Assalamualaikum. Sejujurnya aku sendiri tak tahu nak mulakan dari mana. Silap aku atau silap suami aku. Mungkin dua dua salah.
Sebab kami terlalu kerap bergaduh. Dalam sebulan mungkin 2 3 kali and akan jadi berpanjangan sampai 3 4 hari.
Aku ada baca confession pasal nafkah batin. Lelaki memang ingat nafkah batin tu satu bende yang kecik ke? Ingat perempuan takde rasa nak bersama. Cuma untuk puaskan kepuasan lelaki? Macam tu ke?
Nafkah batin bagi aku jugak bukan lah hanya atas katil semata mata. Tapi perhatian, belaian, ke aku silap selama ni? Apa yang aku tak tahan. Bila bergaduh dia buat silent treatment.
Sumpah aku yang rasa sakit nye. Bila aku ajak bincang atau tanya pape, dia akan marah and dia kata takde ape nak dibincang. Sebab dia kata aku selalu nak betul je.
Bila baik, aku selalu tanya apa salah aku ape lagi patut aku betul kan. Dia kata takde pape semua okay, tapi bila gaduh seolah olah setiap masa aku yang buat salah. Aku yang cari salah aku jugak yang selalu nak betul.
Gaduh pun sebab kan bila aku mintak dengan dia nak bersama dia mesti bagi macam macam alasan, kadang suruh aku tidur dulu. Kata penat.
Sumpah selama aku kawin aku tak pernah tolak permintaan dia bila nak bersama. Cuma bila time aku mesti akan jadi punca gaduh.
Then aku sendiri yang sepi. Aku tak tahu lah punca sebab dia selalu minum air coke ke. Kalau botol besar tu dia boleh habis kan sehari je, dia ade kencing manis ke?
Sebab normal ke lelaki kalau bersama dia akan buang luar ke? Even aku kata okay sebab aku makan ubat dia tetap buang luar.
Bukan setakat bila bersama je, dia jugak selalu main phone. Tak pedulikan aku kadang kadang. Aku peluk dia aku baring atas pangku dia pun dia buat tak tahu je.
Entah lah aku rasa macam dia tak sayang aku pun. Tapi bila tanya dia kata sayang. Atau aku yang terlalu main dengan perasaan sendiri Sebab macam aku cakap dia selalu cakap aku yang over.
Sebelum ni aku pernah gaduh dengan dia sebab solat. Mungkin salah aku jugak. Aku terlalu bergantung dengan dia. Aku tak pandai mengaji. Aku mintak dia ajarkan sejak first kawin lagi. Tapi dia tak ajarkan jugak.
Solat pun aku ajak tapi aku sendiri tak kusyuk. Bila aku diam bab solat dia pun diam. Aku mintak ajar kan surah surah alquran pun dia senyap jugak. Aku terlalu bergantung dengan dia nak berubah.
Sama jugak pasal duit pun aku bergantung dengan dia. Sampai aku takut bila dia tinggalkan aku, aku tak boleh survive.
Tapi harini dah hari ke 4 aku gaduh dengan dia. Aku cuba turun kan ego aku. Peluk dia bincang dengan dia.
Ending dia kata dah tawar hati dengan aku. Sampai dia blah macam tu je tinggal aku sorang. Sebab semalam aku cakap “jangan marah aku ade orang lain, and aku takan marah bila dia ade orang lain”
Aku cakap macam tu tapi aku tak pernah terlintas nak buat macam tu. Semata demi kepuasan aku? Lepas tu bahagia ke aku?
Aku cakap macam tu sebab sebelum ni dia marah bila aku cakap soal cerai. So aku terus cakap macam tu bila dia silent treatment and bila aku cakap dengan dia tanak jawab pape.
Nak kata aku tak tawar hati? Aku dah lama tawar hati, tapi bila baik aku cuba ubah and tahan kan hubungan. Harini setelah sekian lama aku kusyuk dalam solat, menangis teresak esak. Bukan sebab suami aku.
Sebab aku terpikir. Allah bagi aku ujian ni sebab Dia nak aku mengadu dengan Dia. Merintih dengan Dia. Dia nak aku solat and terus ibadah untuk Dia.
Yelah selama ni aku terlalu fikirkan suami aku je. Sampai lupa ibadah untuk Allah. Aku menangis sebab aku patut nye bergantung dengan Allah. Patut percaya apa apa yang terjadi ada hikmah nye.
Akan ada rezeki untuk aku besarkan anak aku nanti tanpa suami aku.
Aku harap apa terjadi lepas ni aku terus kuat. InshaAllah Allah akan ada bersama dengan aku. Sumpah tenang dia lain macam. Terus tak pikir pape dah.
Apa apa masalah terus cari Allah, sebab Allah maha mengetahui. Silap aku, terlalu fikir duniawi. Terlalu kejarkan kebahagiaan yang sementara.
Doakan aku terus kuat and tabah untuk hari hari yang akan mendatang.
Terima kasih pada yang sudi baca. Sama sama kita ambil iktibar. XOXO
– Jieywa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit