Aku Seller Online

Lama aku nak cerita benda ni. Tapi tak sempat nak taip. Aku surirumah, ada anak kecik yang masih tak sekolah. Aku buat bisnes online yang memerlukan aku buat delivery.

Senang cerita, aku jadi ejen beberapa jenama makanan la. Aku nak cerita ragam customer selama setahun aku berkecimpung dalam bidang ni. Aku jadi ejen 4-5 jenis makanan.

Bila aku ada anak kecik, aku keluar delivery pun bawa juga anak aku. Selalu fikir, kesian dia masa main dia banyak habis dalam kereta.

InsyaAllah tahun depan masuk tadika.

Aku nak cerita yang tak best dulu. Aku pernah sekali kena sound dengan customer. Orang tua dah baya parents aku.

Aku dah hantar barang pertama iaitu buah. Dia baikkk sangat. Orang kaya. Banyak dia beli dari aku. Masa aku hantar, dia bagitahu nak beli dessert yang aku jual juga.

Masa tu aku otw nak ke hq restock dessert tu. Aku dah janji nak hantar petang tu sebelum dia keluar. Tapi malangnya jalan sesak sangat teruk hari tu.

Masa tu baru lepas PKP. Kalau yang area selangor, fahamkan bila hujung minggu sesak dia macam mana. Perjalanan aku delay sejam.

Last last dia cancel order tu sebab dia cakap aku tak tepati janji. Bagi dia, kalau aku dah janji pukul 1, aku kena hantar pukul 1. Tak ada alasan.

Dia siap cakap, kalau macam ni perangai aku, macam mana aku nak maju. Panjang weii wassap dia. Meleleh air mata aku baca.

Kalau barang tu ready stock dengan aku, mungkin aku boleh bajet masa. Tapi aku baru nak restock dan dia tahu. Jalan pulak pergi balik dua2 jem.

Mana aku tahu jem teruk macam tu. Entah. Mungkin salah aku. Customer always right kan? Hahahaha.

Kedua. Customer rumah tinggi.

Yang ni aku tak tahu la mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tak dengan aku. Kalau foodpanda, grabfood, mungkinlah servis dia hantar sampai pintu rumah. Bila kau order dengan seller tu sendiri, dia bukan foodpanda atau grabfood.

Macam aku bagitahu tadi, aku ada anak dan terpaksa bawa dia untuk delivery.

Pernah masa hujan. Parking visitor dah la jauh kena redah hujan. Customer tak nak turun ambik. Nak aku hantar sampai atas walaupun aku bagitahu aku ada anak kecik umur 3 tahun.

Last last aku merayu kat guard minta nak park dekat tepi jalan terus dekat dengan tangga (bukan ruang park kereta). Mula mula guard tak kasi. Last last kasi sebab nampak aku ada anak kecik.

Kalau aku nak guna payung pun, macam mana aku nak pegang payung, pegang anak dengan plastik makanan? Sedih aku bila fikir anak aku.

Hujan panas dia ada dengan aku. Kalau lift ok lagi. Kalau tangga, fuhhh…

Semalam pun sama. Aku bawa 2 anak sebab yang sulung tak sihat, tak gi sekolah. Dia tadika. Semalam hujan. Anak aku dua2 tidur.

Aku bagitahu customer, aku tunggu bawah sebab ada anak tapi aku tak bagitahu berapa orang. Dia cakap, dia ada dua anak, kalau aku ada 1 je anak boleh je naik dengan lift.

Aku pun bagitahu. Aku ada dua juga. Anak aku tengah tidur. Kalau tak tidur atau hujan, mungkin aku bawak je anak anak aku hantar sampai depan rumah dia dah dia taknak turun.

Aku rasa kalau dia turun lagi senang sebab aku boleh tunggu kat lobi ke atau kat mana2 yang berbumbung, jadi dia tak perlu berpayung pun.

Dulu aku sewa rumah flat. Sesiapa pun boleh naik sampai rumah. Kalau foodpanda, grabfood memang dia hantar sampai pintulah. Tapi kalau aku order dari seller, aku yang turun ambil.

Tak pernah minta hantar sampai pintu walaupun anak dua juga masa tu. Kadang aku tinggal kejap anak aku, kunci pintu, aku lari turun bawah sebab tak ada lift.

Sebenarnya tak ada lah selalu jumpa customer macam tu. Lagi ramai yang ok. Yang tak ok adalah dalam 30%.

Ada tu aku bagitahu dah sampai, dia turun bawa anak 3-4 orang. Aku pulak serba salah. Yang macam ni aku rasa nak bagi free je makanan atau bagi diskaun lagi.

Ada juga yang baik. Dia wfh. Tengah meeting tak boleh turun. Dia siap bayar lebih lagi sebab minta aku hantar sampai atas. Aku tak pernah caj lebih ye kalau hantar atas ke, kat bawah je ke.

Lagi satu, kalau jalan nak ke rumah korang ada masalah, bagitahu seller awal awal. Aku pernah hantar ke satu apartment ni. Aku ikut waze je. Bila sampai, aku kat bahagian belakang apartment.

Ada block kat jalan dan aku tak boleh nak drive untuk ke gate hadapan. Aku nak pusing balik nak ke gate hadapan, kena drive lebih 10km lagi siap kena lalu tol. Masa tu customer tak ada kat rumah.

Dia suruh aku drop je. Kalau dia beli sikit, aku dah refund dah. Hahaha. Tapi banyak dia beli. Lebih RM100. Last last terpaksa aku dukung anak aku tengah panas, bawa barang, jalan kaki ke gate depan.

Anak aku dah la demam juga masa tu sebab tu dia taknak jalan. Sampai guard, gigil tangan aku wei sebab penat dukung anak aku. Hahaha.

Ada 1 lagi, perumahan dia besar. Ada 4 gate tapi 1 je gate untuk visitor. Dah mana la aku tahu. Waze pulak tunjuk je gate mana yang paling dekat.

Terpaksalah aku pusing keliling perumahan tu cari gate untuk visitor. Yang buat masa aku delay lebih kurang 20minit.

Minyak kereta lagi, dah jadi tak berbaloi dengan caj delivery. Kan senang kalau bagitahu masuk dari jalan mana, lepas tu pergi ke gate A.

Delivery aku tak caj lebih. Aku kira jarak bahagi purata km/j kemudian darab dengan harga minyak semasa. Dari jumlah tu aku tambah RM1 je.

Jadi, kalau tetiba terlalu tol, atau salah jalan, rugi la aku. Kalau aku kira betul2 harga minyak je, tetiba jalan jem ke, customer salah bagi location ke, rugilah aku.

Kepada seller pun, janganlah melampau sangat caj delivery. Kalau jauh sangat, bagi je la customer tu kat ejen lain yang dekat. Adalah rezeki lain bila kita kongsi rezeki dengan orang.

Ni semua kau nak sapu lepas tu delivery sampai rm15, lagi mahal dari harga makanan padahal ejen ramai je kau boleh pass.

Aku pernah teringin sangat nak makan 1 makanan tu masa pregnant tapi tak mampu nak bayar delivery RM8. Jadi tahan je lah sampai ada duit. Huhu.

Masa ni aku tak ada lesen. Kalau tak, aku dah gi pickup sendiri.

Aku bukan saja bawa anak aku supaya orang kesian atau sebagai alasan tak nak hantar atas. Ada hari suami aku wfh, aku tinggal lah anak aku kat rumah, suami jaga.

Kalau anak aku tak ada, memang aku tak tanya customer apa2 pun. Aku terus je hantar sampai depan pintu kecuali kalau customer tu bagitahu tunggu bawah.

Tu je kot aku nak cerita. Maaf kalau menyinggung perasaan mana2 pihak.

– Laura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *