Aku Sedih Dilabel Surirumah

Bismillah. Aku Kekwa. Dalam minggu ni, aku dilabel tiga kali sebagai suri rumah. Aku down.

Kali pertama di rumah ibu bapa ku ketika majlis kenduri adik aku. Seorang kenalan lama, yang lama aku tak jumpa datang bersama ibunya.

Ibunya itu kenalan bondaku. Sebelum pulang mereka mencari aku, untuk bersalaman.

“Takpelah, jadi suri rumah berijazah. Jaga anak berdua tu,”

Aku macam.. Eh makcik tiba sentuh pasal ni dah kenapa.

Satu, aku bukan rapat pun dengan makcik tu

Dua, macam mana pulak dia boleh kata aku suri rumah.

Hanya sebab aku quit kerja aku, so aku jadi suri rumah?

Aku malas nak jawab, makcik, saya ni chief marketing manager. Saya ada company dengan suami saya. Dan saya ni director company tu.

Dan kami berjaya capai sale 2.5 million tahun 2022. Aku diam je lah, sambil berdoa kuatkanlah kesabaranku ya Allah. Aku terkilan sebab, ada cakap cakap belakang.

Ada persepsi yang tak betul pun. Dan mereka tak tau pun aku buat apa sekarang. Sebab aku memang dah lama tak update Facebook aku.

Ya, lepas aku resign. Aku buat facebook lain untuk kerja kerja marketing. Aku tak buka pun facebook lama aku, yang rata rata kawan zaman sekolah dan universiti.

Entah, mungkin salah aku sebab aku yang menyorok lama. Dan sejauh mana pun aku sumbang untuk company, orang memang tak nampak aku bekerja..

Aku hanya suri rumah..

Aku taktau nak rasa sedih ke apa. Sejujurnya aku memang sedih. Sebab orang mesti kata..

Eh belajar jauh jauh, jadi suri rumah je. Ya aku tak kerja bidang yang aku belajar. Tapi bukan bermakna aku tak buat apa-apa.

Mungkin aku kena menunjuk nunjuk kot kat Facebook baru orang tau aku ada apa. Apa yang aku usahakan.

Aku bersyukur sebenarnya, walau aku bekerja, aku boleh uruskan anak anak.

Ya mungkin aku perlu berdamai dengan takdir. Tenang tenang je kalau orang label aku suri rumah.

Biar Allah je tau apa yang aku ada. Abaikan je cakap cakap manusia. Sebab Allah je tahu semuanya.

Kalau suri rumah tu, definisinya seorang ibu yang uruskan anak pagi pagi sebelum sekolah, mak aku memang suri rumah.

Kalau suri rumah itu yang siap dan jaga makan minum anak anak, maka ya aku memang suri rumah.

Kalau suri rumah tu, seorang yang menghantar jemput anak sekolah, ya akulah suri rumah.

Kalau suri rumah tu, seorang yang mengajarkan anak anak baca al quran dan solat, akulah suri rumah.

Kalau suri rumah tu, seorang yang menguruskan 95% urusan rumah, ya akulah suri rumah.

Tapi aku juga bekerja. Cuma aku tak ada office. Dah tutup sebab nqk kurangkan kos semasa PKP.

Kerja aku ni semua benda boleh close online je, dari rumah. Kadang bila client request nak jumpa baru aku pergi..

Aku juga ada gaji dari keja aku. Aku juga boleh beri makayah aku duit belanja bulanan Alhamdulillah.

Masa adik aku kahwin, sambung belajar, aku bole hulur hulur sikit.. Ada part aku sponsor.. Tetaplah ada persepsi, aku tak bekerja..

Aku juga boleh beli apa yang aku nak. Cuma aku bukan jenis beli melebih lebih dan tayang sana sini..

Aku boleh juga travel luar negara setahun sekali sebab tu salah satu kerja aku..

Aku juga ada simpanan untuk persaraan..

Cuma aku tak pernah nak upload semua yang aku ada di media sosial terutama Facebook. Sebab bagi aku, bahagia aku, kejayaan aku, biarlah aku simpan sendiri.

Aku bersyukur, dan cukuplah kebahagian itu diketahui orang terdekat.

Silap aku ke tak buat kenyataan, so orang semua tahu, keadaan aku..?

Entah kenapa aku perlu bersedih kalau orang melabel aku, tidak bekerja..

Doakanlah aku kuat. Doakan aku bahagia dan bangga bila dilabel suri rumah. Doakan aku tak down walau orang anggap aku tak ada apa apa..

Doakan aku tetap boleh berbakti pada ibu bapa aku.. Doakan aku dapat didik anak anak aku berjaya dunia akhirat.. Doakan aku dapat jadi macam mak kawan aku.

Kawan aku bercerita, kalau ada orang tanya pada mak dia kerja apa, maknya akan jawab dengan bangganya, ‘saya suri rumah’. Padahal mak kawan aku tu pemilik tiga biji tadika..

Terima kasih bagi yang baca. Kadang aku down. Ada masa aku rasa tak nak wujud.

Sekian.

– Kekwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *