Assalamualaikum, nama aku Dinaz berusia 24 tahun (nama samaran). Baru habis belajar dan bekerja biasa-biasa untuk kais pagi makan pagi kais petang makan petang di ibu kota. Parents aku berumur awal 40-an.
Ini luahan hati aku sebagai seorang anak sulung perempuan dimana aku merasa kekurangan kasih sayang.. dan figura seorang ayah dan ibu..
Mak dan ayah aku cerai ketika aku berada disekolah rendah. Namun, aku menghormati keputusan mereka. Walaupun pokok pangkalnya aku belum tahu (masih belum dengar dari mulut mereka).
Bila aku dah dewasa, aku mula memahami sedikit demi sedikit.. namun aku masih inginkan kepastian dari mereka..
Aku sangat sayangkan ibu aku. Oleh itu, aku ikut ibu setelah bercerai dan tidak menghubungi ayah kandung aku.
Setelah bercerai. Ibu aku mengambil keputusan untuk berkahwin lagi dengan jejaka pilihan hatinya. Ibu tidak pernah tanya, “adakah aku setuju?” “adakah aku selesa dengan dia?” Semua atas keputusan ibu aku sendiri..
Itu pilihan ibu aku..dan ya, pilihan itu telah bawa aku disini hari ini..menulis coretan yang tak terluah dek kata kata aku..
Selepas ibu berkahwin, kami tinggal bersama. Aku tidak selesa namun sebab aku sayang ibu, aku cuba untuk menerima “pakcik” dalam hidup aku.. Hasil perkahwinan mereka, dapatlah aku dua orang adik yang masih kecil.
Kejadian yang tidak dapat aku lupakan dan aku keep deny hingga ke hari ini ialah. Pada waktu malam, “pakcik” akan menjenguk bilik tidur untuk memastikan aku tidur kerana esok sekolah.
Namun aku sentiasa berpura2 memejam mata kerana takut dimarahi. Jadi pada malam itu, aku tengah ber-sms dengan kawan aku pada tengah malam. Jadinya aku memang sedar akan apa yang berlaku pada detik itu.
Aku sedar ada sosok tubuh yang mendekati pintu bilik tidur. Ibu tidak izinkan aku mengunci pintu bilik walaupun sudah diminta. Jadi aku turutkan saja kehendak ibu.
Disebabkan aku sedar sosok tubuh seorang lelaki (yang aku percaya “pakcik”) mendekati bilik. Jadi aku pun memejam mata dan menyorokkan telefon untuk berpura-pura tidur.
Namun tiba2, aku sedar ada tangan yang cuba dimasukkan kedalam seluar dan meraba-raba. Aku terkejut sangat waktu itu. Tidak percaya.
Jadi aku bergerak2 lalu tangan itu dikeluarkan dan terus ke luar dari bilik.
Keesokkan nya, aku mengadu pada ibu. Ibu terus memarahi pakcik. Namun pakcik tidak mengaku dan siap bersumpah itu bukan dia..
Selang beberapa hari, aku menjauhkan diri dari semua terutama pakcik.
Pulang dari sekolah ibu bercerita mengenai “orang minyak” yang memecah masuk rumah orang. Mungkin, orang minyak yang telah masuk bilik ku. Ibu memberi ideologi itu kepada ku. Aku mula percaya.. dan tiada sesiapa yang mengungkit hal itu lagi..
Pakcik aku terlalu senang. Dia tidak bekerja, dan boleh dikatakan dia biawak hidup. Hanya tahu menonton tv, kopiah hanyalah di kepala semata-mata.
Kalau benar mengikut agama, mesti tahu akan nafkah yang perlu diberi kepada ibu? Kepada adik-adik ku. Kenapa perlu gunakan agama.
Tidak dapat ku sangkal, kata katanya memang manis belaka. Mungkin sebab itu ibu, jatuh hati. Tapi bukan ini caranya…
Bila aku sudah menginjak dewasa, semua yang ibu kata hanyalah dusta semata mata. Kerja yang dilayarkan kepadaku hanyalah dusta.
Kenapa duduk rumah dikatakan kerja? Ya aku faham dunia sekarang banyak tiktok famous semua itu.
Bukan itu yang aku maksudkan, ini duduk rumah dan tidur. Goyang kaki. Tengok televisyen. Adakah itu kerja? Ibu lah yang berniaga untuk menyara kami.
Cukup cukup makan, dulu aku diejek kerana terlalu kurus. Sekarang baru aku sedar kesusahan yang aku alami pada waktu itu.. duit sekolah di ulang ulang pakai. Kalau tak makan, simpan jadi esok ada duit kalau aku lapar.
Dipendekkan cerita, ibu banyak berhutang dengan orang. Dan itu sudah menjadi kebiasaan, mungkin itu sebab ingin menyara kami adik beradik.
Dipendekkan cerita hinggalah aku masuk ke universiti. Pinjaman belajar juga ada aku hulurkan kepada ibu kerana kesian. Ibu tiada duit.
Duit kerja juga dihulurkan.
Pakcik? Pakcik makin berenak-enak. Kerana ditangung. Sejak kecil ibu terapkan kena bantu mereka apabila sudah tamat belajar.
Apabila kerja kena beli rumah, beli kereta, dan buat loan untuk mereka. Kerana tidak terbalas jasa mereka membesarkan aku. Tidak tertanding dan tidak mampu dibayar dengan apa jua sekalipun.
Jadi aku pernah suarakan hal ini kepada semua ketika makan. Ketika aku menyedari ini semua salah. suami ialah seorang suami. Harus menjalankan tanggungjawab seorang suami mencari rezeki. Menjaga isteri dan anak-anak.
Pakcik aku terasa hati dan terus berlalu, tidak jadi untuk makan. Aku yang dimarahkan. Ibu kata aku sangat biadap dengan pakcik. Belajar tinggi-tinggi tapi ini yang dibalas.
Bukan kah belajar lagi dapat membuka mata kita? Untuk memahami tentang dunia. Dapat melihat dari perspektif lain. Bukan ideologi yang diterapkan dari kecil.
Sekarang…sesudah bekerja (baru dua bulan dengan gaji berjumlah rm1800 belum tolak kwsp) aku beri kepada ibu smuanya. Tanpa apa apa kata. Aku kesian dekat ibu.
Puncak nya kerana, pada suatu hari, Aku mempunyai pergolakkan dengan keluarga aku..
Ibu meminta aku untuk membuat personal loan berjumlah RM30k untuk membantu mereka hidup. Tidak salah jika aku membayar loan tersebut dibandingkan apa yang mereka beri kepada aku.
Namun aku menolak. Aku tidak mahu meneruskan tradisi ini. Aku tidak mahu lagi nanti jika aku berhutang, anak anak aku juga ikut susah. Setelah peristiwa ini, hubungan kami jadi tidak baik.
Ibu menuduh aku anak derhaka yang tidak kenang budi. Kalau aku tidak menolong family, siapa lagi yang akan tolong? Aku ialah anak sulung yang ada tanggungjawab. Ibu kata aku kena ingat tanggungjawap aku sebagai kakak kepada adik adik aku.
Habis? Pakcik!! Mana pergi tanggungjawap pakcik? Ibu terlalu menangkan suami nya.
Aku tetap berkeras, walau pun aku dicaci macam macam. Sebab duit, ibu kata macam macam kepada aku. Aku terasa dibuang sejauh nya.
Hidup aku waktu itu, sangatlah perit. Sangatlah sakit untuk aku telan hingga aku bercadang untuk membunuh diri.
Kenapa aku dicop anak derhaka dan tidak kenang budi kerana aku tidak mahu buat loan rm30k? Salah kah keputusan yang aku buat.
Ibu cakap jangan penting kan diri. Sekurangnya loan tersebut boleh bantu mereka hidup. Pakcik? Pakcik menyokong ibu. Aku harus balas jasa ibu membesarkan aku.
Aku tidak kisah nak beri ibu duit bulanan. Namun bukan ini caranya. Dengan pakcik tu tak bekerja? Bagai menempah maut. Aku tidak setuju. Aku ingat kerja dekat dengan ibu dapat tengok ibu dekat dekat. Senang..
Namun, kata kata ibu amatlah menyakitkan. Bagai aku tidak layak hidup di muka bumi ini. Pelbagai doa dilemparkan kepada aku agar aku hidup susah kerana sorang anak yang menjaga ibu mendengar kata ibu allah akan memberkati hidup.
Disebabkan aku menolak permintaan ibu yang satu ini, aku didoakan hidup tidak selamat.
Amatlah sakit..
Jadi aku membuat keputusan untuk mencari kerja di ibu kota untuk menstabilkan emosi aku.
Dalam lebih kurang dua-tiga minggu aku dapat tawaran kerja. Aku berhijrah untuk membaiki hati aku.
Aku masih sayang ibu, aku harap dengan keputusan ini hubungan kami makin baik. Namun, tidak.
Wang bulanan masih aku transfer ke akaun ibu pada setiap bulan. Namun ibu tetap meminta amaun yang melebihi kemampuan aku.
Duit makan juga aku telah bahagi kan hingga makan rm300 sahaja sebulan. Aku bawa bekal nasi dan telur kicap sahaja ke tempatkerja.
Gaji ku hanyalah cukup cukup makan. Tidak mampu beri ibu kemewahan. Namun aku dicop pentingkan diri sendiri.
Disinilah aku, merasa sunyi tanpa siapa siapa..amat tertekan..aku tidak tahu lagi bagaimana cara untuk baiki hal ini..
– Cik Dinaz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit