Assalamualaikum. Hi semua. Aku Inara umur lingkungan 30-an. Sudah berkahwin. Anak seorang.
Aku sedang berputus asa. Aku rasa tengah down sangat-sangat. Takde tempat meluah.
Pertama sekali masalah perkahwinan. Mak aku tak suka suami aku. Ada saja yang dikritiknya.
Sekarang bila mak dah mula benci, semua adik beradik ikut benci sama.
Ya suami aku hanya kuli. Kerja hari-hari tanpa ada cuti. Duit gaji hanya cukup-cukup makan untuk kami tiga beranak.
Aku bekerja juga, gaji kecil. Semakin mengecil bila dipotong gaji kerana kerap cuti. Cuti uruskan keluarga. Keluarga aku dan keluarga suami.
Dua-dua keluarga tanggungjawab atas bahu aku.
Aku juga uruskan anak yang masih bayi. Cakap pasal bayi, upah mengasuh pun aku tak mampu nak bayar. Tapi aku gigih cari rezeki lebih.
Kalau berhenti kerja jaga anak sendiri, pasti lebih sukar untuk teruskan hidup di bandar besar ni.
Lagipun aku takut anakku yang high demand dan kuat menangis ni jadi mangsa dera pengasuh seperti beberapa video yang tular kebelakangan ni.
Tak ramai yang mampu bersabar dengan karenah anakku. Mak sanggup nak jagakan sebab dia pun takut cucunya diapa-apakan. Aku bagi mak bayaran standard pengasuh.
Tapi yang aku pening, duit upah mengasuh lain, duit belanja bulanan lain, duit belanja jalan-jalan lain.
Contohnya kalau merancang untuk bercuti, Aku la yang harus fikirkan belanja sepanjang percutian tu nanti.
Duit belanja sampingan (ole-ole) semasa bercuti lain pula.
Kemudian nanti kalau ada ahli keluarga teringin nak makan apa-apa, duit aku juga. Tapi tetaplah aku yang dikatakan kedekut dan berkira.
Aku ikat perut. Makan ala kadar sekadar untuk alas perut. Kami belum mampu untuk beli kereta. Rumah pun menyewa.
Disamping bekerja, aku cuba berniaga kecil-kecilan atas talian. Tapi salah aku, tak suka menonjol muka. Jualan aku tak laku. Dapat closing satu pun dah syukur teramat.
Suami hari-hari bekerja tanpa cuti. Adakala dari pagi bawa ke esok pagi. Orang rendah kelulusan. Jadi dia dibuli-buli.
Nak utarakan ke pejabat buruh pun fikir banyak kali. Itu pun kos juga. Masa, tenaga, nak ulang alik. Mak apa lagi, seronok membahan. Padan muka kahwin dengan orang miskin.
Ya betul, simpanan sebelum kahwin dah susut banyak sebab bantu suami.
Mak kata, aku dipergunakan suami. Lebih baik menjanda sebab aku masih bekerja dan mampu sara diri dan anak.
Entahlah. Aku rasa bukan suami je pergunakan aku. Mak bapak dan ahli keluarga pun sama.
Sebetulnya, aku kecil hati, jauh hati, tawar hati dengan semua orang. Mungkin semuanya memang salah aku.
Siapa suruh tak belajar pandai-pandai dan mohon kerja bagus-bagus, jawatan hebat-hebat. Kahwin dengan lelaki miskin. Padan muka, suami sendiri langsung takde masa nak hadap muka anak bini.
Nak check up anak, sakit anak, pergilah sendiri klinik naik grab atau teksi. Minta suami tolong jaga anak alasannya penat memanjang. Tapi boleh layan telefon sampai tertidur.
Anak terkebil-kebil tengok bapa. Setakat layan anak sejam dua. Lepas tu membuta. Kerja rumah. Buatlah sendiri.
Aku betul-betul rasa kosong. Kuat demi anak. Oh iya, perangai mentua pun buat sakit kepala. Seperti kebanyakkan suami yang ada, suami sentiasa membela ibu bapanya.
Aku cuma mampu menahan marah terhadap semua orang. Aku cuba bersabar. Aku sedang mengumpul duit. Kumpul kekuatan.
Cukup masa, aku akan pergi jauh dari mereka semua. Bawa diri dan anak merantau ke negara lain mungkin.
Untuk mak dan adik beradik. Aku cuma mesin atm kaliankan. Jika kalian kesusahan aku membantu dan memberi setulus hati.
Tapi kalian, setiap bantuan yang dihulurkan kepadaku bukanlah percuma seikhlas hati selayaknya untuk ahli keluarga. Semua ada harga bayarannya. Semua kalian kira. Tak mengapa.
Untuk suami, cukuplah seorang ni anakku bersamamu. Aku hargai setiap penat lelahmu bekerja demi keluarga kita.
Tapi kau lupa, aku perlukan seorang suami yang bela aku saat aku dibuli ibu bapamu.
Anakku perlukan perhatian bapanya. Kau pun akan kutinggalkan. Bukan kerana aku tak sanggup hidup susah. Tapi sokongan dan bantuan yang aku perlukan.
– Inara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit