Aku Seorang Ad1k

Assalamualaikum, aku Farah (bukan nama sebenar) aku berumur 30 tahun telah berkahwin belum dikurniakan anak.

Tujuan luahan ini hanya meringankan sedikit rasa dihati. Maaf andai luahan ini agak berterabur ini pertama kali aku confess perasaan aku

Aku anak tunggal perempuan dari 5 beradik, aku ada 2 orang abang dan 2 orang adik.

Alhamdulillah aku dikurniakan suami yang sangat baik dan penyayang. Mak aku seorang suri rumah, ayah aku pesara.

Kisah aku begini, aku rasa kan yang abang2 aku sangat lah selfish, abang2 aku dah berkahwin dan masing2 masih duduk dengan mak ayah aku, aku dah berpindah lepas 1tahun berkahwin.

Kenapa aku cakap abang2 aku selfish? Begini…

Aku bukan datang dari keluarga yang senang, jadi segala perbelanjaan dirumah mak ayah aku, kami adik beradik decide untuk tanggung sama2 dari kami start bekerja, termasuk duit rumah, bil api air dan perbelanjaan di rumah.

Abang aku yang sulung jenis yang tidak pernah berkira pada awalnya..

Tapi selepas dia decide untuk berkahwin dia mula tarik sedikit komitmen dirumah untuk simpan duit kahwin, aku dan yang lain cuba faham, yelah nak kahwin sekarang kos sangat tinggi.

Selepas berkahwin sikap abang aku tetap sama dia selalu cakap dia takde duit bila aku minta duit belanja keperluan rumah, dia tak pernah hulurkan.

Isterinya pulak pemalas buat kerja rumah (isteri abang tak bekerja) langsung tak nak tolong mak ayah aku dirumah, bangun tidur lewat, hanya bangun makan dan tengok tv,

Itu apa yang aku pernah nampak tiap kali aku balik rumah mak ayah aku. Tak pernah masak, sebab dia beritahu dia memang tak pandai masak.

Aku tak tahu nak tegur atau nak cakap dengan abang aku tentang perangai kakak ipar aku. Aku risau timbul pergaduhan kalau aku beritahu perihal isterinya.

Abang aku yang kedua pulak sejenis kedekut, bila minta untuk keperluan keluarga dia mula ungkit yang dia takde duit,

Sedangkan dia tak ada komitmen apa2 seperti bayar kereta or rumah, isterinya juga bekerja, aku bukan nak pertikaikan kemana duit tu pergi tapi aku sendiri bukan lah yang bergaji tinggi.

Gaji aku hanya RM1700 sebulan, aku bayar komitmen rumah dan kereta kadang hanya tinggal RM200 – RM300 untuk belanja sebulan tapi aku tak pernah merungut untuk bantu keluarga.

Adik aku seorang masih lagi belajar di IPTA, adik aku seorang lagi faham tentang tanggungjawab sebagai adik lelaki, tak pernah lelah menolong keluarga, walaupun dia terpaksa berjimat untuk belanja diri sendiri.

Kadang aku terpaksa beli segala keperluan yang ada kat rumah sebab aku malas nak minta dengan abang aku,

Setiap kali mintak abang2 aku akan merungut takde duit & bising2, jadi kadang aku decide aku beli semua keperluan rumah walaupun aku tak duduk rumah mak ayah aku.

Aku tunggal perempuan, aku takde kakak atau adik perempuan untuk aku luahkan isi hati aku. Itu yang buat aku kadang rasa sedikit tekanan perasaan.

Segala yang berlaku dirumah, contoh keperluan barang dapur, rumah, bil api air yang belum tertunai mak aku akan beritahu aku,

Jadi aku akan bagitahu adik beradik aku tentang itu ini & minta dia orang hulurkan duit untuk selesaikan tapi selalu yang aku terima alasan takde duit

& akhirnya aku jugak yang keluarkan duit belanja aku yang kadang hanya tinggal RM4 je dalam akaun di tengah bulan.

Apa yang aku nak luahkan disini, kenapa kadang2 aku perlu tanggung seorang?

Kenapa yang abang2 berubah lepas berkahwin sedang diaorang anak lelaki yang sepatutnya lebih bertanggungjawab ke atas keluarga,

Aku kadang2 takde duit nak makan, nak isi minyak kereta tapi aku diamkan (jangan salah faham, suami aku tak pernah culas tentang nafkah)

Aku cuma nak luahkan gaji sendiri aku tak dapat nak simpan untu masa depan dan aku tak dapat nak reward diri aku dengan duit gaji sendiri.

Aku bukan merungut dengan apa yang aku bagi tapi aku hanya minta sedikit simpati pada abang2 kepada adik perempuan mereka, aku bukan anak sulung tapi aku rasakan aku adalah anak sulung.

Aku sayangkan keluarga aku hingga kadang apa yang aku rasa aku diamkan sebab aku tak nak bergaduh.

Aku selalu bagitahu adik aku, “kenapa Allah belum kurniakan akak anak lagi sebab Allah tahu, akak kena galas dulu tanggungjawab untuk keluarga dan tanggungjawab ini sangat berat” tiap kali itu juga aku akan menangis.

Mungkin perkara ni remeh pada orang lain tapi tidak pada aku.

Aku mohon pembaca selalu mendoakan aku untuk lebih kuat, dan dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan yang rezeki yang tidak putus demi KELUARGA aku.

Maaf jika penulisan agak berterabur. Terima kasih sudi baca..

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *