Assalamualaikum salam sejahtera…
Sebelum anak tidur tadi saya rancak berbual dengan dia… Alhamdulillah dia anak yang baik tapi, sedari kecil ada juga perkara kecil yang saya pernah marah atau naik tangan… Dia anak sulung perempuan yang masih belum baligh..
Saya bukan ibu yang terbaik, saya harap dia redha dan maafkan saya…
Saya jarang nak teman dia tidur atau bacakan cerita sebelum tidur… Ada je urusan harian yang masih tertunggak sehingga larut malam. Biasanya dia akan tidur sendiri.. cuma saya pesan baca doa dan ayat kursy… Ada juga pesan baca bismillah 21x atau zikir 33x…
Tapi, saya akur jika dia tak buat sebab saya pun jenis nak tidur, tidur je…
Sebenarnya saya nak sembang dengan dia sebab rasa bersalah, selalu biar dia tidur tanpa saya atur bacaan doa. Begitu juga solat saya suruh saja tanpa ajak solat bersama. Malah mengaji pun saya harapkan dari sekolah saja…
Jadi sangat terasalah saya bukan ibu yang baik sedangkan benda tu saya mampu ajar dengan baik tapi saya tak buat..
Yang banyaknya saya berleter… Marah jika dia dan adiknya tak kemas, tak solat, asyik main… Sampai saya kata penat marah ni sakit dada malas dah nak marah…
Bayangkan berapa banyak anak saya menahan telinga mendengar bebelan dan menahan rasa dimarah sehingga terdiam lama..
Sehingga saya sedar, jika saya marahkan dia jatuhkan suatu barang kerana tak sengaja, sedangkan kemudian saya jatuhkan barang dengan lebih teruk, saya tak marahkan diri sendiri pula.
Saya terasa ini satu petunjuk janganlah cepat marah…
Kasihan anak, mereka memang suka mencuba dan mereka juga ada emosi bosan, cemburu dan sedih. Malah dah sebut akak stress..
Malam tadi, saya usap kepala dia bacakan doa… Awal surah Taha dan Rahman.. saya mula bersembang…
Anak-anak kena dengar cakap ibu bapa, selagi ibu bapa tak suruh buat benda jahat, tak suruh mencuri ke membunuh ke, hormat ibu bapa tu satu suruhan hukum Allah.
Kenapa Allah wajibkan begitu. Sebab Allah jadikan kita sebagai hambaNya dan kita lahir daripada perut ibu, begitu juga wajib hormat ayah sebab tanpa ayah tiadalah juga anak.. (kami dah bercerai dan dia tak dapat kasih ayah yang sempurna).
Bukan bila dah besar kita rasa hebat kita boleh marah ibu bapa kalau mereka salah…
Masa kita lahir kita lemah, telanjang tak bawa apa, bila kita rasa kita ada kuasa kita marah ibu bapa sebab zaman sekarang ramai anak derhaka..
Tak boleh Allah marah.. Redha Allah pada redha ibu bapa… Tapi kan sayang… Ada juga ibu bapa yang derhaka yang tak sayang anak.. Yang dera atau abaikan.. Mereka tu berdosa.. Tapi, anak jika sedar janganlah buat dosa..
Contoh bila ibu bapa tu dah tua anak buat jahat dan abaikan mereka sebab dulu mereka buat anak… Tak baik, buat baik ni hukum Tuhan.
Ada juga kisah mak ayah ni jaga baik anaknya tapi bila anak ni besar dia kurang ajar marah mereka rupanya mak ayah tu dulu juga buat begitu pada orang tuanya..
Ada benda tak baik yang berlaku pada kita sebab kita mungkin pernah buat tak baik pada orang lain. Mungkin ada orang marah kita rupanya kita ada sikap buruk pada yang lain..
Entahlah kenapa saya sembang begitu dengan anak saya… Saya rasa dia matang, saya nak dia kuat. Saya tak mampu selalu ada di sisinya saya harap dia kuat dan baik..
Saya juga minta maaf dengannya sebab banyak kali marah dia…
Benar, jika kita marah atau naik tangan pada anak kita akan menyesal… Termasuk jika kita membanding dan tersebut kurang dia pada orang, sangat mendalam rasa tu pada ibu dan anak…
Tiada lain niat ibu nak anak jadi baik jadi yang terbaik, sedangkan ibu akur ibu sangat teruk. Kita orang susah…
Minggu depan sekolahnya ada pertandingan baju kebangsaan.
Saya hanya pujuk, akak dan adik jangan cemburu tengok kawan pakai baju cantik. Kita kena gembira juga tengok mereka menang. Ibu tak mampu nak sediakan baju kamu… Ibu sedih nak. Tapi ibu percaya kamu mampu ceria walaupun dalam diam kamu kecewa.
Kita tak sempurna, kita tak hebat… Allah yang sempurnakan kita yang bagi rezeki dan kesihatan… Jaga solat ya nak semoga Allah jaga kita. Jangan tinggal doakan ibu ayah… Ibu yakin, doa ibu ini berkat.
Wahai ibu diluar sana, jagalah lisan kita kerana ia adalah doa.
Syukran..
– Sedih Bukan Ibu Terbaik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit