 petang-12 malam (waktu bekerja saya 9 pagi-6 petang).
2 tahun pertama takde ot bagai. Tahun ke 3 kena paksa ot pulak. Staff malam semua lelaki. Kebetulan dapat offer kerja lain dan saya terima (ini silap saya, main ambik je peluang)
Selepas berkahwin, segalanya berjalan lancar. Honeymoon pun sudah, bermula hidup sebagai isteri. Tapi biasalah, hidup tak selamanya smooth.
Elok-elok kerja hampir 9 bulan, boss buat hal. Saya tak pernah tak ikut arahan. Semua kerja saya buat. Dia tegur pula cara berpakaian. Waktu interview dulu cakap boleh pakai bebas. Saya ke kerja berpakaian formal.
Boss nakkan saya buang tudung, pakai skirt pendek dan blazer. Lebih up to date dan formal katanya. Saya tak ikut, dan dia kata tak dapat nak confirm saya. Gaji pun tak boleh naik 1,500-2k.
Saya terkejut, bukan probation 3-6bulan ke?! Saya hadiahkan dia surat berhenti. Dah la gaji 1k je sebulan. Banyak cantik muka hang?
Saya cuba pula kerja sebagai admin di sebuah syarikat kereta. Masa iv kata kerja admin. Dah datang kerja kena jadi cashier pula. Sebab fikir nak kerja halal, saya pejamkan mata & belajar.
Baru sebulan kerja dah banyak duit hilang. Kunci laci hanya saya & sorang akak tu pegang. Dia dari saya masuk asyik maki saya je. Suatu hari boss marahkan saya, katanya saya merugikan syarikat. Saya fikir cukuplah dianiaya dan dibuli tiap hari dalam sebulan tu. Surat 24 jam sekali lagi saya hadiahkan.
Saya trauma nak kerja dengan orang, trauma kena buli secara mental masih bermain di fikiran. Tapi saya fikir, trauma saya tak boleh bayar bil dan segala komitmen.
Saya baru join insurans. Lepas dengar talk baru saya berminat. Tapi yang peritnya tu saya tertinggal jauh di belakang sebab takda sale. Kelas pergi, meeting 2-3x seminggu. 3 bulan dah ni. Duit belanja dah makin kurang. Kawan-kawan menjauh takut saya jual kat diorang agaknya.
Dulu mertua sayang, sekarang jeling siap pakej kena perli lagi sebab saya takda anak. Selalu saya nangis diam-diam. Dulu lawat mertua, sayang peluk cium.
Sekarang bukan peluk cium dah. Benda lain disoalnya. “Ramai dah tanya bila boleh mengandung” “kereta bila nak tukar baru?” “kerja insurans?gaji berapa?” sambil muka tak nak pandang. Saya sebagai anak yatim takde ibu, pedih rasanya.
Saya cuba juga cari kerja lain memandangkan kerja insurans tiada waktu bekerja. At least part time. Tu pun susah dapat. Padahal saya bukan tak sekolah, saya ada diploma.
Saya berniaga dari rumah sambil buat insurans. Bulan pertama bisnes bagus. Bulan seterusnya dan hingga sekarang tiada sale langsung. Nak makan sedap sekali sekala macam orang lain, saya pendamkan hasrat tu dulu.
Saya terfikir. Apa salah saya, saya tak pernah aniaya orang. Saya tak pernah ambil hak orang. Saya selalu minta ampun kat suami. Duit kat ayah tak pernah miss bagi tiap bulan. Sedekah, selalu.
Rasanya apa lagi yang saya kena betulkan dalam hidup ni?
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit