Nama aku A, 23 Tahun, kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Johor Bahru, dan seorang gay. Mutakhir ini, isu LGBT semakin hangat diperdebatkan. Pengamal LGBT kononnya menuntut “hak” mereka yang kita sendiri pun tak tahu hak apa yang kita nafikan.
Walaupun aku gay, jelas sekali ianya sangat bertentangan dgn norma masyarakat, apatah lagi dgn agama Islam yang syumul ini. Janganlah sesekali konon nak menjadi liberal sehingga kita lupakan halal haram, dosa pahala. Aku sendiri tak dapat nak faham kenapa beria sangat golongan LGBT ni nak menegakkan benang yang basah? Jangankan hanya ingin menurut nafsu semata mata kita sanggup berbuat demikian.
Setiap orang, Allah memberi pelbagai bentuk ujian dalam menguji hambanya. Tidak terkecuali dgn golongan ini. Allah menguji dengan mempunyai nafsu songsang. Jadi, sebagai hambanya, kita perlu tabah dalam ujian ini. Aku tahu bukan senang kita nak melayan nafsu songsang ini sebab aku pun hari hari mengadap benda yang sama. Doakan aku tabah ya.
Tidakkah mereka tahu bahawa trend jangkitan HIV/AIDS masa kini majoritinya daripada pengamal LGBT itu sendiri? Sudah terang terangan bahawa amalan LGBT ini sememangnya mengundang penyakit jangkitan kelamin seperti HIV dan Syphillis.
Ramai juga aku tengok golongan golongan ini yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama, mempunyai pangkat yang tertinggi dalam suatu organisasi, malah ada yang menjadi orang yang berjaya. Hak apa yang mereka inginkan lagi? Ambilah ikhtibar kisah kaum Sodom yang akhirnya bandar mereka Allah terbalikkan dan menjadi Laut Mati.
Aku harap sangat supaya masyarakat kita bersatu dalam menolak amalan LGBT ini. Doakan aku juga supaya dapat kembali ke pangkal jalan.
Aku seorang gay, dan aku MENOLAK LGBT!
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Bacalah surah Al-Waqiah setiap hari, selepas solat Subuh (jika tak sempat lepas solat Maghrib pun boleh). Selain rezeki anda bertambah, anda akan terpelihara dari nafsu jahat yang berlebihan. Amalkan zikir istighfar 1000x sehari. Mula-mula memang susah, lama-lama dah biasa, InsyaaAllah. Senang je tu.
Yang penting ada niat nekad nak berubah. Perbaiki solat anda. Niat dengan ikhlas kerana Allah. Cari buku-buku agama yang bermanfaat (contoh buku amalan sunat, zikir). Saya share apa yang saya tahu dan pernah baca dalam page ni. Semoga dipermudahkan. Saya ucapkan tahniah sebab anda sedar akan fitrah Allah. Walaupun ramai cakap ada masalah g** sejak lahir, tapi kajian mengatakan ia lebih kepada pengalaman zaman kanak-kanak dan juga pengaruh kelompok rakan-rakan sebegini.
Sekian. – Rambutan