Terima kasih yang tak terhingga kepada admin sekiranya confession ini disiarkan. Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUMC. First of all, aku nak cakap yang aku minta maaf sekiranya thread ni membosankan.
Aku tak berniat nak bukak pekong dan aib diri sendiri dan family. Sekadar luahan hati yang dah lama tersimpan. Ni first confession aku kat IIUMC. Maaf kalau penulisan aku terabur, aku bukan budak sastera.
Aku Ain (bukan nama sebenar), umur aku 19tahun. Abah bekas penjawat awam, umi plak ambil upah menjahit. Ada abang yang dah kerja. Boleh lah sara family aku. Alhamdulillah.
First sekali aku nak cakap pasal nenek aku belah umi aku. Umi ada 4 abang, 1 adik perempuan (aku namakan MakNgah). Dulu nenek aku ni duduk rumah anak² dia secara bergilir-gilir (perancangan adik-beradik umi).
Bila nenek aku duk rumah aku, aku selalu kena marah kat dia. Buat salah sikit kena marah. Kadang² aku tak buat salah pon dia marah aku. Dia marah aku bukan sekali dua je, tapi tiap² hari.
Kau bayangkan dari aku sekolah rendah sampai aku sekolah menengah (ni pon sebab aku sambung diploma kat matrikulasi, jarang duk rumah. Thats why tak kena marah dah). Aku sendiri taktahu kenapa dia selalu marah aku. Tipu la kalau cakap tak terasa hati bila kena marah. Hahaha.
Oneday, masa aku form3 aku dapat tahu yang nenek aku selalu jaja keburukan aku kat saudara mara aku. Cakap aku malas la, tak berguna la apa la (ni based on cerita dari kakak ipar umi aku). Macam² la dia cakap kat aku.
Aku mengaku la dulu aku memang malas, tapi takde la sampai tak buat kerja langsung. Masa tu aku memang sakit hati sangat. Aku mengadu kat umi aku. Umi aku tegur la nenek aku kenapa burukkan aku. Pastu nenek aku senyap.
Perkataan yang keluar dari mulut dia masa tu cuma, “ntah” sambil buat muka. Bila umi tegur dia, dia marah umi balik. Kau bayangkanlah bila berkumpul, saudara aku macam dingin ngan aku.
Lama² tu, bila benda ni dah selalu sangat terjadi, aku macam dah biasa dah. Dah tak ambik hati langsung ngan perangai dia.
Lepastu, masa aku form5, abah aku tiba² buat perangai pasang perempuan lain lepas dia kenal sorang Pakcik ni. Fon dia dah start buat password, selalu keluar malam.
Nak dipendekkan cerita pasal abah aku ni, abah selalu habiskan duit kat janda tu. Abah bagi RM1** je untuk belanja sebulan. Apa je yang boleh beli dengan RM1** tu.
Barang sekarang dah la mahal. Aku pulak masa tu nak SPM, banyak nak pakai duit bayar itu ini. Nasib baik ada duit yang abang hantar tiap bulan. Kalau terdesak sangat, umi pinjam duit kawan dia. Kalau tak kami nak makan apa?
Upah menjahit kat kawasan rumah ni berapa la sangat setakat RM4/5 sehari. Umi mintak duit lebih, abah marah umi cakap macam². Abah ni jenis cepat panas dan tak boleh orang tegur dia. Dia rasa dia je yang betul.
Fast forward, satu hari umi start sakit², kena “buatan orang”. Bila umi mengadu kat abah, abah cakap umi mengada². Percaya benda tahyul. Jenuh pergi berubat. Ajak abah pegi berubat, abah tak nak.
Aku dan adik² pergi temankan umi berubat (abang keje kat perantau). Adik² semua menangis tengok umi macam tu.
Umi abah selalu bergaduh. Sumpah, aku stress gila masa tu. Dengan masalah umi abah, masalah aku dengan nenek aku lagi. Memang stress. Abah tak habis² angau dengan janda tu.
And then, lepas aku habis SPM, alhamdulillah abah dah jarang contact dengan janda tu, dah start berubah slow². Kebetulan masa tu aku dapat tawaran sambung belajar kat matrikulasi, jadi tenanglah sikit hati aku sebab dah selesai satu masalah.
Fast forward lagi, lepas aku habis study bulan 3 baru-baru ni, nenek aku dah tak marah² kat aku dah bila dia ada kat rumah aku dan akku ingatkan dah takde masalah dah kat rumah aku. Masa ni la mula balik masalah dalam family aku. Abah dan nenek dah buat perangai balik.
Lepas kejadian tu nenek jatuh dalam toilet rumah pak sedara aku, memang dia duk rumah aku je terus berbulan-bulan. Tapi takpe la dah memang tanggungjawab umi sebagai anak untuk jaga dia.
Sambung balik yang tadi, mula² nenek aku tinggal sini memang takde kerenah sangat. Tapi lama² makin menjadi. Nasi tak nak makan, dicampaknya nasi tu kat lantai. Selalu kencing atas katil, padahal dalam bilik dia dah ada toilet.
Sekarang, nenek selalu arahkan adik aku yang bongsu umur 11 tahun buat itu ini. Sekarang adik aku laa jadi tempat kemarahan dia.
Paling aku tak tahan, dia rela suruh adik aku masuk bilik dia suruh ambil botol air sedangkan botol tu duk dekat ja ngan dia, lebih kurang 0.5m je. Adik nak buat homework pon susah.
Nenek aku layan anak Mak Ngah elok ja (sama umur dengan adik aku). Nyamuk gigit cousin aku sikit dah bising satu rumah. Sayang betul kat cucu dia.
Masa start PKP baruni, nenek aku dah melampau sangat. Selalu kejutkan umi aku malam² pukul 2/3 pagi. Suruh buang pampers la, pakai pampers la, teman dia kencing la, alihkan bantal la. Kadang suruh basuh baju dia malam².
Paling aku tak tahan bila dia suruh umi bukak lampu toilet sedangkan lampu toilet sebelah pintu ja. Dia kejutkan umi aku bukan sekali dua je tau, banyak kali dalam satu malam.
Dahla suara dia kuat. Satu rumah dengar. Sampai umi nak tido pon tak senang. Umi ada darah tinggi. Kalau tak cukup tidur, darah naik, nanti jadi benda tak elok pulak.
Aku selalu ja tido lambat, dengar la jugak dia panggil umi. Sekali sekala aku pegi la jugak kat dia tanya nak apa tapi dia taknak terima pelawaaan aku. Dia still nak umi jugak. Marah² aku suruh panggil umi.
Haritu dia panggil umi pukul 3pagi. Kebetulan masa tu aku tak dapat tido, pastu aku tanya dia nak apa, dia suruh panggil umi sebab nak alihkan bantal. Bila aku nak tolong alihkan, dia marah², dia mak umi jugak yang alihkan. Aku kesian tengok umi. Nampak dia penat sangat.
Lepas umi pegi appointment, umi cakap darah umi naik, sepatutnya kena warded tapi umi tak nak, umi cakap nak rest kat rumah je. Umi cakap kat nenek pasal umi kena rest, nenek macam tu laa. Buat slamber je. Anak² dia yang lain tak yah cakap la, memang tak ambil tahu langsung.
Abang umi yang no 4 paling function. Dia selalu bagi duit beli barang keperluan nenek. Mak Ngah aku rumah paling dekat pon jarang datang ziarah nenek sejak PKP dulu. Padahal rumah dia dalam 2km je.
Umi ad jugak mintak tolong adik-beradik lain jaga nenek sekejap, sebab umi kena rest. Tapi adik beradik umi tak ambik peduli. Cakap takde masa nak jaga la apa la.
Padahal abang sulung, kedua dan ketiga tu masing² dah pencen. Duk kat rumah, boleh je jaga. Mak Ngah pulak tak kerja, banyak masa kat rumah.
Tapi tak nak jaga nenek sebab bila nenek ada kat rumah dia, dia tak boleh nak pegi jalan² dengan laki dan anak dia. Sumpah Mak Ngah memang tak guna. Nenek punya la sanjung dia tinggi², tapi dia buat macam tak bersalah.
Next week umi ada appointment lagi. Sampai sekarang nenek masih kejutkan umi malam² sampai 7/8 kali semata-mata benda remeh.
Umi sabar je. Takkan nak marah, nanti dilabel “anak derhaka” pulak. Sumpah aku kesian tengok umi.
Bulan 8/9 nanti insyaAllah aku sambung degree, tapi aku takot kalau sesuatu jadi kat umi dengan keadaan yang macam ni.
Tak sampai hati nak tengok umi hadap benda macam ni. Dengan masalah nenek aku lagi, abah aku lagi. Aku harap takde benda buruk yang jadi kat family aku.
– Anis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit